You are on page 1of 2

Mohd Sukiman bin Mohd Ali

Wad Neurosergeri 4A Bangunan Kaji Saraf,


Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman,
Hospital Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________________
Cawangan Sumber Manusia
Hospital Kuala Lumpur,
Jalan Pahang,
50586 Kuala Lumpur. 11 November 2023

Tuan / Puan,

PERMOHONAN RAYUAN KENAIKAN GAJI BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa saya Mohd Sukiman bin Mohd
Ali, No. Kad pengenalan 890718-03-5411 merupakan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)
Gred U11 ingin memohon kenaikan gaji bagi tahun 2023

3. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pihak tuan / puan atas kesilapan
saya yang tidak menghantar Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tahun 2022. Hal ini
demikian kerana, saya kurang mendapat pendedahan dan tunjuk ajar tentang cara
menyediakan laporan tersebut mengikut prosedur yang betul. Saya juga tidak dimaklumkan
tarikh akhir penghantaran laporan ini. Tambahan pula, saya baharu sahaja berkhidmat dan
memerlukan bantuan daripada pihak yang berkenaan. Saya juga mengalami masalah
kelewatan sistem HRMIS yang memproses data maklumat selepas dikemaskini. Saya berharap
segala kesulitan yang berlaku tidak diulangi lagi pada masa akan datang dan saya berusaha
akan membuat penambaikan terhadap cara kerja yang lebih baik dan efektif.

4. Jika permohonan rayuan saya ini diluluskan dan berlakunya kenaikan gaji maka
ringanlah sedikit bebanan kos yang perlu dipikul atas beberapa faktor seperti kenaikan harga
barang yang semakin meningkat, kadar sewa bilik / rumah dan kos pengangkutan di bandar-
bandar besar seperti Kuala Lumpur. Besarlah harapan saya agar pihak tuan / puan dapat
meluluskan permohonan rayuan saya ini.
5. Dengan sukacitanya saya berharap agar tuan / puan dari Cawangan Sumber Manusia
HKL dapat meluluskan permohonan saya ini dengan secepat mungkin. Kerjasama dan
keprihatinan pihak tuan / puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

……………………………………………
(MOHD SUKIMAN BIN MOHD ALI)
PPK Gred U11

You might also like