You are on page 1of 1

SULIT / CONFIDENTIAL

Pengakuan / Declaration

Am / General

1. Saya dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendapatkan dari mana-mana pihak sebarang maklumat yang pihak Bank perlukan
untuk permohonan ini. Saya mengesahkan bahawa saya tidak bankrap dan bebas daripada sebarang tindakan kebankrapan atau tindakan
undang-undang dan mengaku segala keterangan yang tercatat di atas adalah benar dan lengkap. Saya bersetuju menerima sebarang keputusan
pihak Bank untuk menolak permohonan ini tanpa memberi sebarang sebab atau alasan. / I hereby authorise the Bank to obtain any information from
any parties as required by the Bank for the application. I confirm that I am not bankrupt and free from any bankruptcy proceedings or any legal action and admit
all information as stated above is true and complete. I agree to accept any decision from the bank to reject this application without giving any reason or excuse.
2. Bagi permohonan ini, saya mengakui dan mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami segala butiran dan maklumat yang
dinyatakan di dalam Lembaran Maklumat Produk. Saya juga bersetuju tanpa syarat untuk mematuhi terma dan syarat bagi sebarang promosi
yang berkaitan dengan permohonan ini, Lembaran Maklumat Produk dan apa-apa pindaan berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak Bank dari
masa ke semasa seperti yang dipaparkan di dalam laman web Bank Islam www.bankislam.com. / For this application, I acknowledge and confirm
that I have read and understand all details and information stated in Product Disclosure Sheet. I also agree unconditionally to comply with terms and conditions
for any promotion related to this application, Product Diclosure Sheet and any amendments issued by the Bank from time to time as displayed in Bank Islam
website www.bankislam.com.
3. Saya setuju bahawa pihak Bank berhak mengenakan caj bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada saya pada kadar yang ditetapkan
oleh pihak Bank (seperti yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia) dan seperti yang ditetapkan dalam Lembaran Maklumat Produk dan pada
laman web Bank Islam. / I agree that the Bank is entitled to charge for each service offered to me at a fixed rate determined by the Bank (as approved by
Bank Negara Malaysia) and as stated in Product Disclosure Sheet and Bank Islam website.
4. Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca Notis Privasi di laman web Bank Islam www.bankislam.com dan memahami kandungannya
serta bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi ini. / I hereby acknowledge that I have read Privacy Notice at Bank Islam website www.bankislam.com and
understand its content and agree to be bounded by the said Privacy Notice.
Pembiayaan-i ASB / ASB Financing-i
5. Saya dengan ini membenarkan pihak Bank untuk menyemak dan mencetak unit boleh beli/unit boleh cagar di Penyata Terperinci Pelaburan Tunai
yang terdapat di sistem FDS bagi tujuan pemprosesan pembiayaan. / I hereby allow the Bank to verify and print available units for subscription/available units
for collateral in Cash Investment Details Statement which available at Fund Distribution System (FDS) for the purpose of financing processing.
Pembiayaan Hartanah Di Bawah Skim Tertentu / Property Financing Under Specific Scheme
6. Bagi permohonan pembiayaan di bawah Skim Rumah Pertamaku/Skim Jaminan Kredit Perumahan/’Priority Sector Scheme” di bawah garis panduan
Bank Negara Malaysia, saya mengaku bahawa hartanah yang akan dibiayai merupakan rumah pertama saya dan akan diduduki oleh saya sendiri. /
For financing application under the “Skim Rumah Pertamaku”/”Skim Jaminan Kredit Perumahan”/Priority Sector Scheme under the guidelines of Bank Negara
Malaysia, I acknowledge that properties to be financed is my first house and it will be occupied by me.
Takaful / Takaful
7. Saya telah dimaklumkan sepenuhnya dan faham tentang faedah perlindungan Takaful yang berkait dengan permohonan pembiayaan yang saya
pohon. Saya mengakui dan bersetuju bahawa jumlah perlindungan Takaful dan jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada jumlah kemudahan
pembiayaan yang diluluskan oleh pihak Bank. Jika saya memutuskan untuk tidak mengambil perlindungan Takaful yang ditawarkan, saya memahami dan
bersetuju bahawa tiada perlindungan ke atas kemudahan pembiayaan sekiranya berlaku tuntutan ke atas baki jumlah pembiayaan dalam kes kematian
atau ketidakupayaan kekal. / I have been fully informed and understand about Takaful coverage benefits related to my financing application. I acknowledge and agree
that total Takaful coverage and total contribution are subject to total financing facility approved by the Bank. If I decided not to take the Takaful coverage offered, I
understand and agree that no coverage againts the financing facility in the event of a claim on the remaining amount of financng in case of death or permanent disability.
Ar-Rahnu/ Ar-Rahnu
8. Aset Gadaian sepertimana didalam akaun di atas adalah milik sah saya / I am the beneficiary owner of the asset.

Tandatangan Pemohon / Applicant’s Signature


Pemohon Utama / Main Applicant
Pemohon Bersama / Joint Applicant
Penjamin / Guarantor
Nama / Name : .............................................
Tarikh / Date : DENGAN INI SAYA MENGESAHKAN TIDAK BERURUSAN DENGAN PIHAK KETIGA
DAN SAHKAN BERURUSAN TERUS DENGAN PIHAK BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
DAN JUGA MEMAHAMI BAHAWA TIADA SEBARANG CAJ TAMBAHAN SELAIN YANG
TERTERA PADA SURAT TAWARAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

12/2022

You might also like