You are on page 1of 6

TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAHEED (WAKALAH) (WIA WAKALAH)

(Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) (WIA Wakalah) tidak layak mendapat perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Berkuat kuasa Mei 2019

NOTIS PENTING:

INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET
DIPERUNTUKKAN, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

1. Takrif

Dalam terma dan syarat ini, melainkan diperuntukkan selainnya, perkataan berikut hendaklah
mempunyai maksud seperti yang dinyatakan di bawah:

“Bank” bermaksud Bank Islam Malaysia Berhad (No. Syarikat 98127-X).

"IFSA" bermaksud Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan termasuk apa-apa pindaan
padanya.

"Akaun Pelaburan" bermaksud akaun yang membolehkan wang/wang pokok dibayar dan
diterima untuk tujuan pelaburan, termasuk untuk peruntukan pembiayaan, mengikut kontrak
Syariah berdasarkan syarat bahawa tidak ada obligasi yang nyata atau yang tersirat untuk
membayar balik wang tersebut sepenuhnya dan -

(a) sama ada hanya keuntungan, atau keuntungan atau kerugian, selepas ini akan dikongsi
antara pihak yang membayar wang dengan pihak yang menerima wang itu; atau

(b) dengan atau tanpa apa-apa pulangan.

“Pemegang Akaun Pelaburan” atau “IAH” bermaksud pemegang akaun bagi Akaun Pelaburan.

"Borang Penilaian Kesesuaian Pelabur" bermaksud borang penilaian untuk menilai kesesuaian
bakal IAH dengan produk Akaun Pelaburan.

"Risalah Pendedahan Produk" atau "PDS" bermaksud risalah pendedahan produk yang
mengandungi maklumat yang berkaitan dan pendedahan syarat utama bagi produk Akaun
Pelaburan yang berkaitan.

“Akaun Pelaburan Tidak Terhad” bermaksud jenis Akaun Pelaburan yang dengannya pemegang
akaun pelaburan memberikan mandat kepada Bank untuk membuat keputusan pelaburan
muktamad tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat tertentu.

"Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah)" atau "WIA Wakalah" bermaksud produk Akaun
Pelaburan ini yang ditawarkan oleh Bank berdasarkan kontrak Syariah Wakalah.

"Wakalah" bermaksud kontrak yang dengannya satu pihak (muwakkil) membenarkan pihak yang
satu lagi bertindak sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu, dalam perkara
yang boleh diwakilkan, sama ada secara sukarela atau dengan pengenaan fi.

“Wakalah bil istithmar” bermaksud suatu bentuk kontrak wakalah (atau kontrak agensi) yang
ditandatangani untuk tujuan pelaburan.
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAHEED (WAKALAH) (WIA WAKALAH)
(Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) (WIA Wakalah) tidak layak mendapat perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Berkuat kuasa Mei 2019

2. Pembukaan Akaun

2.1 Apa-apa permohonan untuk membuka WIA hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang
ditetapkan berserta dokumen yang berkaitan sebagaimana yang diminta oleh Bank.

2.2 Melainkan jika dikecualikan, apa-apa permohonan untuk membuka WIA Wakalah hendaklah
disertakan dengan Borang Penilaian Kesesuaian Pelabur yang telah dilengkapkan sewajarnya.

2.3 Dengan membuat permohonan untuk membuka WIA Wakalah, IAH mengesahkan bahawa beliau
telah membaca dan memahami PDS yang berkaitan dengan WIA Wakalah.

2.4 Penerimaan dan penerusan WIA Wakalah adalah mengikut budi bicara Bank sepenuhnya.

3. Aktiviti Pelaburan

3.1 WIA Wakalah ialah produk Akaun Pelaburan Tidak Terhad yang berasaskan kontrak Syariah
Wakalah.

3.2 Di bawah WIA Wakalah, IAH sebagai muwakkil atau prinsipal memberikan kuasa kepada Bank
sebagai wakil atau ejen untuk menjalankan aktiviti pelaburan dan sebagai balasannya Bank akan
menerima fi untuk perkhidmatan yang disediakan.

3.3 IAH mengakui bahawa beliau memahami sepenuhnya risiko yang dikaitkan dengan WIA Wakalah
termasuk kemungkinan mengalami kerugian kewangan secara keseluruhan atau sebahagian
daripada pelaburan modalnya dalam WIA Wakalah.

4. Pembayaran Keuntungan

4.1 Apa-apa keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti pelaburan, jika ada, akan dibayar oleh Bank
dan IAH mengikut kadar untung dijangka seperti yang dinyatakan dalam PDS.

4.2 Kadar untung dan pengiraan keuntungan adalah seperti yang dinyatakan dalam PDS.

4.3 Keuntungan, jika ada, akan dibayar pada tarikh matang atau pada sela masa tertentu lain seperti
yang dinyatakan dalam PDS.

4.4 Jika pelaburan itu mengalami kerugian, Bank akan membayar kepada IAH amaun yang sama
dengan amaun pelaburan tolak kerugian yang ditanggung.

4.5 Apa-apa kerugian atau pengurangan amaun pelaburan pokok hendaklah ditanggung sepenuhnya
oleh IAH dan kecuali melainkan kerugian yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada apa-
apa perbuatan salah laku, kecuaian atau pelanggaran syarat khusus oleh Bank.

4.6 Sekiranya berlaku salah laku, kecuaian atau pelanggaran syarat-syarat oleh pihak Bank (sebagai
wakil IAH) yang menyebabkan kadar keuntungan yang lebih rendah daripada kadar keuntungan
dijangka bagi pelaburan tersebut atau kehilangan atau pengurangan jumlah pelaburan pokok,
Bank hendaklah memberi pampasan (jika perlu) kepada IAH di mana pampasan yang perlu
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAHEED (WAKALAH) (WIA WAKALAH)
(Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) (WIA Wakalah) tidak layak mendapat perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Berkuat kuasa Mei 2019

dibayar akan ditentukan tertakluk kepada mekanisma pihak Bank, peruntukan pihak
pengawasan, dan/atau undang-undang sedia ada, mana-mana yang terpakai.

5. Objektif dan Strategi Pelaburan

WIA Wakalah hendaklah tertakluk kepada objektif dan strategi pelaburan seperti yang
dinyatakan dalam PDS.

6. Fi dan Caj

IAH bersetuju bahawa Bank berhak mengenakan fi untuk apa-apa perkhidmatan yang diberikan
kepada IAH pada kadar yang dikenakan oleh Bank (seperti yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia) dan seperti yang dinyatakan dalam PDS dan/atau laman web Bank. Bank berhak
mendebitkan akaun IAH bagi caj tersebut.

7. Kaedah dan Kekerapan Penilaian

Penilaian akan dilaksanakan selaras dengan kriteria pengiktirafan dan pengukuran Piawaian
Pelaporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards atau MFRS) yang
berkaitan. IAH boleh mendapatkan maklumat berhubung dengan akaun Pelaburan pada laman
web Bank Islam di www.bankislam.com.my.

8. Tempoh, Penebusan dan Penggantungan Pelaburan

8.1 IAH boleh menebus pelaburan pada tarikh matang yang membolehkan IAH menerima amaun
pelaburan pokok berserta pembayaran keuntungannya (jika ada) hasil daripada aktiviti pelaburan
yang dijalankan oleh Bank.

8.2 IAH boleh melabur semula akaun pelaburan pokok itu dengan atau tanpa keuntungan bagi
tempoh selanjutnya sebagaimana yang dianggap sesuai oleh IAH.

8.3 IAH mungkin akan menerima jumlah wang yang kurang daripada pelaburan permulaannya jika
beliau menebus kesemua atau sebahagian daripada pelaburan itu sebelum matang. Jumlah
sebenar yang akan diterima oleh IAH bergantung pada nilai pasaran aset pendasar yang dikaitkan
dengan pelaburan pada masa penebusan/pengeluaran tolak apa-apa caj yang perlu dibayar, yang
timbul daripada penebusan/pengeluaran pramatang.

8.4 Semua permohonan penebusan yang dibuat sebelum pukul 12.00 tengah hari akan dianggap
sebagai diterima pada hari perniagaan tersebut dan ditebus pada kadar yang terpakai untuk hari
perniagaan berkenaan. Apa-apa permohonan penebusan yang dibuat selepas pukul 12.00 tengah
hari akan dianggap sebagai diterima pada hari perniagaan berikutnya dan ditebus pada kadar
yang terpakai untuk hari perniagaan berikutnya.

8.5 Walau apa pun yang tersebut di atas atau apa pun yang terkandung dalam dokumen ini, Bank
berhak menggantung mana-mana penebusan WIA Wakalah di bawah mana-mana keadaan yang
berikut: -

a) kegagalan pasaran secara meluas atau krisis kewangan/ekonomi yang termasuk tetapi tidak
terhad kepada kejatuhan pasaran saham atau kejatuhan harga aset;
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAHEED (WAKALAH) (WIA WAKALAH)
(Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) (WIA Wakalah) tidak layak mendapat perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Berkuat kuasa Mei 2019

b) kegagalan operasi luar biasa seperti putus bekalan elektrik berskala besar atau kegagalan
sistem;
c) aset pendasar tidak dapat dicairkan pada harga yang sesuai;
d) kepentingan IAH akan terancam jika penebusan tidak digantung; atau
e) apa-apa kejadian atau keadaan lain yang boleh ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara
yang munasabah.

9. Akaun Dorman dan Wang Tak Dituntut

9.1 IAH hendaklah menjalankan urus niaga sekurang-kurangnya sekali setahun. Bank akan
menganggap akaun tersebut sebagai dorman jika akaun itu tidak aktif bagi tempoh 1 tahun dari
tarikh urus niaga terakhir.

9.2 Mana-mana kedudukan baki kredit dalam WIA Wakalah yang tidak beroperasi selama 7 tahun
akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut
(Unclaimed Monies Act atau UMA) 1965.

9.3 Tertakluk kepada Fasal 6.1, caj perkhidmatan tahunan akan dikenakan dan ditolak daripada
akaun selagi ia kekal dorman. Caj perkhidmatan akan dikenakan (potongan secara automatik)
sehingga baki yang tinggal dihantar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

10. Pembekuan dan Penutupan Akaun

10.1 Sekiranya berlaku kematian, ketaksiuman atau kebankrapan atau perintah daripada mahkamah
atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan dan selepas menerima notis sebenar, Bank
akan membekukan akaun tersebut dengan segera.

10.2 Bank berhak menutup akaun IAH tersebut jika amaun baki masih belum dibayar selama lebih
daripada tempoh yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

10.3 Sekiranya Bank mengesyaki bahawa akaun IAH digunakan untuk atau terlibat dalam fraud, fraud
yang disyaki, jenayah kewangan, aktiviti haram dan pengubahan wang haram, Bank hendaklah,
(tertakluk kepada setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang) mengeluarkan notis
bertulis kepada IAH supaya menjelaskan/mengesahkan urus niaga tersebut. Jika IAH gagal
memberikan penjelasan yang memuaskan kepada Bank, Bank berhak menutup, membekukan
atau menguruskan akaun IAH itu sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Bank.

11. Pendedahan Maklumat

11.1 Bank tidak akan mendedahkan data peribadi IAH termasuk alamat, nombor telefon atau alamat
e-mel kepada mana-mana pihak luar selain pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak yang
Dibenarkan") selain untuk Tujuan yang berkaitan dengan pengendalian akaun IAH, melainkan
Bank mempunyai kebenaran IAH, atau boleh berbuat demikian sama ada di bawah obligasi
undang-undang atau apa-apa kewajipan lain: -

a) mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Kumpulan Bank Islam yang termasuk
syarikat induk Bank, anak syarikat, syarikat berkaitan, sekutu, wakil dan pejabat
cawangannya;
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAHEED (WAKALAH) (WIA WAKALAH)
(Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) (WIA Wakalah) tidak layak mendapat perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Berkuat kuasa Mei 2019

b) pihak ketiga yang relevan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan
perikatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau broker
insurans/Takaful, ejen penyumberan luar, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen
perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah obligasi
undang-undang terhadap kerahsiaan data anda;

c) mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau
penerima pindahan hak dan/atau obligasi Bank di bawah apa-apa urus niaga antara Bank
dengan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional);

d) mana-mana agensi penarafan atau penyedia perlindungan kredit langsung /tidak langsung
kepada Bank;

e) mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana-
mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan kawal selia/penyeliaan atau pihak
berkuasa, mahkamah atau tribunal;

f) mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank untuk penilaian kredit atau
semakan kredit anda dan pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh
Bank untuk anda;

g) mana-mana agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana
ejen masing-masing;

h) mana-mana penjamin atau pemberi cagaran untuk kemudahan anda.

11.2 IAH dengan ini secara khusus memberikan keizinan untuk pendedahan tersebut dan dengan ini
mengesahkan dan mengakui bahawa syarat yang terkandung dalam perjanjian ini hendaklah
tertakluk kepada Pernyataan Privasi berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
yang ditandatangani dengan Bank dan sekiranya wujud apa-apa ketidaktekalan antara syarat
yang terkandung dalam perjanjian ini dengan syarat yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi,
maka terma dan syarat dalam Pernyataan Privasi ini akan diterima pakai.

12. Arahan

Apa-apa arahan daripada IAH kepada Bank berkenaan WIA Wakalah hendaklah dibuat secara
bertulis dan ditandatangani oleh IAH. Mana-mana arahan tersebut akan berkuat kuasa hanya
selepas diterima oleh Bank.

13. Undang-undang yang Terpakai

Terma dan syarat ini hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia.

14. Pelbagai

14.1 WIA Wakalah hendaklah dikawal selanjutnya oleh dan tertakluk kepada kaedah, peraturan dan
garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa. IAH
bersetuju bahawa perkhidmatan pada masa ini dan/atau pada bila-bila masa yang ditawarkan
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAHEED (WAKALAH) (WIA WAKALAH)
(Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) (WIA Wakalah) tidak layak mendapat perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Berkuat kuasa Mei 2019

oleh Bank kepada IAH akan bergantung dan tertakluk kepada kaedah, peraturan dan garis
panduan tersebut.

14.2 Tertakluk kepada peraturan dan kontrak Syariah, Bank berhak mengubah mana-mana atau
kesemua terma dan syarat pada bila-bila masa. Apa-apa perubahan itu akan dimaklumkan
kepada IAH sekurang-kurangnya 21 hari kalendar sebelum tarikh kuat kuasa perubahan tersebut.
Notis perubahan boleh dimaklumkan dengan memaparkan notis tersebut di premis Bank atau
laman web atau diiklankan atau melalui apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh
Bank.

14.3 Jika terdapat apa-apa perubahan dalam data peribadi IAH, contohnya alamat, IAH hendaklah
memaklumkannya kepada Bank dengan segera. Maklumat ini penting untuk memastikan semua
komunikasi dapat disampaikan kepada IAH dengan segera.

14.4 Bank akan menyediakan laporan prestasi dana kepada IAH pada setiap suku tahun. Format dan
kandungan laporan prestasi dana hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.

AMARAN:

PULANGAN BAGI AKAUN PELABURAN INI BERKEMUNGKINAN AKAN TERJEJAS OLEH


PRESTASI ASET DIPERUNTUKKAN. JUMLAH PRINSIPAL DAN PULANGAN TIDAK
DIJAMIN DAN PEMEGANG AKAUN PELABURAN MEMPUNYAI RISIKO UNTUK TIDAK
MEMPEROLEHI SEBARANG PULANGAN. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL,
PEMEGANG AKAUN PELABURAN MUNGKIN MENGALAMI KERUGIAN PADA
SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH PELABURAN. AKAUN PELABURAN INI
TIDAK DIINSURANSKAN OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM).

You might also like