You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Batang Kali

44300 Batang Kali


Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-60572157
Emel : bba5002@moe.edu.my

______________________________________________________________________________
Ruj Kami : SKBK.700-8/4/1 (3)
Tarikh : 15 November 2022

NZ BINA JAYA SUPPLY & SERVICES


U.P: NOORUL NAZIRAH BINTI NAZERI

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK BATANG KALI


2022

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, kami akan mengadakan Sambutan Hari Kanak- Kanak SK
Batang Kali, 2022. Butiran majlis adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)


Masa : 7.20 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : SK Batang Kali
Jumlah Pelajar : 937 orang

3. Sehubungan dengan itu, untuk meraikan murid-murid, kami ingin memohon sumbangan
daripada syarikat tuan/puan dalam apa jua bentuk samada wang tunai, barangan hadiah, atau
hamper untuk aktiviti pada sambutan Hari Kanak-Kanak tersebut. Besar harapan kami
sekiranya dapat membantu kami dalam menyediakan hadiah-hadiah untuk-anak-anak murid
kami pada Sambutan Hari Kanak-kanak SK Batang Kali.

4. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pn. Zuraini Bt Md Nayan di talian 019-3631753.


Kesudian, keprihatinan dan kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Bersama-surat ini kami lampirkan kertas kerja untuk rujukan pihak tuan/puan.

Sekian.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batang Kali.
Keperluan:

Hadiah dan Cenderamata

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH JUMLAH


RM SEUNIT UNIT RM
1. Hadiah pertandiangan/ RM 40 24 Kelas 880.00
acara kelas (Hamper alat
tulis)
2. Bouqet Alat tulis RM 20 10 orang 200.00
00

PERBELANJAAN LAIN-LAIN

BIL PERKARA ANGGARAN RM JUMLAH JUMLAH


SEUNIT UNIT RM
1. Kek Sambutan Hari Kanak-Kanak RM 200.00 1 200.00
(Besar) / 2 Kg

You might also like