You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ

JALAN RAJA CHULAN Tel : 03 - 3216 1275


45200 SABAK BERNAM Fax : 03 - 3216 3624
SELANGOR DARUL EHSAN E-mail: : bea6041@btpnsel.edu.my
KOD SEKOLAH : BEA 6041 Website : www.smkua.edu.my

_____________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SMKUA.700-8/2/1(04)
Tarikh : 20 Jun 2023

Kepada,

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
SMK Ungku Aziz,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN WANG TUNAI BAGI SUMBANGAN KEPADA PENCERAMAH MINDA


SIHAT & KESIHATAN MENTAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Hal Ehwal Murid
SMK Ungku Aziz ingin menjemput En. Ansar bin Gasang Pegawai Psikologi Kaunseling Pejabat Kesihatan
Daerah Sabak Bernam untuk menyampaikan Ceramah Minda Sihat dan Kesihatan Mental kepada murid-muird
SMK Ungku Aziz pada ketetapan berikut;

Tarikh : 23 Jun 2023 (Jumaat).


Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi.
Tempat : Dewan Profesor SMK Ungku Aziz.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan wang tunai sebanyak RM250 daripada pihak
PIBG bagi menampung kos bayaran penceramah.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,

(TUAN HAJI YUSAINI BIN SALLEH)


Pengetua,
SMK Ungku Aziz,
45200 Sabak Bernam, Selangor.

You might also like