You are on page 1of 1

SK BATU 6 ½ SEGAMA,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


Peti Surat 61042,
91119 Lahad Datu, Tel : 011-65744770
SABAH Portal: jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba3119@moe.gov.my

Rujukan Kami : SKB61/2.600-15/3/7


Tarikh : 13 Jun 2022

Pengerusi
Kelab Sukan Teluk Darvel
91100 Lahad Datu
Sabah.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENYEWA GELANGGANG SERBAGUNA KELAB SUKAN TELUK


DARVEL, LAHAD DATU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Batu 6 ½ Segama akan mengadakan
Kejohanan Sukan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu (MSSDLD) Tahun
2022 kategori Lelaki bawah 12 tahun seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi – 7.00 malam
3. Oleh yang demikian, kami ingin memohon menggunakan Gelanggang Serbaguna Kelab
Sukan Teluk Darvel Lahad Datu untuk Kejohanan Sukan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah
Daerah Lahad Datu (MSSDLD) Tahun 2022 kategori Lelaki bawah 12 tahun pada tarikh
tersebut.
4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami. Segala
kerjasama tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..................
RAMLAN SAMION@SAMIHON
Guru Besar
SK Batu 6 ½ Segama
Lahad Datu

s.k Fail rs/mj


060622/10.32am

“TEKAD UNTUK GEMILANG”


“Pledge For Excellence”

You might also like