You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18

Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,


Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18 400-3/10/1 ( )
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah : BBA 8224
Tarikh :

SURAT KEPADA MURID


Pengambilan ahli PRS untuk tahun: ………………
________________________________________________________________

Seperti yang murid-murid sedia maklum, Pembimbing Rakan Sebaya sekolah kita sedang dalam proses pengambilan
ahli-ahli baru dalam usaha untuk memperluaskan perkhidmatan menolong di kalangan murid.

Untuk mencapai tujuan tersebut, satu mesyuarat akan diadakan menurut ketetapan berikut:

Tarikh : ……………………………
Masa : ……………………………
Tempat : ……………………………

Semua murid yang berminat untuk menyertai PRS dijemput hadir dalam mesyuarat ini di mana borang permohonan
menjadi ahli dan maklumat lain akan diedarkan.

Kehadiran saudara/saudari didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………
( NORLINI BINTI MOHD RIPIN )
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Seksyen 18, Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………. ………………….
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18
Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18 400-3/10/1 ( )
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah : BBA 8224
Tarikh :

Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Seksyen 18, Shah Alam

CADANGAN PENCALONAN AHLI PRS

Guru-guru,

Untuk makluman, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sedang dalam proses memilih calon Pembimbing Rakan
Sebaya. Untuk tujuan tersebut adalah diharapkan tuan/puan mencadangkan nama-nama murid yang dikenalpasti
sesuai untuk dijadikan ahli PRS.

Pemilihan ahli PRS akan dibuat melalui satu temuduga. Namun begitu, nama murid yang dicadangkan dan disokong
oleh tuan/puan akan diberi keutamaan dalam pemilihan tersebut.

Untuk membuat pencalonan, tuan/puan bolehlah mengisi borang cadangan ahli PRS yang disertakan bersama surat
ini. Sekiranya tuan/puan mempunyai lebih daripada seorang calon bolehlah menghubungi Guru Bimbingan dan
Kaunseling untuk mendapatkan borang cadangan tambahan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

……………………………………..
( NORLINI BINTI MOHD RIPIN)
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Seksyen 18, Shah
SELANGOR DARUL EHSAN.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………. ………………….
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18
Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18 400-3/10/1 ( )
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah : BBA 8224
Tarikh :

MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA/PENJAGA MURID


YANG MEMOHON MENJADI AHLI PRS

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) di sekolah ini. Program ini merupakan suatu program di mana murid yang dilatih dapat membantu rakan sebaya mereka
dalam bidang yang berkaitan dengan akademik dan sahsiah.

Didapati rakan sebaya mereka lebih berpengaruh dan sering menjadi rujukan untuk meleraikan sesuatu kekusutan. Oleh
itu, program ini perlu dijalankan bagi melatih murid melaksanakan perkhidmatan menolong secara berkesan dan mendatangkan
manfaat berpandukan kepada kemahiran-kemahiran berikut iaitu:

1. Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan berkesan.


2. Kemahiran mengendalikan kelompok.
3. Kemahiran membuat keputusan.
4. Kemahiran menggunakan asas kaunseling.

Melalui program ini juga, anak tuan/puan berpeluang:

1. Memberi idea untuk memperbaiki iklim dan budaya sekolah.


2. Mampu membantu rakan sebaya secara aktif dalam semua bidang.
3. Memperkukuhkan kemahiran kendiri dan memantapkan jati diri.

Anak tuan/puan telah menunjukkan minat dan memohon untuk menjadi ahli PRS. Diharapkan, tuan/puan dapat merestui
penglibatannya dalam program ini. Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

…………………………….
( NORLINI BINTI MOHD RIPIN )
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Seksyen 18, Shah Alam.
SELANGOR DARUL EHSAN.
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18
Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18 400-3/10/1 ( )
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah : BBA 8224
Tarikh :

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PRS

Saya berminat dan ingin memohon untuk menjadi ahli PRS. Bersama ini saya sertakan biodata saya:

Nama: ……………………………… .Tahun: …………………. Jantina: ………………


No. surat beranak: ………..... Tarikh Lahir: ………… No. Telefon: …………..…………

AlamatRumah: …………………………………………………………………………………..........………..
......................................................................................................................................

1.Jawatan di sekolah:
…………………………………………………………………………………..
(contoh: pengawas, ketua kelas, pengawas pusat sumber, dsb.)

2. Penglibatan dalam kelab / Persatuan:

Nama Kelab / Persatuan Jawatan


a. ……………………………..…………. ……….……………………….
b. ………………………………………… ………………………………..

3. Penglibatan dalam sukan / permainan:

Jenis sukan / permainan Peringkat


a. ………………………………………… ………………………………...
b. ………………………………………... …………………………………

4. Penglibatan dalam kerja-kerja sukarela. Jelaskan jenis dan tempat penglibatan tersebut.
………………………………………………………………………………………………………...

5. Jelaskan ciri-ciri penting yang ada pada diri anda yang menyebabkan anda patut dipilih
sebagai ahli PRS.
…………………………………………………………………………………………………………...
6. Bersama ini saya sertakan salinan:
a. Jadual waktu peribadi saya.
b. Keputusan peperiksaan terakhir.

……………………………….
( )
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18
Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18 400-3/10/1 ( )
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah : BBA 8224
Tarikh :

Tarikh: ………………………
………………………………..
………………………………..
………………………………..

Kepada,

Guru Bimbingan dan Kaunseling


SK Seksyen 18, Shah Alam

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA


Saya ibu bapa/ penjaga kepada ………………………………………………. No. Mykid: …………………………
No. Tel ………………………… membenarkan anak saya dari Tahun …………… untuk menjadi ahli
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah tuan.

Saya berjanji akan menggalakkan beliau untuk menyertai dan menjayakan program tersebut.

Sekian, terima kasih.

……………………………….
( )

Tarikh: ………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18
Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18 400-3/10/1 ( )
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah : BBA 8224
Tarikh :

Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Seksyen 18, Shah Alam

JEMPUTAN TEMUDUGA

Kepada:
………………………………
……………………………....
………………………………

Saudara / Saudari,

Jemputan Menghadiri Temuduga PRS

Sukacita dimaklumkan bahwa temuduga PRS akan diadakan pada:

Tarikh : ……………………………………….
Masa : ……………………………………….
Tempat : ……………………………………….

2. Saudara/Saudari dijemput menghadiri temuduga tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………
( NORLINI BINTI MOHD RIPIN )
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Seksyen 18, Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN.

Cadangan Soalan Untuk Temuduga Pembimbing Rakan Sebaya

1. Apakah reaksi ibu bapa / penjaga dan rakan sebaya anda apabila anda memberitahu mereka bahawa anda
hendak menjadi ahli PRS sekolah?

2. Adakah penglibatan anda dalam PRS akan menyebabkan gangguan terhadap hubungan anda dengan
keluarga dan aktiviti lain?

3. Adakah anda bersedia mengikuti latihan di luar waktu sekolah?

4. Bagaimanakah agaknya rakan sebaya anda akan terangkan tentang diri anda kepada orang lain?

5. Apakah tajuk perbualan yang selalu diperkatakan oleh rakan-rakan anda?


Adakah pendapat anda boleh menyentuh perasaan mereka?

6. Terangkan satu ketika dalam hidup anda, di mana anda pada masa itu amat memerlukan pertolongan
seseorang untuk menolong anda. (tidak semestinya secara profesional)

7. Terangkan perasaan anda semasa hendak meminta pertolongan daripada orang lain. Apakah cara yang anda
rasa paling baik untuk menolong rakan sebaya anda?

8. Apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri anda yang boleh memperbaiki atau melemahkan
program PRS di sekolah?

9. Apakah faedah yang akan anda perolehi daripada PRS?

10. Mengapakah anda pilih untuk menjadi ahli PRS?

11. Berikan tiga sebab mengapa anda sesuai dipilih untuk menjadi ahli PRS sekolah?

12. Apakah perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan ini?


BORANG CADANGAN AHLI PRS
(OLEH GURU / KAKITANGAN / MURID)

Nama murid yang dicadangkan:


…………………………………….
Tahun :…………………………...

Ciri-ciri yang dipertimbangkan:


(untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar yang dicadangkan oleh tuan/puan)
Sila tanda ( / ) dalam petak yang berkaitan.

Boleh dipercayai dan diharap.

Mampu menerima tanggungjawab dan berinisiatif.

Berkebolehan bekerja dalam kumpulan.

sikap mengambil berat terhadap orang lain.

Mempunyai minat yang mendalam.

Berkomunikasi dengan sopan.

Bersedia meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam program.

Menunjukkan kematangan dalam menyelesaikan masalah.

Sanggup membantu rakan dan guru-guru.

Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.

Dicadangkan oleh:

……………………………….
( )
JADUAL PROGRAM KURSUS ASAS PRS
Hari Pertama
2.30-4.30 petang Pendaftaran peserta
4.30-5.00 petang Minum/ solat Asar
5.00-6.30 petang Taklimat program
6.30-7.15 petang urus diri/ makan malam
7.15-9.00 malam ceramah 1 (falsafah, konsep dan fungsi PRS)
10.30-11.00 malam Minum malam
11.00-12.00 malam Ice Breaking
Hari Kedua
5.30-7.00 pagi Urus diri/ solat & kuliah subuh
7.00-8.00 pagi Riadah
8.00-8.30 pagi Sarapan
8.30-10.30 pagi LDK 1 ( kesedaran Kendiri)
10.30-11.00 pagi Minum pagi
11.00-1.00 t/hari LDK 2 ( Asas Komunikasi)
1.00- 2.30 petang makan/ solat zohor
2.30-4.30 petang LDK 3 ( Asertif Diri)
4.30-5.30 petang Minum petang/ solat asar
5.30-6.30 petang Riadah
6.30-9.00 malam Makan malam/pengurusan diri/solat maghrib dan isyak
9.00-10.30 malam ceramah (kemahiran asas kaunselinga)
10.30-11.00 malam Minim malam
Hari Ketiga
5.30-7.00 pagi Urus diri/ solat & kuliah subuh
7.00-8.00 pagi Riadah
8.00-8.30 pagi Sarapan
8.30-10.30 pagi LDK 4 ( kemahiran Asas Kaunseling)
10.30-11.00 pagi Minum pagi
11.00-12.00 t/hari Group Binding
12.00- 12.30 t/hari penilaian
12.30-1.30 petang Upacara Perasmian Penutup
1.30-3.00 petang Makan/solat zohor
Bersurai
CONTOH LAPORAN
KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Nama Program / Tajuk: Kursus Asas PRS

Tarikh: 12 hingga 14 Mac 2001

Kursus ini telah dihadiri oleh 80 orang murid sekolah rendah. Kursus ini telah diadakan diri Pusat Latihan Belia Bukit
Lagon, Selayang, Selangor, selama 2 hari 1 malam.

Pengisian kursus adalah seperti di bawah:


 Pengenalan PRS
 Asas komunikasi
 Asas kaunseling
 Latihan Dalam Kumpulan

Perjalanan Kursus / Strategi Pelaksanaan


Jumaat – 11 Mac 2001
1. 2.30ptg – 4.30ptg
(Pendaftaran)

2. 5.00ptg – 6.30ptg
(Taklimat)

2.1 Pembentukan Jawatankuasa di kalangan peserta.


2.1.1 Jawatankuasa Pendaftaran dan Laporan
2.1.2 Jawatankuasa Disiplin
2.1.3 Jawatankuasa Kebajikan
2.1.4 Jawatankuasa Kebersihan
2.1.5 Jawatankuasa Makanan
2.1.6 Jawatankuasa Kerohanian
2.1.7 Jawatankuasa Ceramah dan Dewan
2.1.8 Jawatankuasa Riadah

2.2 Jawatankuasa Pendaftaran dan Laporan mengendalikan pendaftaran peserta.


2.2.1 Mengisi borang biodata
2.2.2 Mengisi borang pengesanan minat
2.2.3 Mengisi borang pengesanan aktiviti

2.3 Taklimat Kem Komandan


2.3.1 Peraturan kursus
2.3.2 Perjalanan kursus
2.3.3 Harapan penganjur
2.3.4 Pembahagian tempat penginapan

3. 6.30ptg – 9.00mlm
(Makan malam dan solat)
Kuliah dikendalikan oleh Ustaz A. Pengisian kuliah – Manusia sebagai khalifah.

4. 9.00mlm – 10.30mlm
(Ceramah 1 – Falsafah, konsep dan fungsi PRS.)
Perkara yang disentuh oleh penceramah ilah konsep dan prinsip PRS serta etika dan falsafah PRS.)

5. 11.00mlm – 12.00mlm
(Ice-breaking)
Aktiviti:
5.1 Peserta berkenalan
5.2 Pembentukan kumpulan kecil
5.3 Pelantikan ketua kumpulan
5.4 Pelantikan penghulu / Penghuluwati

SABTU – 12 Mac 2001


1. 5.30pg – 7.00pg
(Solat / kuliah subuh)
Kuliah dikendalikan oleh Ustaz A. Pengisiannya – Ciri-ciri Pemimpin Murid.

2. 7.00pg – 8.00pg
Riadah dikendalikan oleh En.B.

3. 8.00pg – 8.30pg
Sarapan pagi

4. 8.30pg – 10.30pg
(LDK 1 – Kesedaran kendiri)
4.1 Rantai nama
4.2 Cermin diri
4.3 Garis kehidupan
4.4 Keyakinan diri

5. 11.00pg – 1.00tgh
(LDK 2 – Asas komunikasi)
5.1 Komunikasi lisan dan bukan lisan
5.2 Halangan komunikasi
5.3 Petua komunikasi

6. 2.30ptg – 4.30ptg
(LDK 3 – Kemahiran Asertif)
6.1 Mengenal kendiri
6.2 Membezakan tingkah laku pasif, asertif dan agresif melalui proses komunikasi
6.3 Simulasi sikap pasif, asertif dan agresif

7. 5.30ptg – 6.30ptg
Riadah dikendalikan oleh En. B.

8. 6.30ptg – 9.00mlm
(Makan malam dan solat)
Kuliah dikendalikan oleh Ustaz A. Pengisian kuliah – Kepimpinan melalui teladan
9. 9.00mlm – 10.30mlm
(Ceramah – kemahiran asas kaunseling)
Perkara yang disentuh adalah kemahiran mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran membuat refleksi.

33

AHAD – 13 Mac 2001


1. 5.30pg – 7.00pg
(Solat / kulliah subuh)
Kuliah dikendalikan oleh Ustaz A. Pengisian – Ciri- cirri Pemimpin Murid

2. 7.00pg – 8.00pg
Riadah dikendalikan oleh En. B.

3. 8.00pg – 8.30pg
Sarapan pagi

4. 8.30pg – 10.30pg
LDK 4 – Kemahiran asas kaunseling
4.1 Menjalankan diyad
4.2 Menjalankan Triad

5. 11.00pg – 12.00tgh
Group Binding dikendalikan oleh ketua fasilitator

6. 12.00tgh – 12.30tgh
(Penilaian program dikendalikan oleh ketua fasilitator)
Peserta dipandu membuat penilaian menggunakan kertas A4. Aspek penilaian:
6.1 Penceramah
6.2 Kuliah
6.3 LDK
6.4 Makanan
6.5 Penginapan
6.6 Riadah
6.7 Keseluruhan

7. 12.30tgh – 1.30ptg
Majlis Penutup

PENUTUP

Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu ahli-ahli PRS bagi meningkatkan keyakinan dan kemahiran mereka
dalam melaksanakan perkhidmatan menolong di sekolah.

Disediakan oleh,

…………………………..
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Tarikh: ……………………………..

You might also like