You are on page 1of 1

STPM 2021

Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengawal penyalahgunaan Internet di Malaysia.Huraikan

Langkah-langkah untuk mengawal penyalahgunaan Internet di Malaysia

1.Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang

-PDRM perlu meningkatkan pemantauan melalui Cyber Crime (Jenayah Siber) Bukit Aman terhadap
laman sosial yang semakin berleluasa

-tindakan tegas terhadap penyebar maklumat dan berita palsu

-memperkasakan Akta Keselamatan Siber dan undang-undang sedia ada perlu dikaji semula

2.Meningkatkan kesedaran awam melalui kempen

-mengadakan kempen yang berkaitan dengan kesan penyalahgunaan Internet seperti kempen
’Penggunaan Internet Secara Positif’

-menerapkan pendedahan kepada masyarakat tentang hukuman penyalahgunaan Internet seperti


Akta Jenayah Komputer dan Akta Multimedia

-mengadakan ceramah motivasi berkaitan dengan penyalahgunaan Internet

3.Memantapkan peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

-menghalang pengguna melayari laman-laman web yang tidak sesuai untuk peringkat umur tertentu

-meningkatkan tahap penapisan laman-laman yang boleh diakses melalui perisian dan aplikasi

-meningkatkan kemahiran forensik komputer untuk mengesan penyalahgunaan komputer

4.Pemantauan dan bimbingan ibu bapa dipertingkatkan

-ibu bapa haruslah sentiasa berwaspada dan peka tentang penggunaan Internet oleh anak-anak
mereka

-Ibu bapa boleh menggunakan perisian ”Parental Control” untuk mengawal anak-anak mereka
daripada mengakses laman web yang tidak bermoral

--memantau segala tindakan anak-anak seperti tidak berkongsi maklumat peribadi di Internet

5.Meningkatkan penglibatan masyarakat

-orang ramai diminta untuk segara membuat aduan kepada pihak berkuasa apabila menjadi mangsa
penyalahgunaan Internet

-masyarakat perlu berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hadiah yang ditawarkan di
Internet

You might also like