You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MAJLIS PENURUNAN KUASA MEROTAN, PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN


GURU TINGKATAN DAN KETUA TINGKATAN SERTA AKU JANJI DISIPLIN
SMK GUAR NANGKA 2019

A. PENDAHULUAN

Disiplin merupakan teras kejayaan seseorang murid dalam menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.
Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat maka Unit Bimbingan dan
Kaunseling bersama Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan majlis yang diharapkan dapat mencerna serta
meningkatkan kesedaran tahap disiplin pada murid SMK Guar Nangka.

B. RASIONAL

1. Pemantapan disiplin murid memerlukan sebuah program yang lebih sistematik.

2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian
dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin seharusnya
dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.

C. OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan
dan undang-undang di sekolah.

2. Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid.

3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.

4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa
tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

D. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 21 Januari 2019 (Isnin)

Tempat : Dataran Al-Farabi

E. KUMPULAN SASARAN

Semua Guru Tingkatan, Ketua Tingkatan, Guru Disiplin dan Semua pelajar Tingkatan 1-5
F. JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Puzirah bt Abd Lateh (Pengetua)


Pengerusi : Pn. Norliza bt Salleh (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Hashim b. Mohd Alwi (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Ruslizan b. Ahmad (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Norzalina bt Jamaludin (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Pen. Setiausaha : Pn. Safiah bt Alli (SU HEM)

JAWATANKUASA PELAKSANA
1. Pengerusi Majlis / Surat Jemputan 6. Brosur
Pn. Norzalina bt Jamaludin Pn. Hamidah bt Hamid
Pn. Norshahadah bt Mohd Noor

2. Siaraya 7. Sijil Watikah Pelantikan / Aku Janji Pelajar


En. Narul Erwan Shah b. Hasan Pn. Safiah bt Alli
En. Abu Bakar b. Habin Pn. Nur Atika bt Hussain

3. Persiapan Tempat 8. Disiplin Pelajar


En. Nasruddin b. Othman En. Saiful Azman b. Mokhter
Pn. Aida Farehan bt Dir

4. Jurufoto 9. Dokumentasi
En. Ahmad Azimi b Ahmad Marzuki Pn. Noormasayu bt Manshor

5. Gimik Pelancaran (Penurunan Kuasa


Merotan)
Pn. Zuridah bt Othman
Pn. Siti Hamimnun bt Abdullah

TENTATIF PROGRAM

JAWATANKUASA MAJLIS PENURUNAN KUASA MEROTAN, PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN


GURU TINGKATAN DAN KETUA TINGKATAN SERTA AKU JANJI DISIPLIN

Tarikh : 21 Januari 2019 (Isnin)

7.20 pagi : Pelajar dan guru mengambil tempat


7.30 pagi : Perhimpunan pagi dimulakan
: Nyanyian 3 buah lagu
: Ucapan perasmian oleh YDP PIBG
: Penyampaian watikah pelantikan Guru Tingkatan dan Ketua Tingkatan
: Gimik
: Bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua pelajar
: Upacara menandatangani Sijil Aku Janji pelajar setiap tingkatan
: Penyampaian Sijil Aku Janji
8.10 pagi : Bersurai
G. BELANJAWAN

Kewangan Sekolah

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Rotan 20 X RM1 RM 20.00
JUMLAH RM 20.00

PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan murid-murid di
SMK Guar Nangka terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORZALINA JAMALUDIN) (NORLIZA BT SALLEH)

GURU BIMBINGAN & KAUNSELING PK HEM

Disahkan oleh,

(PUZIRAH BT ABD LATEH)

Pengetua

You might also like