You are on page 1of 5

(TAJUK 3L) MTQSS 2019

MUKJIZAT NABI SALEH ALAIHISSALAM

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih Pengerusi Acara. Barisan yang hakim yang bijaksana.
Guru-guru dan rakan semua.

Mukjizat Nabi Saleh Alaihissalam.

Nabi Saleh merupakan putera kepada Ubaidah bin Tsamud.


Baginda diutuskan kepada kaumnya sendiri iaitu kaum Tsamud.

Nabi Saleh telah dikurniakan ( Nasyid )


Mukjizat yang tiada tandingan
Seekor unta betina, banyak kelebihan
Memberi manfaat dan kebaikan

Ya… Mukjizat Nabi Saleh berupa seekor unta betina yang keluar dari
celahan batu-batu pergunungan sebagai bukti kenabian.

Surah al-A’raf, ayat 73 yang bermaksud :


Nabi Saleh berkata, “Telah datang bukti yang nyata
daripada Tuhanmu.”.

Ya rakan-rakan…

Allah Maha Berkuasa menjadikan apa sahaja yang dihendaki-Nya.

Lihatlah padang pasir di Arab Saudi yang kini subur menghijau.


Subhanallah!

1
Kawan-kawan…

Kaum Tsamud mempunyai banyak kelebihan. Mereka pandai


memahat gunung-ganang menjadi bangunan. Namun malangnya,
mereka tidak beriman.

Nabi Saleh menyeru kaumnya dengan tabah dan sabar.

“Wahai Saleh!! Jika benar engkau seorang Nabi… Cubalah engkau


keluarkan seekor unta daripada batu-batu gunung ini!” Cabar kaum
Tsamud.

Mendengar akan perkara ini…

Kepada Allah Nabi berdoa ( Pantun )


Agar tunjukkan tanda kebenaran
Lalu keluarlah seekor unta betina
Sebagai mukjizat Nabi junjungan

Surah Hud, ayat 64 yang bermaksud :


Dan Nabi Saleh berkata, Wahai kaumku! Ini adalah unta betina
daripada Allah kepada kamu sebagai tanda mukjizat.

Ya rakan-rakan…

Doa adalah senjata mukmin.


Besarnya kuasa doa, tidak boleh dipertikaikan.
Marilah kita berdoa agar Allahmenyelamatkan bangsa Uyghur di
China.

2
Kawan-kawan…

Kaum Tsamud sebenarnya berasa ta’ajub dengan mukjizat Nabi..


Namun kerana kekufuran, mereka tetap menolak dakwah baginda.

Unta mukjizat banyak kelebihan ( Nasyid )


Susunya banyak jadi minuman
Berkhasiat dan berzat, rasa kekenyangan
Seluruh kota susu diagihkan

Untuk menghasilkan susu yang banyak, unta mukjizat Nabi perlu


meminum air yang banyak. Kerana itu, Nabi menyusun giliran untuk
menggunakan telaga.

Satu hari giliran penduduk Tsamud.


Satu hari lagi giliran unta betinanya.

Pesan Nabi…

Surah Hud, ayat 64 yang bermaksud :


Maka biarkanlah ia mencari makan di bumi Allah. Dan janganlah
kamu menyetuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya.

Ya rakan-rakan…

Menyayangi haiwan, tuntutan agama.

Kejadian menyiksa dan membunuh kucing dengan kejam baru-baru


ini, jauhi bersama.

3
Kawan-kawan…

Rupa-rupanya…

Penduduk Tsamud tidak berpuas hati dengan keistimewaan yang


diberikan oleh Nabi kepada untanya.

Mereka tidak bersyukur. Malah tidak menghargai mukjizat Nabinya.


Bak kata pepatah, susu diberi dibalas tuba.

Kerana cemburukan mukjizat Nabi ( Sajak )


Unta yang tidak berdosa
Dibunuh dengan kejam sekali
Bahkan Penduduk Tsamud
Berani mencabar Nabi
Agar menurunkan azab Ilahi
Dan mereka turut merancang
Untuk membunuh Nabi

Surah al-A’raf, ayat 77 yang bermaksud :


Dan mereka berkata, “Wahai Saleh! Datangkanlah kepada kami
azab Allah. Jika engkau benar-benar seorang Rasul!”

Ya rakan-rakan…

Janganlah kita berani mencabar kuasa Allah.

Lihat sahaja banjir Tsunami yang melanda Baten baru-baru ini.


Tiada siapa yang dapat menghalangnya.

4
Kawan-kawan hendak tahu apa yang terjadi?

Kerana berani mencabar kuasa Yang Maha Esa.

Tiba-tiba…
Wajah mereka bertukar warna ( Syair )
Menjadi hitam tanda berdosa
Petir yang dahsyat menggegar kota
Matilah mereka kerana azab-Nya

Nabi Saleh dan pengikutnya yang beriman, Allah selamatkan.

Begitulah kawan-kawan…
Kisah Mukjizat Nabi Saleh alaihissalam.
Semoga kita beroleh pengajaran.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like