You are on page 1of 4

Assalamu`alaikumWarahmatullahiWabarakatuh.

Bismillah walhamdulillah
Terima kasih PengerusiMajlis. Panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian.
Tajuk cerita saya ialah Saidatina Khadijah Isteri Rasulullah saw.
Baiklah kawan-kawan saya nak tanya satu soalan boleh? Kawan-kawan siapakah
wanita yang pertama memeluk islam?
Wanita yang pertama memasuki Islam ialah Saidatina Khadijah binti Khuwailid.
Beliau merupakan wanita pertama yang beriman dan banyak berkorban demi
kejayaan Islam. Beliau dilahirkan di Mekah 15 tahun sebelum Tahun Gajah,
berketurunan Quraisy dari suku Asadiyah. Khadijah juga dihormati dan disegani
dalam kalangan kaumnya.

Beliau pernah berkahwin dua kali tetapi kedua-dua suaminya meninggal dunia.
Siti Khadijah nama diberi,
Mempunyai harta dan wajah yang indah,
Takdir Allah Khadijah menjanda,
Menjadi isteri Muhammad akhirnya.

Firman Allah :




Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah sepertimana-mana perempuan yang
lain kalau kamu tetap bertaqwa.
( Potongan ayat 32 , Surah Al-Ahzab )

Ya kawan-kawan,
Kita haruslah sentiasa menjaga maruah diri.
Saidatina Khadijah merupakan seorang hartawan yang pandai berniaga. Beliau telah
mengambil Rasulullah saw sebagai pengurus perniagaannya dengan kebijaksanaan
dan kejujuran baginda, perniagaan Saidatina Khadijah berkembang maju.
Saidatina Khadijah berkahwin dengan Rasulullah saw ketika usianya 40 tahun,
Rasulullah pula berusia 25 tahun. Rasulullah memberi 400 dinar kepada Saidatina
Khadijah sebagai mas kahwin.
Firman Allah :



Dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-
lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
( Potongan ayat 26 , Surah An-Nur )

Ya kawan-kawan,
Wanita yang solehah adalah untuk lelaki yang soleh. Isu penderaan isteri masa kini
menunjukkan ketidak ikhlasan dalam perkahwinan.Isteri adalah untuk dilindung dan
dijaga oleh suami sebagai amanah bukanlah untuk didera dan diseksa.
Berkat kesabaran dan kebijaksanaan Saidatina Khadijah mengurus rumahtangga,
mereka hidup rukun dan damai. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 4 orang
anak perempuan.
Darimu lahirnya zuriat nabi
Penerus perjuangan risalah suci
Qasim, Ibrahim, Fatimah
Zainab, UmmiKalsom dan SitiRuqaiyah

Namun kegembiraan itu tidak lama, ketiga-tiga zuriat lelaki mereka telah meninggal
dunia ketika kecil. Saidatina Khadijah menerima ketentuan Allah dengan redha.

FirmanAllah :



Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan;
Kamilah yang member rezeki kepada mereka dan kepadakamu.
( Potongan ayat 31, Surah Al-Isra)

Lihatlah kawan-kawan,
Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. Tetapi masyarakat kita dewasa ini,
membuang bayi tidak berdosa seperti sampah.

Hatimu menyalakan keyakinan


Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Kerana iman kau sanggup berjuang

Saidatina Khadijah merupakan isteri solehah yang penyayang dan penuh


kesabaran. Beliau sangat setia membantu Rasulullah saw dalam suka dan duka.
Sewaktu Rasulullah pergi mengasingkan diri di Gua Hira, Saidatina Khadijah
sanggup menyediakan makanan kepada baginda.

Malah, ketika Rasulullah pulang dalam ketakutan setelah didatangi Malaikat Jibril as.
Dengan penuh kasih sayang diselimutnya baginda. Saidatina Khadijah
menenangkan Rasulullah saw.

FirmanAllah :




Dan dijadikannya di antarakamu (suamiisteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan.
( Potongan ayat 21, Surah Ar-Rum )

Ya kawan-kawan,
Contohilah kesetiaan Saidatina Khadijah. Seorang isteri wajib menyayangi suami.
Perbuatan curang merupakan punca perceraian semakin meningkat di Negara kita.

Saidatina Khadijah sanggup mengorbankan semua harta dan kekayaannya kepada


perjuangan Nabi saw. Beliau sentiasa menyokong dakwah baginda ketika suka dan
duka.

Padausia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah telah wafat.
Pemergian beliau menimbulkan kedukaan yang mendalam di hati Rasulullah saw.
FirmanAllah :


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.
( Potonganayat 185 , Surah Ali-Imran )

Pengorbanan dicurahkan tidak terkira


Berjuang sepenuh keikhlasan di jiwa
Jibril membawa perkhabaran daripada Yang Esa
Saidatina Khadijah wanita Syurga

Sekian,cerita saya pada hari ini. wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.


Terima kasih.

You might also like