You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM MAJLIS TEMU MURNI


Murid-murid TAHUN ENAM

PENGENALAN
Majlis Temu Murni bersama pelajar Tahun Enam adalah merupakan hari yang
menemukan para ibubapa pelajar bersama para pendidik bagi tujuan
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan sahsiah serta
motivasi dalam diri pelajar. Di sini, ibubapa, pelajar dan guru berpeluang untuk
bersemuka dan berbincang mengenai prestasi akademik, tindakan, idea-idea
serta cadangan-cadangan penambahbaikan yang boleh digunapakai dalam
mencapai matlamat sekolah dalam meningkatkan keputusan peperiksaan UPSR
2020.

OBJEKTIF
Antara objektif program ini dirangka, adalah untuk;

1. Membuka ruang kepada ibubapa pelajar berbincang mengenai kekuatan dan


kelemahan anak mereka.
2. Membolehkan ibubapa mengetahui dan berbincang mengenai perkembangan
prestasi akademik, adab serta sahsiah mereka di sekolah mahupun di rumah.
3. Membincangkan peranan ibubapa dalam memberikan sokongan dan
menyediakan persekitaran yang sesuai demi kejayaan anak-anak pada masa
akan datang meliputi keseluruhan aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
4. Perkongsian ilmu dan maklumat mengenai setiap mata pelajaran dan
keperluan terkini setiap mata pelajaran dapat disalurkan kepada ibubapa
pelajar.

RASIONAL
Membantu memberi pendedahan kepada ibubapa pelajar mengenai pencapaian
akademik terkini pelajar disamping memberi motivasi kepada ibubapa pelajar
calon Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan keperluan-
keperluan semasa pelajar.

TARIKH & TEMPAT


13 Februari 2020 (Khamis)
Dewan Istiqamah, SK Kuala Kemaman

AJK MAJLIS TEMU MURNI murid-MURID TAHUN 6


PENGACARA MAJLIS :

En. Zakaria Bin Tahir

BACAAN DOA :
Tn. Hj. Ahmad Saipul Bin Ibrahim

Pendaftaran :
En. Misram Bin Abdullah
Ustaz Mohamad Zamani Bin Mohamad Maidin

1. Menyediakan senarai nama murid beserta tandatangan mengikut kelas (borang pendaftaran)

PERSIAPAN TEMPAT :
Pn. Saodah Bt Abdurahim
En. Syed Md. Shahiran Bin Syed Alwi
Pn. Yee Ai Chin

1. Menyediakan meja pendaftaran & beralas


2. Menyediakan meja & kerusi untuk VVIP/ pengacara majlis & beralas
3. Menyediakan rostrum
4. Menyediakan kerusi pelajar

PERSIAPAN PENTAS :
Pn. Ida Munirah Bt Muda @ Daud
Pn. Norida Bt Sudin
Pn. Mariam Jamilah Bt Mohd Amin

1. Menyediakan slide power point untuk dijadikan banner program.


2. Menyediakan hiasan pentas.

SURAT MENYURAT & BUKU ATURCARA :


Pn. Norulhuda Bt Abd Ghani

SIARAYA :
En. Mohd Zulkiflee Bin Harun

1. Menyediakan dan memasang siaraya

DOKUMENTASI :
Pn. Firuzi Binti Ibrahim

ATURCARA MAJLIS :

10.45 pagi : Pendaftaran Ibubapa/penjaga mengikut kelas


11.11 pagi : Kedatangan En. Tajul ,Pegawai Perhubungan (PPD Kemaman)
: Ucapan aluan pengerusi majlis
: Ucapan Tuan Guru Besar, En. Mohd Rosli bin Yusof
: Ucapan En.
: Motivasi oleh Guru Bimbingan & Kaunseling, En. Zakaria Bin Tahir
12.45 pagi : Perjumpaan ibubapa pelajar dengan guru-guru kelas
: Bersurai

PERUNTUKAN PERBELANJAAN
Tiada

PENUTUP
Diharapkan program ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah
dirangka dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh;

_______________________ ________________________
(NORULHUDA BT ABD GHANI) (MOHD ROSLI BIN YUSOF)
Penyelaras UPSR Guru Besar
SK Kuala Kemaman SK Kuala Kemaman
Kemaman Kemaman

You might also like