You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SKKK 06/02/002 (55)


Tarikh : 28 September 2022

Pengarah,
Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS)
Sungai Ular, Gebeng 26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur.
Tuan/ Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DI AKADEMI MARITIM SULTAN


AHMAD SHAH (AMSAS) UNTUK PROGRAM “Strive for Excellence”

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Skuad Kecemerlangan, SK Kuala Kemaman ingin memohon


kebenaran untuk menggunakan kemudahan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah bagi tujuan
Program Strive for Excellence. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid
tahun 6 terhadap kemahiran menjawab soalan mengikut format yang terkini. Program ini akan
dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16hb November– 17hb November 2022


Hari : Rabu hingga Khamis
Murid terlibat : 79 murid tahun 6 SK Kuala Kemaman, Terengganu.

3. Kemudahan yang ingin kami gunakan adalah seperti penginapan, dewan kuliah, surau dan
kantin. Oleh yang demikian, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
mempertimbangkan permohonan kami. Kerjasama dan kecaknaan pihak tuan kami dahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi penyelaras program, En.
Nur Azhar bin Abd Rahman (013-2419159).

Sekian.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(MOHD ROSLI BIN YUSOF)
Guru Besar,
SK Kuala Kemaman
24000 Kemaman,
Terengganu.

s.k Guru Besar,


GPK 1
Fail Kecemerlangan, S3K

You might also like