You are on page 1of 6

LAPORAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERAK

Nama Pelajar : Norhazwan bin Nordin


Program

: PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Merak


Nama Projek/Aktiviti : Majlis Khatam al-Quran Tahun 6
Tempoh Pelaksanaan : 2 Oktober 2015 (8.00 Pagi- 10.30 Pagi)
Objektif : 1) Melahirkan Jilul Quran (Generasi al-Quran)
2) Melahirkan modal insan yang cintakan al-Quran
3) Memartabatkan bacaan al-Quran dalam kehidupan

Majlis Khatam al-Quran Tahun 6 telah berjaya dilaksanakan pada 2


Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Sekolah
Kebangsaan Taman Merak. Majlis Khatam ini diadakan untuk meraikan
seramai 38 orang murid Tahun 6 SK Taman Merak yang telah berjaya
mengkhatamkan sebanyak 30 juzuk al-Quran
Majlis telah bermula pada jam 8.00 pagi yang dikendalikan oleh
Ustaz Hazman bin Man Aim selaku pengacara majlis dengan bacaan doa
oleh Ustaz Ihsan Akmal bin Abdul Ghani dan diteruskan dengan bacaan
Yasin yang dikhalifahkan oleh Ustaz Mukhtar bin Abdullah selaku Ketua
Panitia Pendidikan Islam SK Taman Merak. Selesai bacaan Yasin, majlis
seterusnya dikendalikan oleh Ustaz Norhazwan bin Nordin yang mengetuai
zikir dan selawat secara beramai-ramai sementara menantikan kehadiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Noremah binti Ismail untuk
merasmikan majlis.
Tepat jam 9.00 pagi, ketibaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid diiringi
dengan murid-murid Tahun 6 yang berjaya mengkhatamkan al-Quran masuk ke
dalam dewan. Kedatangan mereka juga diiringi dengan paluan kompang di

bawah pimpinan Encik Roslan. Setelah semua murid mengambil tempat, majlis
diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Mukhtar bin Abdullah selaku Ketua Panitia
Pendidikan Islam SK Taman Merak. Selesai ucapan beliau, majlis diteruskan lagi
dengan ucapan persamian oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman
Merak, Puan Noreamah binti Ismail.
Selesai ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, majlis khatam al-Quran
dimulakan oleh murid-murid Tahun 6 dan dibimbing oleh Ustaz Mukhtar bin
Abdullah. Selesai majlis khatam al-Quran, majlis diteruskan lagi dengan majlis
Tahlil yang dikendalikan oleh Ustaz Ihsan Akmal bin Abdul Ghani. Selesai tahlil,
majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil khatam al-Quran kepada
kesemua

38

orang

murid

yang

berjaya

mengkhatamkan

al-Quran.

Sijl

disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Merak, Puan
Noremah binti Ismail. Majlis bersurai jam 10.30 pagi dengan sedikit jamuan
ringan

Kesimpulannya, Majlis Khatam al-Quran Tahun 6 ini sangat-sangat


memberikan impak yang positif kepada semua pihak. Diharapkan dengan
berlangsungnya majlis ini dapat melahirkan generasi yang cintakan alQuran

dan sentiasa

menjadikan

al-Quran

sebagai

panduan

kehidupan seharian. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah.

dalam

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

...............................................

..........................

......................
(NORHAZWAN BIN NORDIN)
ABDULLAH)

(USTAZ MUKHTAR BIN

Guru Pelatih IPG

Ketua

Panitia Pendidikan Islam


IPG Kampus Darul Aman.

Sek. Keb. Taman Merak.

Disahkan oleh,
..............................................
(ENCIK ZAIKUAN BIN HUSAIN)
Guru Besar
Sek. Keb. Taman Merak.

GAMBAR PELAKSANAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

You might also like