You are on page 1of 3

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE


PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 74 TAMBAHAN No. 6


No. 7
8hb April 2021 PERUNDANGAN

Sel. P.U. 8.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003

Fatwa di bawah Seksyen 47

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003


[Enakmen No. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan pernyataan sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual sebagai fatwa menurut seksyen 48 Enakmen itu.

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM


(STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003

Fatwa under Section 47

P ursuant to section 47 of the Administration of the Religion of Islam


(State of Selangor) 2003 [Enactment No. 1/2003], the Fatwa Committee for the
State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan, prepare
the statement as specified in the Schedule as fatwa pursuant to section 48 of
the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA HIBAH DI NEGERI SELANGOR

1. Hibah adalah pemberian harta secara sukarela yang berkuat kuasa semasa
hidup.
Sel. P.U. 8. 130

2. Hibah yang menetapkan tarikh kuat kuasa selepas kematian penghibah


adalah tidak sah. Hibah tersebut dianggap sebagai wasiat dan kepada
hukum wasiat.

3. Hibah yang menetapkan syarat penghibah masih boleh menikmati harta


yang dihibahkan (mawhub), adalah sah sekiranya penerima hibah bersetuju
dengan syarat yang telah ditetapkan:

4. Hibah yang menetapkan syarat tempoh harta yang dihibahkan (mawhub)


akan dikembalikan semula kepada penghibah adalah tidak sah. Hibah
tersebut dianggap sebagai pinjaman (‘ariyah) dan tertakluk kepada akad
pinjaman (‘ariyah).

5. Hibah yang menetapkan syarat bahawa terimaan (qabd) ke atas harta yang
dihibahkan (mawhub) berlaku selepas kematian penghibah boleh ditarik
balik pada bila-bila masa oleh penghibah.

6. Hibah yang telah berlaku terimaannya (qabd) tidak boleh ditarik balik
kecuali hibah daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucu
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Anak atau cucu itu hendaklah mempunyai kelayakan (ahliyyah)


mengikut Hukum Syarak untuk menguruskan hartanya (tasarruf)
seperti tidak gila atau tidak muflis;

(b) Harta yang dihibahkan (mawhub) hendaklah masih berada dalam


pemilikan anak atau cucu tersebut;

(c) Hibah tersebut bukan hibah yang mensyaratkan balasan; dan

(d) Tidak berlaku kerosakan harta yang dihibahkan (mawhub), Jika


kerosakan itu bertaku pada sebahagian daripada fizikal harta yang
dihibahkan (mawhub), penarikan balik hibah terhadap bahagian lain
yang tidak rosak dibenarkan.

7. Penarikan balik hibah hendaklah dibuat semasa penghibah dan penerima


hibah masih hidup. Hak untuk penarikan balik hibah tidak boleh dipindahkan
kepada waris penghibah kerana waris penghibah bukan pihak-pihak dalam
akad hibah.

8. Hibah antara pemegang akaun bersama adalah sah sekiranya wujud ijab
dan qabul dan penguasaan penuh penerima hibah ke atas harta yang
dihibahkan (mawhub).

9. Hibah harta dalam gadaian adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan
(mawhub) dilindungi oleh takaful seperti MRTT dan MLTT atau mendapat
keizinan daripada pemegang gadaian.
131 Sel. P.U. 8.

10. Hibah ke atas manfaat takaful adalah sah sekiranya ijab dan qabul telah
disempurnakan. Penerima adalah benefisiari dan tidak tertakluk kepada
hukum faraid.

11. Hibah tanah yang tertakluk di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 adalah sah dengan syarat memenuhi rukun-rukun
hibah serta mendapat keizinan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

12. Hibah melalui pemegang amanah adalah sah kepada mana-mana penerima
hibah termasuklah kanak-kanak di bawah umur, orang yang tidak sempurna
akal dan orang kurang upaya dengan syarat rukun-rukun hibah dipenuhi.

13. Hibah wang simpanan atau unit amanah adalah sah sekiranya harta yang
dihibahkan (mawhub) ditentukan kadarnya.

14. Sesuatu hibah bolehlah didokumentasikan supaya mempunyai sighah yang


jelas antara penghibah dan penerima hibah ke atas harta yang dihibahkan
(mawhub) serta memenuhi rukun-rukun hibah.

Bertarikh 12 Januari 2021


Dated 12 January 2021
[MAIS/SU/BUU/01-2/002/2018-3(2); P.U. Sel. (ADV)PS.05/4/12]

Dengan Titah Perintah/By Command

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD WAHID


Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/
Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Hakcipta Pencetak H
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/
atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang
dilantik).

DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,
KUALA LUMPUR
BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

You might also like