You are on page 1of 5

Fungsi, Peranan dan Tugas (mutawalli) pentadbir wakaf

Definisi Wakaf
Kesemua statut berkaitan wakaf mengiktiraf dua jenis perwakafan, iaitu wakaf am
dan wakaf khas. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 (Akta 505) misalnya mentafsirkan wakaf am sebagai “wakaf yang
berkekalan atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud-maksud agama
atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan
sedemikian”. Wakaf khas pula diperuntukkan sebagai “wakaf yang berkekalan atau
bagi suatu tempoh terhad ke atas modal harta bagi maksud-maksud agama atau
khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian,
yang berpendapatan (pendapatan) daripadanya diberikan kepada orang-orang atau
bagi maksud-maksud yang ditetapkan dalam wakaf itu”. Ternyata pernyataan
“berkekalan” (bagi wakaf am) dan “tempoh terhad” (bagi wakaf khas) telah
dinyatakan di dalam tafsiran Akta 505 bagi Wilayah Persekutuan di atas. Sementara
itu, Negeri Kelantan telah menggunapakai pernyataan “kekal” bagi kedua-dua
kategori harta wakaf ini seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 2(1) (Tafsiran),
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (No. 4 tahun
1994) sebagaimana berikut: “Wakaf am ertinya wakaf harta modal dan pendapatan
yang kekal daripada mana-mana harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui
sah oleh Hukum Syarak dan termasuk harta–harta yang diwakafkan itu sendiri”.
“wakaf khas ertinya wakaf harta modal yang kekal daripada mana-mana harta bagi
maksud agama atau khairat yang diakui oleh Hukum Syarak, termasuk harta–harta
yang diwakafkan itu sendiri dan pendapatan daripada harta-harta itu diberi kepada
orang-orang atau untuk tujuan yang ditetapkan dalam wakaf itu”. Sementara itu, di
bawah EWS 1999 (seksyen 2(1) pula, pernyataan “berkekalan” ataupun “kekal”
sebagaimana yang dinyatakan di atas tidak diadakan langsung. Seperkara lagi, tafsiran
umum wakaf telah diperuntukkan di samping wakaf am dan wakaf khas. Wakaf
ditafsirkan sebagai “menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau
faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf
khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang
ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949”. Wakaf am pula diperuntukkan
sebagai “sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan umum menurut Hukum
Syarak”. Manakala bagi wakaf khas pula, ditafsirkan sebagai “sesuatu wakaf yang
diwujudkan bagi tujuan kebajikan yang khusus menurut Hukum Syarak”. Peruntukan
yang sama bagi tafsiran wakaf sebagaimana yang terdapat di bawah EWS ini telah
dibuat di bawah statut berkaitan wakaf yang baru di negeri-negeri di Malaysia dengan
sedikit perbezaan dari sudut pernyataan ayat yang digunakan. Ini termasuklah
ketiadaan pernyataan berkekalan” ataupun “kekal” yang dinyatakan tadi (lihat
misalnya seksyen 2(1) (Tafsiran), Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
(Terengganu) 1422H/2001M (Bil.2 tahun 2001) dan seksyen 2(1) (Tafsiran), Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (No. 4 tahun 2004)
Takrif Mutawalli
Mutawalli bererti, definisi, niat atau makna yang mengendalikan, pengurus, yang
mentadbir / mengawal,
Dari segi fekah semua mazhab membolehkan pewakaf melantik dirinya sendiri sebagai
pentadbir wakaf (mutawalli/nazir) atau dia juga boleh melantik orang lain ataupun
pihak pewaris sendiri sebagai pentadbir wakaf berkenaan
Melihat kepada pelaksanaan yang diamalkan di Malaysia sekarang adalah difikirkan
kemungkinan perlu diberikan ruang kepada pengurus yang dilantik oleh pewakaf bagi
menguruskan hartanah wakaf berkenaan jika itu adalah yang dikehendaki oleh
pewakaf kerana ini memang dibolehkan dari segi syarak

MAIN sebagai nazir

Kriteria Mutawalli Wakaf


1. Memelihara,
2. Membangunkan
3. Mengawasi dan melindungi
4. Mengelola dan mengembangkan harta
5. menyewakannya dengan harga sewaan pasaran,
6. mengusahakan tanah pertanian dan lain-lain,
7. mempertahankan dan mengambil tindakan mahkamah bagi kepentingan wakaf
tersebut,
8. Mengumpul dan mengutip hasil,
9. Menuntut sewa bagi hartanah yang diduduki secara sah atau tidak sah,
10.menguruskan pembahagian atau penyerahan hasil/manfaat wakaf itu kepada
pewaris yang dikhaskan oleh pewakaf
11.Pelapor

Mutawalli mestilah bersikap berhati-hati seperti mana sifat seorang pentadbir harta
anak yatim
memikirkan secara terbaik bagi memastikan harta itu berkekalan dan dapat
dimanfaatkan sebagaimana yang diharapkan oleh pewakaf.
kos pengurusan wakaf, ia boleh diambil daripada hasil wakaf itu jika pewakaf tiada
memperuntukkan cara-cara lain bagaimana kos mengurus itu dapat ditampung
Jika hasil daripada wakaf tidak cukup untuk membiayai pengurusannya atau harta
wakaf itu tidak dapat disewakan atau digunakan bagi tujuan mendapatkan
pendapatan atau hasil, maka di dalam fekah ada pendapat yang mengatakan bahawa
kos itu hendaklah ditanggung oleh baitul mal.
Ada juga pendapat yang mengatakan ia perlu ditanggung oleh pewaris (berdasarkan
prinsip al-gunmu bil gurmi) dan ada juga yang menyatakan ia ditanggung oleh
pentadbir atau pengurus berkenaan. Namun demikian, pihak-pihak tersebut ini dikira
memberi pinjaman kepada wakaf berkenaan sehingga hasilnya diperoleh dan dibayar
semula kepada pemberi pinjaman berkenaan. Pendapat yang membenarkan wakaf
meminjam mensyaratkan:
1. Tiada jalan lain bagi menguruskan wakaf itu.
2. Hendaklah pinjaman dibuat dengan kebenaran mahkamah.
Di dalam fekah disebutkan bahawa kadi mempunyai bidang kuasa menyelia
pentadbiran wakaf dan berhak melucutkan jawatan seseorang pentadbir yang terbukti
tidak amanah dalam menjalankan tugasnya. Manakala seseorang yang memang
dilantik oleh mahkamah menjadi pentadbir boleh diberhentikan jika mahkamah
berpendapat wajar untuk berbuat demikian walaupun dia tidak semestinya dibuktikan
tidak amanah.

Mutawalli bukan penerima atau benefisiari wakaf


Penerima manfaat sebagai mutawalli

Isu-isu pengurusan wakaf


pertama
1. Tunai
2. Harta tak alih
3. Tanah
4. Am
5. Khas
Kedua
1. Ketidakseragamanam perundangan dan urus tadbir wakaf
2. Penyeragaman pembangunan dan pengurusan wakaf
3. Tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat
4. Pencerobohan tanah-tanah wakaf
5. Kekurangan tenaga pakar
6. Kepincangan pangkalan data
7. Fi dan caj pengurusan yang dikenakan
Pengurusan Berkesan
1. Hak dan manfaat ke atas harta
2. Penerima manfaat
3. Impak positif kepada masyarakat
4. Kebolehpercayaan dan keyakinan kepada institusi wakaf
5. Sistem wakaf dipercepat dan dipermudahkan
6. Pangkalan data yg up to date

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis eksploratori.
Peringkat pertama dilaksanakan dengan pengumpulan maklumat menerusi kajian
perpustakaan yang merangkumi hasil rujukan daripada jurnal, tesis, buku, laporan
tahunan syarikat, kertas kerja seminar, laman sesawang dan artikel majalah
termasuklah keratan akhbar media tempatan. Peringkat kedua pula, sesi temu bual
bersama pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Perbadanan Wakaf dibuat bagi
mendapatkan maklumat kajian secara terperinci. Hasilnya, keseluruhan maklumat
dianalisis dan penilaian berbentuk eksploratori dibuat bagi menyusun dan
mempersembahkan hasil kajian bagi memenuhi objektif yang telah dinyatakan.

Kesimpulan
Walaupun peranan diberikan kepada pihak Majlis Agama Islam yang mewakili
pemerintah/Sultan sebagai pihak berkuasa, namun bagi kes-kes di mana pewakaf
telah atau ingin melantik pentadbir wakafnya sendiri, tidaklah patut dilarang.
Peranan Majlis Agama Islam dalam kes di mana pewakaf telah tidak membuat
pelantikan pentadbir memang wajar dari segi hukum syarak (walaupun ada mazhab
yang tidak menyetujuinya), mahkamah sebenarnya yang berhak mentadbirkannya.
Maka demi untuk menggalakkan lagi orang ramai melaksanakan amal jariah melalui
wakaf adalah disarankan agar patut dibenarkan kewujudan badan-badan atau yayasan
bukan kerajaan bagi dilantik oleh pewakaf sebagai pentadbir kepada wakaf mereka,
dan tidak hanya diberikan hak ini kepada Majlis/Jabatan agama sahaja, lebih-lebih
lagi jika inilah yang dimahukan oleh pewakaf.

You might also like