You are on page 1of 8

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)

SEMESTER 1 SESI 2021/2022


AJ30303
SEJARAH ASIA TENGGARA: KEBANGKITAN ISLAM
NAMA PENSYARAH:
DR. MOHAMAD SHAUKI BIN MOHD RADZI
TUGASAN KUMPULAN:
ULASAN ARTIKEL- PUJIAN DAN KRITIKAN TERHADAP IMAM AL-GHAZALI
(ABDUL SALAM HJ. YUSSOF, JURNAL PENGAJIAN UMUM BIL.6, HLM 41-
48)

NAMA NO. MATRIK


AMIRDAD BIN GAGARA BA19110943
ARMAN BIN ARNOLDUS REMA BA19110287
AZMIN BIN OSMAN BA19110384
MOHAMMAD AGLAB BIN HASHIM BA19110543
MOHD HAPI BIN BEN BA19110934
NORASMIDAH SYAHIRAH BINTI HADRIANSJAH BA19110205
PENGENALAN
Pujian Dan Kritikan Terhadap Imam Al-ghazali merupakan artikel yang ditulis oleh
Abdul Salam Hj. Yussof.

 Nama penuh Imam Al-Ghazali ialah Abū Hamīd Muhamad bin Muhamad bin
Muhamad bin Ahmād al-Ghazālī al-Tūsi al-Shāfi’e. Beliau juga turut dikenali sebagai Abū
Hamīd kerana mempunyai anak lelaki bernama Hamīd yang meninggal ketika masih
bayi.

Nama beliau iaitu al-Ghazali diambil daripada dua perkara iaitu merujuk kepada nama
daerah tempat lahirnya iaitu Gazalah dan Kedua, merujuk kepada pekerjaan harian
bapa beliau sebagai seorang penenun dan penjual kain tenun iaitu “Gazzal” .

Beliau yang dikenal sebagai al-Ghazālī itu merupakan tokoh yang muncul tepat tiga
ratus tahun sesudah Imam Syafie lahir iaitu tahun 150 Hijrah / 730 Masihi.
KEJAYAAN AL-GHAZALI
• Kejayaan yang dapat dilihat melalui artikel ini adalah karya yang dihasilkan oleh Al-
Ghazali telah meluas tersebar sehingga karya beliau telah dikaji di merta tempat
misalnya di Timur dan Barat tidak mengira pengkaji yang berlatarbelakangkan yang
berbeza. Bukan itu sahaja, di Nusantara juga terdapat pengkaji yang menjadikan al-
Ghazali sebagai panutan untuk mengarang beberapa ilmiah seperti ‘Ulum al-Din
dalam karya Siyar al-Salikin.
• Kejayaan yang dapat dilihat juga berkaitan dengan menghidupkan semula fahaman
islam dan meninggalkan taklid membuta tuli.
• Ini dapat dijelaskan melalui karya utama beliau iaitu ihya Ulim al-Din. Hasil karya
beliau ini adalah karya yang terulung yang merupakan asas kepada wujudnya
keinteluktualan dan inspirasi kepada generasi seterusnya.
KRITIKAN TERHADAP AL-GHAZALI
• Pertama, pemikiran al-Ghazālī jelas menunjukkan warisan falsafah Yunani. Kedua,
dalam penulisan Ihyā 'Ulūm al-Dīn al-Ghazālī, analisis logik berdasarkan premis
umum dan khusus digunakan untuk membuat kesimpulan, kerana ini tidak sesuai
dengan semangat al-Quran dan Hadis. Ketiga, kitab Ihyā'' Ulūm al-Dīn mempunyai
banyak persoalan tentang konsep dan ajaran ahli turūq suffīyah dan pandangan
mereka terhadap pandangan kasyāf tentang kebenaran ketuhanan. Keempat, Kitab
Ihyā'' Ulūm al-Dīn mengandungi banyak hadis yang diragui kesahihannya.
• Ibnū al-Jawzi mengkritik al-Ghazālī kerana menggunakan hadis yang tidak benar dan
dhaif. Beliau berpendapat ini kerana al-Ghazālī bukan ahli hadis.
• pengkritik al-Ghazālī yang paling terkenal ialah Ibn Rusyd. Beliau menolak hujah al-
Ghazālī terhadap ahli falsafah. Contoh kritikan dalam tulisannya ialah tanggapan
Tahāfut al-Tahāfut terhadap tulisan al-Ghazālī dalam Tahāfut al-Falāsifah.
KEKUATAN ARTIKEL
• Antara kekuatan artikel yang terdapat dalam jurnal penyelidikan yang bertajuk “
pujian dan kritikan terhadap imam al Ghazali ” ialah penulis berusaha menjelaskan
lebih terperinci tentang kehidupan imam Al ghazali.
• kekuatan artikel ini juga dapat dilihat dimana penulis telah mendedahkan kejayaan
serta kritikan terhadap Al- Ghazali. Penulis telah menjelaskan pujian oleh para
peminat atau pencinta jasa Al- Ghazal
• ejayaan Al-Ghazali yang menghidupkan semula fahaman islam dan meninggalkan
taklid membuta tuli,menentang kejumudan serta menarik perhatian masyarakat
kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
KELEMAHAN ARTIKEL
• Kelemahan yang terdapat dalam buku ini pula adalah penulis menceritakan secara
datar berkaitan isu-isu berkaitan. Walaupun dalam buku ini mengandungi isi-isi yang
bermanfaat bagi para pembaca namun cara penyampaian juga mampu mengganggu
emosi pembaca sehingga merasakan bahawa buku tersebut agak membosankan
• Selain itu, kelemahan dalam bab ini juga adalah penulis tidak menerangkan secara
meluas berkaitan isu-isu yang diceritakan. Penulis seharusnya meluaskan lagi isu
yang dibincangkan bagi meningkatkan kefahaman para pembaca kerana ianya
mampu menarik minat para pengkaji untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau
lebih mendalam tentang isu-isu yang dibincangkan oleh penulis.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh yang terkemuka dan
namanya dikenali sepanjang zaman. Atas ilmu dan karya yang beliau hasilkan telah
tersebar luas di merata tempat termasuk di benua barat, eropah serta asia.Kejayaan
beliau dalam menyebarkan dakwa serta karya yang beliau hasilkan, akhirnya telah
mengubah beberapa perspektif dalam kalangan masyarakat, sebagai contoh, berkaitan
dengan perbuatan yang kufur serta kesalafahaman tentang islam. Bukan itu sahaja,
karya beliau juga telah dikaji dan dijadikan sebagai sumber untuk mengarang beberapa
ilmu seperti pembaharuan, pendidikan dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, terdapat
juga kritikan terhadap ideologii beliau dan dikatan mempunyai unsur yang salah.
Namun hal itu, bukanlah satu hal yang menjadikan kedudukan beliau terjejas sebagai
seorang tokoh yang berpengaruh sehingga hari ini.
SEKIIAN,
TERIMA KASIH

You might also like