You are on page 1of 2

Unsur tradisi dalam perlembagaan

Unsur tradisi adalah sangat penting dalam memastika perpaduan yang utuh
di kalangan rakyat Malaysia. Unsur tradisi ini sebenarnya telah lama wujud dan
diserapkan ke dalam perlembangan Malaysia. Hal ini demikian, unsur-unsur tradisi
ini hendaklah dinilai dan difahami dengan baik bagi memastikan tidak timbul
perselisihan faham antara rakyat. Menurut Mohd Salleh Abas 1985, terdapat fasal-
fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah lama wujud sejak
ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia
dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi
beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedududkann istimewa orang Melayu.

Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting
dalam Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan peranan yang
sangat penting dalam menjaga dan mengekalkan adat dan system pemerintahan
tertua negara. Raja berkuasa mutlak dalam apa jua bidang pemerintahan yang
terdapat di dalam negeri. Yang Dipertuan Agung adalah Raja yang mempunyai
kuasa tertinggi di dalam Malaysia. Setiap bidang pemerintahan, hak mahupun kuasa
yang dijalankan di Malaysia hendaklah mendapat perkenan dari Yang Dipertuan
Agung. Jika dirujuk pada Perlembagaan Malaysia iaitu pada bab 2 (Majlis Raja-Raja)
menenkankan keperluan, kepentingan serta fungsi Majlis raja-raja. Hal ini
membuktikan raja masih mempunyai kuasa serta pertimbangan dalam mengutus
atau membuat keputusan. Tanpa Majlis Raja-raja sesuatu keputusan boleh
dilaksanakan selagi ianya tidak menyentuh kepada keistimewaan atau apa-apa
sahaja mengenai Raja-raja.

Menurut perkara 3(1), Perlembagaan Malaysia, Agama Islam merupakan


agama rasmi di Malaysia. Islam telah lama bertapak di Malaysia dan majority
penduduk di Malaysia adalah melayu dan memeluk agama islam. Perlembagaan
Malaysia telah memberi kelonggaran agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu
yang dianuti oleh kaum Cina, India dan lain-lain di mana-mana kawasan di Malaysia.
Ketua agama islam di Malaysia merupakan Yang Dipertuan Agong dan para
pembesar atau Raja di setiap negeri dilantik menjadi ketua agama islam. Menurut
Perkara 11, Perlembagaan Malaysia, Malaysia mempunyai peraturan dalam memberi
kebebasan kepada rakyatnya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat
majmuk. Setiap agama hendaklah saling hormat- menghormati antara satu sama
lain supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganutnya.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam yang


diperuntukan melalui undang-undang parlimen. Merujuk Perkara 152, Perlembagaan
Malaysia, Unsur-unsur tradisi terrmasuklah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Memandangkan pelbagai etnik dan kaum yang menetap di
Malaysia, Perlembagaan tidak melarang mereka bertutur atau berurusan dalam
bahasa lain. Bahasa Melayu adalah berkuatkuasa sebagai bahasa rasmi dalam apa
jua urusan rasmi atau urusan surat menyurat antara badan kerajaan. Bahasa lain
boleh digunakan sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan iaitu pertama,
tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selain bagi maksud
rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain dan kedua ialah
tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau
hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan
dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam persekutuan. Dengan kata
lain, Bahasa asing masih boleh dituturi serta diajari keran Perlembagaan tidak
menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk menggunakan. Dengan Erti
kata lain, segala apa yang terkandung dalm Perlembagaan adalah untuk menjaga
hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.

Akhir sekali, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak. Menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah
dan Sarawak dan kepentingannya sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara
153(1) Perlembagaan Malaysia. Dimana perkara ini mengatakan Orang Melayu
ertinta seseorag yang menganuti agama islam, lazim bercakap bahasa Melayu,
menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau
Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di singapurra atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura atau ialah zuriat seseorang yang sedemikian. Yang
Dipertuan Agung juga memainkan sebagai penjaga adat resam masyarakat melayu.
Ini menunjukkan bahawa kepentingan Yang Dipertuan Agong adalah melindungi
seluruh kedudukan istimewa orang melayu di samping masyarakat peribumi Sabah
dan Sarawak. Masyarakat Sabah dan Sarawak termasuklah semua etnik dan bangsa
seperti Dayak, Bidayuh, Penan, Melanau, Melayu dan lain-lain. Kedudukan istimewa
lain turut terdapat dalam Perkara 86 dan 90 di mana memperuntukan Tanah Rizab
orang-orang melayu yang melindungi tanah rizab orang melayu. Kedua-dua perkara
ini termasuklah dalam bidang pemajakan, pertukaran hak milik dan peruntukan khas
dan lain-lain. Apa apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera
ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang melayu. Kemasukkan orang melayu
juga dianggap sebagai hak keistimewaan orang melayu. Hal ini kerana orang Melayu
terut layak mempertahankan dan menjaga tanah aiar mereka. Rejimen Askar Melayu
ini turut menjaga kepentingan orang Melayu amnya sepertimana yang berlaku pada
peristiwa berdarah 13 Mei. Rejimen Askar Melayu turut ditadbir atau diketuai oleh
Yanhg Dipertuan Agong.

You might also like