You are on page 1of 3

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang punca-punca berlakunya

kemerosotan kualiti udara. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Kemerosotan kualiti udara merupakan isu alam sekitar yang hangat diperkatakan ketika negara
kita sedang mengorak langkah menuju ke era pembangunan fizikal yang pesat. Hal ini
menjadikan sinaran alam sekitar di negara kita semakin pudar sehingga menjejaskan
kesejahteraan dan keselesaan kehidupan manusia.
Kemerosotan kualiti udara sering dikaitkan dengan pembebasan asap dan gas bertoksik
oleh kilang perindustrian yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini
terjadi kerana kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang penapis asap dan gas yang
berkesan. Bilangan kenderaan yang semakin bertambah ekoran daripada peningkatan taraf
hidup turut membebaskan banyak asap yang boleh mencemarkan udara. Selain itu, pembakaran
terbuka yang sering dilakukan oleh pihak tertentu juga menyebabkan asap bebas ke udara tanpa
kawalan.
Kualiti udara yang merosot boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia
terutama kepada sistem pernafasan manusia. Hal ini demikan kerana gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah, melambatkan tindak
balas manusia, menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan memberi kesan kepada fungsi paru-
paru. Di samping itu, perubahan ikllim di muka bumi dikaitkan dengan penebangan hutan yang
dilakukan tanpa perancangan yang strategik. Keadaan ini mengakibatkan haba pancaran
matahari tidak lagi diserap oleh tumbuh-tumbuhan sebaliknya terpantul semula ke atmosfera
sehingga menyebabkan muka bumi bertambah panas. Pembebasan gas klorofluorokarbon
daripada alat penyaman udara mengakibatkan kebocoran lapisan ozon dan akhirnya
menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Di samping itu, asap rokok juga menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran udara
di bandar raya. Tabiat orang ramai yang suka merokok di tempat awam seperti tempat menunggu
bas dan kawasan riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara. Hal ini demikian kerana mereka
yang merokok akan mengeluarkan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang
sekeliling jika terhidup asap tersebut. Selain itu, pembangunan yang pesat juga menyebabkan
kemerosotan kualiti udara. Hal ini demikian kerana partikel-partikel bebas daripada pasir dan
batuan berterbangan ke udara. Keadaan ini lebih teruk lagi apabila musim kemarau tiba. Perkala
lain yang menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar termasuklah fenomena alam
seperti gunung berapi dan fenomena El-Nino. Contohnya, letusan gunung Merapi di Indonesia
telah membebaskan asap tebal ke udara sehingga menyebabkan berlakunya jerebu.
Justeru, dalam keghairahan kita mengejar pembagunan dan kemajuan, sebagai kualiti
alam sekitar perlu dipelihara dan dipulihara demi kepentingan bersama.
(dipetik dan diubah suai daripada “Selamatkan Bumi” oleh
Loh Chun Chuan, Dewan Siswa, November 2017)
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata mengejar pembangunan. (2 markah)

ii. Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa kemerosotan kualiti udara meninggalkan
kesan yang negatif kepada kesihatan manusia.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. (3 markah)

iii. Kualiti udara yang semakin merosot menyebabkan masalah jerebu sehingga menjejaskan
kesihatan penduduk setempat.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil apabila berlaku
masalah jerebu? (KBAT) (4 markah)
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang punca-punca berlakunya
kemerosotan kualiti udara. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Kemerosotan kualiti udara merupakan isu alam sekitar yang hangat diperkatakan ketika negara kita
sedang mengorak langkah menuju ke era pembangunan fizikal yang pesat. Hal ini menjadikan sinaran
alam sekitar di negara kita semakin pudar sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan
kehidupan manusia.
Kemerosotan kualiti udara sering dikaitkan dengan pembebasan asap dan gas bertoksik oleh
kilang perindustrian yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini terjadi kerana
kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang penapis asap dan gas yang berkesan. Bilangan
kenderaan yang semakin bertambah ekoran daripada peningkatan taraf hidup turut membebaskan
banyak asap yang boleh mencemarkan udara. Selain itu, pembakaran terbuka yang sering dilakukan
oleh pihak tertentu juga menyebabkan asap bebas ke udara tanpa kawalan.
Kualiti udara yang merosot boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia
terutama kepada sistem pernafasan manusia. Hal ini demikan kerana gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah, melambatkan tindak balas manusia,
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan memberi kesan kepada fungsi paru-paru. Di samping itu,
perubahan ikllim di muka bumi dikaitkan dengan penebangan hutan yang dilakukan tanpa perancangan
yang strategik. Keadaan ini mengakibatkan haba pancaran matahari tidak lagi diserap oleh tumbuh-
tumbuhan sebaliknya terpantul semula ke atmosfera sehingga menyebabkan muka bumi bertambah
panas. Pembebasan gas klorofluorokarbon daripada alat penyaman udara mengakibatkan
kebocoran lapisan ozon dan akhirnya menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Di samping itu, asap rokok juga menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran udara di
bandar raya. Tabiat orang ramai yang suka merokok di tempat awam seperti tempat menunggu bas dan
kawasan riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara. Hal ini demikian kerana mereka yang merokok
akan mengeluarkan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika terhidup
asap tersebut. Selain itu, pembangunan yang pesat juga menyebabkan kemerosotan kualiti udara. Hal
ini demikian kerana partikel-partikel bebas daripada pasir dan batuan berterbangan ke udara. Keadaan
ini lebih teruk lagi apabila musim kemarau tiba. Perkala lain yang menyebabkan berlakunya kemerosotan
kualiti alam sekitar termasuklah fenomena alam seperti gunung berapi dan fenomena El-Nino. Contohnya,
letusan gunung Merapi di Indonesia telah membebaskan asap tebal ke udara sehingga menyebabkan
berlakunya jerebu.
Justeru, dalam keghairahan kita mengejar pembagunan dan kemajuan, sebagai kualiti alam
sekitar perlu dipelihara dan dipulihara demi kepentingan bersama.
(dipetik dan diubah suai daripada “Selamatkan Bumi” oleh
Loh Chun Chuan, Dewan Siswa, November 2017)
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mengejar pembangunan. (2 markah)


memburu kemajuan/berusaha mencapai kemajuan negara

ii. Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa kemerosotan kualiti udara meninggalkan kesan
yang negatif kepada kesihatan manusia.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. (3 markah)
kesan-kesan kemerosotan kualiti udara kepada kesihatan
- meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
- Melambatkan tindak balas manusia
- Menyebabkan mengantuk
- Penyakit lelah
- Memberi kesan kepada fungsi paru-paru

iii. Kualiti udara yang semakin merosot menyebabkan masalah jerebu sehingga menjejaskan kesihatan
penduduk setempat.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil apabila berlaku
masalah jerebu? (KBAT) (4
markah)
KBAT- langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya jerebu
- Mengurangkan sebarang aktiviti luar
- Bayakkan minum air kosong
- Memakai penutup mulut jika keluar rumah

- Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan aktiviti luar

You might also like