You are on page 1of 4

Bertarikh 15 Haribulan Disember , 2022

DI ANTARA

NIK DAUD BIN NIK ABD RASHID


(TUAN TANAH)

AND

SUHAIMI BIN DERAMAN


(PENYEWA)

PERJANJIAN SEWA

DISEDIAKAN OLEH:-

NIK DAUD BIN NIK AB RASHID


25F JALAN WAWASAN 2/3
BANDAR BARU AMPANG
68000 AMPANG
SELANGOR
PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI UNTUK KEDIAMAN

PERJANJIAN ini dibuat pada 15 haribulan Disember 2022


di antara pihak berikut:

i) ‘Tuan Kedai’
Nik Daud Bin Nik AB Rashid
601119-71-5251

ii) ‘Penyewa’
Suhaimi Bin Deraman
670101-11-7391

BAHAWASANYA

A. Tuan Kedai adalah pemilik sah dan berdaftar bagi Kedai di alamat
No 34, Lorong Ampang Kiri, 50450 Kuala Lumpur.
(selepas itu disebut sebagai “Kedai tersebut”).
B. Tuan Tanah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari
Tuan Tanah untuk seluruh ruang Kedai Tersebut serta menggunakan segala kemudahan-
kemudahan yang disediakan. Tiada tempoh sewaan yang dikenakan kepada penyewa.

C. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Kedai sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia
Dua Ribu Sahaja) RM2,000.00 sebulan termasuk pengunaan air akan di bayar setiap bulan tanpa
gagal secara tunai.

D. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penghuni Kedai.

BORANG MAKLUMAT PENYEWA

Nama Penyewa Suhaimi Bin Deraman


No. Pendaftaran 670101-11-7391
Alamat No. 5, Jalan Pelangi 3, Taman Plangi Sentul, 51100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan (KL)
Kontrak Sewa Tiada Had (Sehingga bila-bila)
Tujuan Sewa Sebagai Restoran

Perhatian: Segala Maklumat Yang Diberikan Adalah Sebagai Rujukan Bagi Pihak Tuan
Kedai Dan Ia Diklasifikasikan Sebagai Sulit Serta Tidak Akan Digunakan Untuk Tujuan
Selain Daripada Proses Perjanjian Penyewaan Kedai Untuk Kediaman Ini.

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada
Kedai tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran
sewa dan bayaran perenggan (2).
4. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan Kedai
dan/atau dimana sahaja dalam Kedai Tersebut.

5. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Kedai Tersebut apa jua bahan beracun
dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali
setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa
berkenaan dan persetujuan Tuan Kedai.

6. Menjaga dan memastikan keadaan didalam Kedai Tersebut sepanjang tempoh penyewaan
ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan
oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

7. Menyerahkan kembali Kedai Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan
Kedai apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-
syarat yang terkandung dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN KEDAI

1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang
dikenakan ke atas Kedai Tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Kedai Tersebut yang mana
ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apaapa kerosakan biasa yang
disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Kedai bertanggungjawab bagi mengawas
dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Kedai Tersebut di sepanjang tempoh
penyewaan ini.

3. Memastikan langkah-langkah keselamatan Kedai telah dibuat sebelum Penyewa mendiami


Kedai seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam
keadaan baik, sistem pendawaian Kedai dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan
selamat.

4. Tuan Kedai akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung
penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh
Tuan Kedai bagi menjelaskan sewa Kedai yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan
membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai
pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke
atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau
perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Kedai untuk tujuan mengekalkan keadaan Kedai
seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

5. Tuan Kedai berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku
perlanggaran atau bila mana Tuan Kedai berkehendakkan semula Kedai Tersebut bagi apa- apa
tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.

6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari
satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa.

7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan
Kedai apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
SEBAGAI SAKSI pihak-pihak di dalam Perjanjian kini menurunkan tandatangan mereka
pada tarikh pertama tersebut di atas.

………………………………… …………………………………
Tuan Kedai Penyewa
Nama: Nik Daud Bin Nik AB Rashid Nama: Suhaimi Bin Deraman
Tarikh: Tarikh:

………………………………… …………………………………
Saksi Saksi
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

You might also like