You are on page 1of 4

PERJANJIAN SEWA BILIK UNTUK KEDIAMAN

Pemilik : VILLAKU SERVICES


Alamat : No 21-02, Jalan Dataran Larkin 1, 80350 Larkin Johor Bahru, JOHOR.

Penyewa : _________________________________________________________________________________
No. Bilik : _______________________________
No. Kad Pengenalan:____________________________________Tel No : _________________________________
Alamat : _________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Tarikh masuk :______________________________ Tarikh Keluar : __________________________________
Tel No.(kecemasan)_____________________Nama:________________________Pertalian:________________

******
PERJANJIAN ini dibuat pada _____________________________(tarikh) antara Villaku Services (selepas ini
disebut sebagai “Pemilik”) dan _____________________________________________(nama penyewa)
_____________________________No. Kad Pengenalan / Passport (selepas ini disebut sebagai “Penyewa”)
yang beralamat
di_____________________________________________________________________________________________
yang dimaksudkan dalam isi kandungan.

BAHAWASANYA:
A. VILLAKU SERVICES adalah pemilik yang sah bagi bilik sewa di alamat di bawah dan Pemilik
bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa daripada Pemilik untuk
bilik sewa beralamat di No 21-02, Jalan Dataran Larkin 1, 80350 Larkin Johor Bahru,JOHOR serta
menggunakan kemudahan yang telah kami sediakan.

B. Penyewa bersetuju membayar kepada Pemilik sewa bulanan sebanyak Ringgit


Malaysia(RM)______________bersih sebulan dan hendaklah dibayar sebelum lima (5) haribulan (tiap-
tiap bulan).

C. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani Perjanjian ini sebanyak Ringgit
Malaysia (RM)_____________________bersih bagi bayaran bulan pertama/pro-rata berserta wang
cagaran/deposit sebanyak Ringgit Malaysia (RM)200bersih sebagai pendahuluan dan memenuhi
syarat-syarat yang tertakluk.
D. Penyewa ialah penama berdaftar dalam lampiran di atas. (Sila Sertakan salinan Kad
Pengenalan / Passport bagi rekod pengenalan warganegara penyewa).
Villaku Services Page 1 of 4
No. 19 Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, JOHOR. Email: straitshillvillaku@gmail.com
JM0862303-T
PERJANJIAN SEWA BILIK UNTUK KEDIAMAN

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN PEMILIK SEPERTI BERIKUT:


1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.
2. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali menukar mana-mana kunci di bahagian bilik (tombol
pintu/anak kunci / mangga & sebagainya).
3. Penghuni bilik tidak melebihi seorang sepanjang tempoh perjanjian ini, sekiranya penyewa
mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini, maka Pemilik berhak menaikkan bayaran
sewa dan/atau seterusnya Pemilik berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang
ditetapkan di dalam perjanjian.
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan sama ada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari
ruang bilik tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pemilik.
5. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan
tambahan sama ada di bahagian luar atau bahagian dalam bilik walau dengan apa cara sekali
pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pemilik.
6. Tidak dibenarkan menyimpan atau memelihara sebarang haiwan.
7. Tidak menyimpan apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup
dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan
mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Pemilik.
8. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan
sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan seperti maksiat, judi, minum arak, dadah dan
lain-lain yang menyalahi undang-undang di bilik tersebut yang mana ianya boleh mengganggu
suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penghuni yang lain.
9. Tidak dibenarkan merokok di dalam bilik. Merokok hanya dibenarkan di kawasan yang ditetapkan
sahaja.
10. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan tersebut. (ruang kaki lima, ruangan
tangga, tandas, sinki dan sebagainya).
11. Membenarkan Pemilik iaitu pekerja-pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja bagi
memasuki bilik untuk membuat pemeriksaan atau pembaikan kepada bilik tersebut yang mana
Pemilik menganggap adalah mustahak.
12. Penyewa bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh
kekerapan dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa seperti :
i. Lampu syiling dan starter.
ii. Tombol pintu / kunci pintu / Pintu.
iii. Suis.
iv. Dan lain-lain.
Villaku Services Page 2 of 4
No. 19 Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, JOHOR. Email: straitshillvillaku@gmail.com
JM0862303-T
PERJANJIAN SEWA BILIK UNTUK KEDIAMAN

13. Penyewa perlu menyerahkan kembali bilik tersebut dalam keadaan baik, bersih dan aman serta
lengkap kepada Pemilik apabila tempoh penyewaan ini tamat atau ditamatkan.
14. Wang deposit/cagaran tidak akan dikembalikan:-
i. Sekiranya terdapat kerosakan dan kehilangan barangan sewaktu pendaftaran keluar.
ii. Sekiranya penyewa memendekkan tempoh penyewaan tanpa persetujuan Pemilik.
iii. Sekiranya penyewa tidak mematuhi/melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
15. Penyewa diminta menyediakan “PADLOCK” dan menyerahkan “KUNCI PENDUA” kepada Pemilik.

TANGGUNGJAWAP PEMILIK

1. Bil Elektrik dan Bil Air ditanggung sepenuhnya oleh Pemilik.


2. Membaiki sebarang kerosakan besar (bumbung bocor) yang menimpa ke atas bilik tersebut yang
mana kerosakan bukan berpunca dari kecuaian dan kelalaian penyewa.

PERSETUJUAN PEMILIK DAN PENYEWA

1. Pemilik perlu menyerahkan kunci bilik sewa kepada penyewa selepas penyewa membayar wang
cagaran melainkan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Sekiranya Perjanjian tamat atau ditamatkan oleh pemilik atau penyewa adalah menjadi
tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan semula kunci bilik kepada pemilik atau wakilnya
dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka
penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan
Pemilik.
4. Pemilik berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.
5. Pemilik berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau
bila mana Pemilik berkehendakkan semula bilik tersebut bagi apa apa tujuan dengan
mengemukakan notis tidak kurang dari satu bulan (1) kepada penyewa atau serta-merta
mengikut budi bicara Pemilik.
6. Penamatan oleh penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada pemilik
apa-apa bayaran tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
7. Sebarang pertikaian diantara Pemilik dan Penyewa mengenai Penyewaan Bilik tersebut
hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah
diselesaikan melalui Timbangtara.
Villaku Services Page 3 of 4
No. 19 Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, JOHOR. Email: straitshillvillaku@gmail.com
JM0862303-T
PERJANJIAN SEWA BILIK UNTUK KEDIAMAN

KELENGKAPAN YANG DISEDIAKAN DAN DITERIMA DENGAN BAIK ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
No Butiran Bil/Unit Nota No Butiran Bil/Unit Nota
1 Kunci 2 Kunci Pintu Gril & pintu 2 Katil Single &
Bilik tilam
3 Bantal 4 Bakul Sampah
5 Kipas Berfungsi 6 Alas Kaki
7 Exhaust Fan Berfungsi 8
9 10

Pembayaran Sewa Bilik:


i. Pembayaran sewa bilik hendaklah dibayar sebelum atau pada lima (5) haribulan pada tiap-tiap
bulan.
ii. Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah berikut:-
 Tunai(CASH) : Sila hubungi Encik Wan (017-753 5696) untuk penyerahan wang tunai.
 Bank Transfer : MAYBANK : 5515 9352 5730 (VILLAKU SERVICES).
Sila majukan/kepilkan slip transaksi kepada Pn. Anna(013-984 5548) bagi tindakan selanjutnya.

Penamatan Kontrak:-
i. Penyewa dikehendaki memberi notis penamatan sewa sekurang-kurangnya satu (1) bulan awal
dari tarikh terakhir penyewa menduduki bilik sewa dan tertakluk kepada persetujuan Pemilik.
ii. Wang cagaran akan dikembalikan kepada penyewa dua(2) minggu selepas tarikh pendaftaran
keluar, tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Pemilik bagi
menjelaskan sewa bilik yang tertunggak atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua
kerosakan daripada perbuatan sengaja atau kecuaian pihak penyewa.

Penyewa dan Pemilik perlu menurunkan tandatangan pada hari bulan dan tahun yang disebut
setelah mempersetujui perjanjian dan penyerahan bilik sewa.

….……………………………………. ………………………………….
(TANDATANGAN PEMILIK/WAKIL) (TANDATANGAN PENYEWA)
Nama: Nama:
Tarikh: No. I/C:
Cop Syarikat: Tarikh:

Villaku Services Page 4 of 4


No. 19 Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, JOHOR. Email: straitshillvillaku@gmail.com
JM0862303-T

You might also like