You are on page 1of 4

PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI

UNTUK PERNIAGAAN KEDAI MAKAN

ALAMAT KEDAI SEWA

BITE N EAT STATION


PTD 18121-D (KEDAI KONTENA)
JALAN BERLIAN KG.MELAYU MAJIDEE
81100, JOHOR BAHRU, JOHOR.

DIANTARA

AHMAD NAWAWI HASSAN


PERTAMA
(TUAN KEDAI)

MOHAMAD HAIQAL NAZRIE BIN YAZID


KEDUA
(TUAN KEDAI)

DAN

..................................................................
( PENYEWA)

PADA

........................................
(TARIKH PERJANJIAN)

1
PERJANJIAN PNYEWAAN KEDAI UNTUK PERNIAGAAN KEDAI MAKAN

PERJANJIAN ini di buat pada ......................... sehingga ......................... selama 6 bulan dan
hendaklah diperbaharui satu bulan (1) dari tarikh tamat tempoh perjanjian.

BAHAWASANYA

A. Vendor bersetuju membayar kepada Tuan Kedai sewa bulanan sebanyak


RM 1000.00 ( Seribu Ringgit sahaja) termasuk bil api dan air. Vendor hendaklah
membayar sewa pada 1hb – 5hb setiap bulan.

B.
1. Vendor bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani Perjanjian ini
sebanyak RM 1800.00 (Satu ribu Lapan Ratus Ringgit sahaja) sebagai deposit
bayaran sewa bulan pertama diskaun sebanyak 50% RM500
(Lima Ratus Ringgit sahaja) dan bulan akhir RM1000 (Satu Ribu Ringgit sahaja).
2. Cagaran kerosakan sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat- syarat yang
terkandung didalam perjanjian ini ialah RM200 ( Dua Ratus Ringgit sahaja)
3. Duit papan iklan setiap Vendor RM100 ( Seratus Ringgit sahaja)

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN KEDAI


SEPERTI BERIKUT:
1) Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti ditetapkan.

2) Sekiranya vendor ingin keluar sebelum tarikh habis kontrak, deposit tidak akan
dikembalikan.

3) Sebarang kerosakkan dan kehilangan barang di Vendor atau luar Vendor adalah
tanggungjawab sendiri.

4) Vendor wajib BUKA dan TUTUP mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh
pihak TUAN KEDAI. Sekiranya Vendor melanggar syarat yang telah ditetapkan ,
akan dikenakan tindakan RM100 ( Seratus ringgit sahaja ) atau budi bicara pihak
Tuan Kedai untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

5) Waktu operasi perniagaan pada 4.00 petang sehingga 12.00 malam.

6) Setiap Vendor perlu menghantar sendiri makanan yang telah dipesan.

7) Vendor DILARANG menambah menu tanpa memberitahu Tuan Kedai.

2
8) Setiap Vendor hendaklah menyediakan pinggan dan sudu sendiri.

9) Tuan Kedai hanya menyediakan satu sinki dan satu kipas penyedut haba.

10) Sistem bayaran hanya dilakukan di KAUNTER PEMBAYARAN sahaja Vendor


tidak dibenarkan menerima apa-apa bayaran dari pelanggan.

11) Duit hasil pernigaan setiap hari akan dibayar satu hari selepas perniagaan.

12) Kemudahan tempat Solat, Tandas, Unifi, Meja, Kerusi dan Kerusi kanak-kanak telah
disediakan pihak Tuan Kedai.

13) Tuan Kedai tidak bertanggungjawab kejadian tidak diingini berlaku di premis kami
seperti kebakaran , tiada bekalan elektrik dan air.

14) Kebersihan tempat Solat dan Tandas yang telah disediakan adalah tanggungjawab
bersama.

15) Menyerahkan kembali kedai dalam keadaan yang BAIK dan BERSIH kepada tuan
kedai apabila perjanjian telah ditamatkan mengikut syarat-syarat yang telah
diberikan.

3
PERSETUJUAN ANTARA TUAN KEDAI DAN PENYEWA

Dengan ini, kami BERSETUJU untuk melaksanakan segala yang telah dipersetujui didalam
surat perjanjian ini sepanjang tempoh penyewaan kedai yang telah ditetapkan. Sekiranya
kami gagal melaksanakan,kami berhak dikenakan tindakan seperti yang telah dipersetujui
didalam surat perjanjian ini.

........................................
Pertama
(TUAN KEDAI)
Nama: Ahmad Nawawi bin Hassan
No. IC: 920424-01-6041
Tarikh: 7 Disember 2021

........................................
Kedua
(TUAN KEDAI)
Nama: Mohd Haiqal Nazrie bin Yazid
No. IC: 901223-01-6519
Tarikh: 7 Disember 2021

........................................
(PENYEWA)
Nama:
No. IC:
Tarikh:

You might also like