You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM

1. Tajuk Program
Kembara Sejarah Tahun 5 & 6 Ke Astana Negeri Sarawak Tahun 2019
2. Latar belakang / Pengenalan / Pendahuluan
Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan
murid-murid Tahun 5 dan 6 SJK CHUNG HUA BATU 11, MATANG. Lawatan
ni bertujuan memberi kesedaran kepada murid- murid tentang mercutanda
bersejarah dan keunikan masyarakat tanah air. Selain itu, aktiviti ini juga
memberi pendedahan awal tentang semangat jati diri, memupuk semangat
perpaduan dan penghayatan budaya yang pelbagai dalam diri murid-murid.
Di samping itu, lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid memahami
sejarah Astana Negeri Sarawak supaya anak murid lebih menyayangi tanah
air sendiri.

3. Tarikh dan masa pelaksanaan


15 NOV 2019 (0800 – 1630)

4. Tempat
Astana Negeri Sarawak

5. Objektif
5.1. Menigkatkan pengetahuan
5.1.1. Peserta yang mengikuti program ini akan lebih berpengetahuan terhadap
tanda bersejarah di Sarawak.
5.2. Memupuk rasa cinta pada Negara
5.2.1. Peserta dipupuk rasa cinta pada tanah air dengan melihat dan mengenali
sejarah Astana Negeri Sarawak.
5.3. Mengenali masyarakat Sarawak
5.3.1. Peserta dapat mengenali masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai
kaum, agama dan kepercayaan, di samping menyedari keunikan masyarakat.

6. Kumpulan sasaran
14 orang murid Tahun 6 dan 9 orang murid Tahun 5.
7. Jawatankuasa program
Penasihat :Pn Pau Rong Hee (Guru Besar)
Pengerusi :Pn Yvonne Kho (Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi :Pn Tiong Siew Kiong (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha :Pn Tiong Siew Kiong
Bendahari :Encik Lai Sai Keung
Makanan :Pn Loh Yan Teng
Keselamatan :Pn Tiong Siew Kiong
Pn Phyllis Thiang

8. Perbelanjaan sebenar
Tambang Bas : RM 400.00

9. Pengisian program
9.1. Menghubungi pihak tajaan.
9.2. Menentukan lokasi untuk perlaksanaan aktiviti.
9.3. Perbincangan reka bentuk rak buku bergerak.
9.4. Mengadakan taklimat untuk murid.
9.5. Membimbing murid menjalankan aktiviti yang dirancang.

10. Jadual
BIL MASA AKTIVITI
1 0800 Berkumpul di sekolah
2 0815 Taklimat keselamatan ringkas
3 0830 Bertolak ke astana negeri Sarawak
4 1000-1230 lawatan sambil belajar di astana negeri Sarawak
5 1230-1330 Makan tengahari
6 1330-1400 sesi bergambar
7 1400-1530 Aktiviti berkumpulan
8 1530-1600 Bertolak pulang ke sekolah

11. Petunjuk Prestasi Utama (KPI)


11.1. Output
11.1.1. Menyemai semangat patriotik di kalangan anak murid.
11.1.2. Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara
satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.
11.1.3. Mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui bidang kokurikulum.
11.2. Outcome
11.2.1. Murid menunjukkan kekaguman terhadap sejarah negeri.
11.2.2. Murid menunjukkan sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur
sepanjang lawatan ini.
11.2.3. Murid mendapat penghayatan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang
dianjurkan.

1. Masalah / kekangan pelaksanaan


Surat kebenaran lawatan lewat hantar ke pihak berkenaan dalam masa yang
ditetapkan.

2. Cadangan penambahbaikan
Membuat persediaan awal.

3. Penutup
Apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Segala
ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini diharapkan dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhirnya, kerjasama daripada pelbagai
pihak amat kami hargai.

Disediakan oleh:

………………………
(TIONG SIEW KIONG)
Setiausaha Jawatankuasa
SJK Chung Hua Batu 11, Matang
Tarikh:

Disahkan oleh:

………………………
(PAU RONG HEE)
Guru Besar
SJK CHUNG HUA BATU 11, MATANG
Tarikh:
LAMPIRAN
Gambar

Guru Besar memberi taklimat

Pihak sekolah menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak Info Design Lab

Murid-murid sedang meneroka rak buku bergerak.

You might also like