You are on page 1of 2

UNIT1:

NORMA MASYARAKAT
PEMANGKIN KESEJAHTERA
RAMALKAN KESAN PENGABAIAN SEMANGAT KEJIRAAN DALAM
KEHIDUPAN HARIAN BERDASARKAN NILAI UNIVERSAL YANG
TELAH ANDA PELAJARI.[10MARKAH]

Masyarakat kini haruslah mengamalkan nilai toleransi, nilai hormat dan nilai baik hati.
Kesan pengabaian semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kini ialah hubungan sosial akan
terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana terjadinya kesalahfahaman dalam kawasan kejiranan pada
masyarakat kini. Oleh itu, masyarakat kini haruslah memupuk semangat kejiranan melalui aktiviti
kesukanan atau riadah. Selain itu, kehidupan dalam masyarakat kini menjadi tidak
tenteram.Kesannya,berlaku pergaduhan di antara jiran yang menyebabkan semua orang dalam kawasan
kejiranan terganggu.Seterusnya,masyarakat kini mengamalkan sikap individualistik. Hal ini boleh
dilihat daripada perangai dalam masyarakat sekarang yang lebih bertindak berasaskan pertimbangan diri
sendiri sahaja. Akhir sekali, jika semangat kejiranan ini tidak disemai maka ianya dapat merosakkan
perpaduan. Hal ini kerana tanpa perpaduan, permusuhan antara kaum dalam kalangan masyarakat
sekarang tercetus dan menjadikan hubungan silaturahim antara masyarakat kejiranan menjadi renggang.

You might also like