You are on page 1of 12

 

ME12C-MASTER OF HUMAN CAPITAL MANAGEMENT


FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN

CONFLICT MANAGEMENT (BJ 6062) 2021/22-SEM2

INDIVIDUAL ESSAY 2
LECTURER:
SHARIFAH RAHAMA BINTI AMIRUL

NAME SITI HASNAHWATI BINTI ASSAN


STUDENT.NO MB2122279T

DATE 29 APRIL 2022


Please answer the following questions based on the given situation of Zalora and Dania.

1. Please explain what kind of conflict that could occur from the preceding situation and
justify your response (15 Marks)

Konflik dapat didefinisikan sebagai Satu proses yang bermula apabila satu pihak
menganggap satu pihak lain telah menghambar, atau akan menghambarkan satu
kepentingan dirinya (Thomas, 1976). Jenis konflik pula merangkumi konflik antara individu
dan dalam kumpulan. Tiga jenis utama konflik menurut Stott & Walker, 1992 ialah Konflik
diri, konflik antara manusia (Interpersonal) dan Konflik pasukan. Konflik diri bersifat
persendirian atau antara diri sendiri, biasanya ia melibatkan Dalam tugasan yang perlu
diselesaikan dan melibatkan kehidupan harian yang memerlukan keputusan segera dan
keputusan tersebut melibatkan banyak alternatif. Konflik antara manusia (Interpersonal)
berlaku di mana-mana sahaja terutamanya di tempat kerja. Kadangkala ianya berlaku
disebabkan Sumber yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, tersalah
anggap dan sebagainya merupakan sebab-sebab utama timbulnya konflik ini. Selain itu,
Konflik antara manusia Berlaku apabila terdapat hubungan manusia yang memerlukan
mereka berkomunikasi dan bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama tetapi
berlainan peranan, tanggungjawab serta keperluan. Menurut Schmidt and Tannenbaum
(1972) terdapat 4 jenis isu menyebabkan tercetusnya konflik antara manusia iaitu :

 Tidak setuju dengan maklumat/tujuan


 Tidak setuju dengan cara melakukan tugas
 Tidak setuju dengan suatu keterangan/fakta
 Tidak setuju dengan nilai (benar/salah)

Manakala konflik pasukan berlaku kerana tugas dan peranan yang dipikul, terdapat dua jenis
konflik yang akan berlaku dalam pasukan iaitu Konflik dalam Pasukan samalah seperti
pasukan mengalami konflik sesama sendiri oleh sebab-sebab tertentu dan Konflik antara
Pasukan merupakan konflik yang tercetus antara satu pasukan dengan pasukan lain
umpamanya antara Pasukan Kerja Sumber Manusia dan Pasukan Kerja Kewangan
disebabkan mereka bercanggah pendapat tentang perbelanjaan dan faedah kakitangan.
Konflik pasukan perlu dititik berat dan diurus dengan baik demi kebaikan dan peningkatan
prestasi pasukan dan organisasi. Konflik dalam pasukan boleh dikesan apabila berlaku :
 Sikap tidak bekerjasama
 Percanggahan personaliti
 Perbezaan matlamat
 Matlamat yang tidak cukup penjelasannya
 Kemahiran berbincang secara terbuka
 Rendah kemahiran mendengar
 Penggunaan bahasa yang rendah
 Peranan yang bersesuaian
 Mengabai perintah
 Kurang keterbukaan
 Kurang kerjasama
 Perbezaan pendapat tentang cara kerja
 Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian
 Kekurangan maklumat berguna

Berdasarkan petikan perbualan di antara Zalora dan Dania beberapa konflik mungkin

Akan berlaku diantara dua individu ini mahupun diantara kumpulan Dahlia dan Zalora. Jika
difahami situasi semasa perbualan mereka, Dania kelihatan agak tidak berpuas hati dengan
prestasi yang ditunjukkan oleh Zalora semasa pembentangannya, dalam masa yang sama
juga dia beranggapan dirinya lebih hebat dari Zalora kerana sebelum ini Dania dan
kumpulannya sentiasa beri pembentangan yang hebat dan persediaan yang rapi. Namun
semasa pembentangan Zalora beliau membuat kelainan dimana Salinan slide
pembentangan diberi kepada audience dan tidak menyediakan outcome kepada setiap ahli
mesyuarat pada Ketika itu. Ini memberikan ketidak puasan hati kepada Dania Kerana
persediaan kumpulanya dalam persediaan untuk satu pembentangan tidak diikuti oleh
Zalora sebagai kakitangan Junior baginya Zalora perlu merujuk kepada pekerja senior dan
meminta pandangannya dalam membuat persediaan kelak.

Konflik yang mungkin bakal berlaku setelah conversation ditamatkan melibatkan


kelima-lima level konflik. Pertama ialah difference, pada tahap ini kita sudah boleh lihat
apabila Dania menegur tentang outcome pembentangan yang tidak disediakan oleh
kumpulan Zalora dimana kebiasaanya Kumpulan Dahlia akan mengedarkan Outcome
pembentangan untuk Audience membaca terlebih dahulu dan memahami point-point
penting yang bakal di terangkan semasa pembentangan berlangsung. Zalora mempunyai
konsep yang berbeza dimana beliau akan memberikan Salinan slide pembentangan setelah
selesai kepada audience. Level kedua adalah misunderstanding, konflik ini mungkin berlaku
kerana kenyataan Dania “I believe I helped cover for you.” yang menyebabkan Zalora salah
faham kejayaan pembentangannya itu kerana Dania, walhal Ketika pembentangan Dania
tidak bertegur sapa kepadanya. Kerana itulah Zalora bertanya terus kepada Dania “What do
you mean by "you covered for me?" I'm confused. Kenyataan Dania memberi tanda tanya
kepada Zalora dimanakah pertolongan yang diberikan oleh Dania atas kejayaannya. Level
Ketiga adalah Disagreement berlaku apabila Dania memberi gambaran pada masa akan
datang kumpulan Zalora mungkin tidak diberi peluang untuk membentangkan apa-apa
projek penting disebabkan kecuaian dalam menyediakan outline sebelum pembentangan.
Zalora, beranggapan pembentangannya adalah yang terbaik dimana audience memberi
perhatian dan juga tidak beri komen negative setelah selesai pembentangannya tadi. Oleh
kerana Disagreement Zalora terhadap statementnya membuatkan Dania berkata kesat
diakhir perbualan mereka. Discord Level merupakan level yang keempat konflik diantara
Dania dan juga Zalora, disebabkan kesalahfahaman diawal perbualan mereka dan diakhir
perbualan menunjukkan Dania gagal mengawal emosi dan mengeluarkan perkataan yang
menyinggung perasaan Zalora bakal membuatkan perhubungan mereka terasa janggal dan
kemungkinan tidak dapat berkerjasama dengan baik. Ini disebabkan kejayaan kumpulan
Zalora semasa pembentangan akan menberi persaingan kepada kumpulan Dania dimana
sebelum ini mereka merupakan kumpulan yang terbaik. Akhir sekali, apabila konflik
berpanjangan diantara Dania dan Zalora sebagai Ketua kumpulan / presenter sekaligus
melibatkan ahli kumpulan mereka turut berkonflik. Sitausi ini di kenali sebagai polarization
level dalam konflik.

Bedasarkan level konflik yang bakal berlaku diantara kedua-dua kumpulan ini, jelas
menunjukkan Dania sebagai ketua Kumpulan dan juga kakitangan Senior daripada Zalora
mempunyai 8 sifat yang telah diklasifikasi oleh Capobianco, Davis, dan Kraus iaitu :

(Eight destructive behaviors)


1. Winning At All Costs (sentiasa ingin menjadi yang terbaik dari segala hal)
2. Displaying Anger (mempamerkan kemarahan, apabila Zalora membantah
cadangannya Dania gagal mengawal emosi dan mengeluarkan perkataan yang
menyakitkan hati Zalora diakhir perbualan)
3. Demeaning Others (Merasakan diri yang terbaik, dan menganggap orang lain
mempunyai banyak kelemahan)
4. Retaliating (Dania memberi tindakbalas yang negative dengan memberi gambaran
peluang tidak akan diberikan oleh kumpulan Zaloran kerana gagal menyediakan
Outcome seperti kumpulannya biasa lakukan)
5. Avoiding (Menganggap Kumpulan Zalora gagal berikan pembentangan yang baik
seperti kumpulannya)
6. Yielding (Memarahi Zalora kerana tidak merujuknya untuk persediaan
pembentangan, dan memperlihatkan kebodohan diri)
7. Hiding Emotions (terasa tercabar dan menganggap kumpulan Zalora sebagai pesaing
yang hebat dimasa akan dating)
8. Self-Criticizing. (mengkritik kumpulan Zalora dan menganggap kumpulannya masih di
kedudukan teratas dan Zalora seputunya meminta pandangannya sebelum
pembentangan)

Jika Konflik ini tidak diselesaikan segera pelbagai kesan sampingan negative dan positif
yang bakal berlaku contohnya : kesan Positif kepada agensi, apabila persaingan yang terjadi
diantara kedua-dua kumpulan ini akan memberi keuntungan kepada agensi dari segi
prestasi syarikat yang akan sentiasa cemerlang dari masa kesemasa. Manakala kesan
negatifnya pula, boleh dilihat dikalangan ahli-ahli kumpulan yang tidak selesa untuk
menjalinkan hubungan yang baik sesame mereka demi menjaga hati ketua masing-masing.

2. Develop the given situation into five intensity levels of conflict and give suggestions for
resolving each level of conflict.

Difference level (7 marks)

Seperti Jawapan pada soalan 1, kedua-dua pihak diantara Zalora dan Dania
mempunyai cara yang berbeza dalam memberi pembentangan namun diakhir
pembentangan menunjukkan kejayaan dan audience berpuas hati terhadap pembentangan
yang disampaikan oleh kedua-dua kumpulan. Dalam perbualan mereka, jelas menunjukkan
Dania ingin Zalora mengikuti jejaknya dalam proses persediaan sebelum pembetangan
sebenar, kerana baginya berdasarkan kejayaan yang kumpulannya kecapi membuktikan cara
kumpulannya merupakan yang terbaik dan Zalora perlu berjumpanya dan meminta tunjuk
ajar sebelum pembentangan sebenar dilakukan. Dalam konfliks ini, kaedah penyelasaian
yang boleh digunakan agar kedua-dua belah pihak saling toleransi dan berkerjasama dengan
baik dimasa akan datang ialah mengikut saranan S. R Robbins dimana beliau menawarkan
garis panduan seperti dibawah sebagai kaedah penyelesaian kepada konflik level pertama
Difference level :

i. Komunikasi:

Komunikasi diantara Dania dan Zalora perlulah jelas dan tidak membawa kesalahfahaman
terhadapa salah satu pihak. Contohnya : “I believe I helped cover for you.” Kenyataan yang
dikeluarkan oleh Dania diawal perbicaraan menyebabkan Zalora beranggapan negative
diawal perbicaraan. Mungkin kenyataan yang diberikan oleh Dania itu bukannya seperti
yang dianggap oleh Zalora dimana kejayaan pembentangannya disebabkan oleh Dania.
Mungkin Dania maksudkan peluang yang Kumpulan Zalora perolehi disebabkan
Kumpulannya mempunyai projek lain yang perlu disiapkan dan peluang ini telah
membuktikan keupayaan Zalora dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik
walaupun beliau merupakan orang baru. Seperti yang kita lihat Mesej yang samar-samar
atau mengancam menggalakkan konflik tanpa disengajakan.

ii. Membawa masuk Orang Luar:

Dalam kaedah ini, dalam menyelesaikan konflik defference level orang tengah diperlukan
untuk menyampaikan masej yang tepat kepada kedua-dua pihak. Sebelum perbicaraan
diantara Zalora dan Dania secara positifnya kejayaan Zalora dalam beri pembentangan yang
baik telah menarik minat Dania untuk berkomunikasi lebih lanjut dengan Zalora namun
situasi agak janggal kerana Zalora merupakan orang baru dan Dania pula merupakan
kumpulan yang terbaik yang sering berjaya dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Sebagai manusia biasa ego dalam diri merupakan perkara normal, oleh itu penglibatan
orang tengah dalam merancakkan lagi perbicaraan kearah yang positif amatlah diperlukan.
Orang tengah yang sesuai berada diantara Zalora dan Dania sudah pasti pengurus / ketua
jabatan mereka, ini kerana kedua-dua belah pihak akan sentiasa berhati-hati mengeluarkan
kenyataan di depan ketua jabatan demi menjaga hati dan sebagai tanda hormat kepada
pihak atasan. (contohnya, mencadangkan idea inovatif, menawarkan pilihan yang berbeza,
menunjukkan keaslian dll.) menghidupkan suasana yang positif sepanjang perbualan.

iii. Menstruktur semula Organisasi:

Mengubah struktur organisasi adalah cara terbaik untuk mewujudkan konflik. Memecahkan
kumpulan kerja dan jabatan lama untuk menyusun semula mereka supaya mereka
mempunyai peserta baru atau tanggungjawab akan mewujudkan ketidakpastian yang
memerlukan pelarasan semula dengan segera. Konflik yang berkembang dalam tempoh ini
akhirnya boleh membawa kepada kaedah operasi yang lebih baik apabila ahli cuba
menyesuaikan diri dengan keadaan baharu. Kaedah ini pada awalnya akan menyebabkan
konflik namun diakhirnya mereka akan saling berkerjasama demi mencapai matlamat yang
sama. Kerjasama boleh diwujudkan diantara Zalora dan Dania apabila kedua-dua pihak
terlibat dalam menstruktur semula Organisasi, kedua-dua kumpulan diberikan satu tugasan
yang melibatkan kerjasama kedua-dua pihak akan menyelesaikan konflik dalam masa yang
sama hubungan yang baik akan terjalin apabila kejayaan diperolhi dalam kejayaan
menyelesaikan satu tugasan.

iv. Persaingan yang menggalakkan:

Penggunaan bonus, gaji insentif dan anugerah untuk prestasi cemerlang akan merangsang
persaingan. Insentif sedemikian, apabila ditadbir dengan betul, memupuk semangat
berdaya saing di kalangan individu dan kumpulan. Konflik akan menjadi produktif apabila
satu kumpulan berjuang keras untuk mengatasi kumpulan yang lain. Dalam kaedah ini,
persaingan secara sihat bakal berlaku dan pasukan yang menang merupakan pasukan yang
terbaik.

Misunderstanding level (7 marks)

“Communication is a complex human activity that is successful most of the time. This,
however, does not mean that understanding is granted or that it is always the case.
Misunderstanding is a regular non-extraordinary feature of human interaction, whether
communicative interaction is cross-cultural or not (Dascal 1985; Brown 1995)”. Dalam situasi
Zalora dan Dania jelas kelihatan Zalora mempunyai “Misunderstanding” atau
kesalahfahaman terhadap kenyataan Dania mengenai kenyataan “I believe I helped
cover for you.” Zalora beranggapan Dania menganggap kejayaan pembentangannya tadi
kerana pertolongan Dania kemudia secara terus Zalora bertanya Kembali “What do you
mean by "you covered for me?" I'm confused. Konflik di fasa Kesalahfahaman berlaku
diperingkat komunikasi ini. Jika Zalora cuba untuk berfikiran positif dimana kenyataan Dania
itu merujuk kepada teamnya yang tidak dapat menerima tugasan tersebut kerana kekangan
waktu berikutan tugasan yang padat dan perlu diselesaikan segera memberi peluang
keemasan kepada Kumpulan Zalora menonjolkan diri sebagai kakitangan baru yang boleh
menyelesaikan tugasan dengan jayanya, mungkin tidak akan menyebabkan perbualan
mereka menjadi tegang. Dania sebagai pekerja Senior juga perlu bertolak ansur dan tidak
cepat tergugat dengan persaingan baru dalam kerjayanya, beliau seharusnya memberi
teladan yang baik dan memberi teguran secara professional agar Zalora tidak terasa hati dan
membuat penambahbaikan kepada persembahan pembentangannya dimasa akan datang.
Selain itu, salah satu pihak boleh menawarkan gabungan atau Kerjasama dalam tugasana
akan datang yang akan beri impak positif kepada organisasi dan juga kerjaya masing-masing.

Disagreement level (7 marks)

Di peringkat “Disagreement Level” konflik dalam komunikasi diantara kedua-dua belh pihak
dapat dilihat apabila Dania menegur Zalora tidak menyediakan Outline kepada audiens
terlebih dahulu sebelum memulakan pembentangan. Ini adalah kaedah yang kumpulan
Dania amalkan dan membuktikan kejayaan mereka dan menjadi salah satu kumpulan yang
Berjaya setiap kali diberi tugasan. Menurut Dania juga, kagagalan dalam menyediakan
persediaan yang rapi seperti ini akan menyebabkan sebuah kumpulan itu gagal
menyelesaikan tugasan yang diberi dan pada masa akan datang tidak akan dapat projek
yang sama lagi. Tapi Zalora tidak setuju dengan kenyataan Dania kerana setelah selesai
pembentangannya audiens menunjukkan maklumbalas yang positif dan mereka
menyukainya kerana tepukan yang diberikan menunjukkan mereka puashati dan tiada
komen negative diterima, Salinan slide juga telah diberi setelah selesai pembentangan.
Disebabkan ketidaksetujuan Zalora dengan teguran Dania, memyebabkan Dania
mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati “ Dania : I wouldn’t be so sure. You may have
completed your presentation today, but there’s no guarantee you’ll be invited back. You should have
consulted me before the presentation, and I could have told you about the outline. Sometimes you
young people just don’t think before you act.” Zalora sepatutnya menerima teguran Dania dengan
positif walaupun tidak bersetuju, ini adalah untuk mengelak konflik yang berlaku diantara mereka.
Sebagai pekerja senior Dania merasakan Zalora tidak menghormatinya kerana maklumbalas dari
Zalora terhadap teguran yang diberi membuatkan Dania malu dan maruah sebagai pekerja lebih
senior tercalar. Mungkin kata-kata yang menyakitkan hati ini dikeluarkan tanpa disedari oleh Dania,
ianya lebih kepada menjaga air mukanya sebagai pekerja yang lebih senior. Disebabkan konflik ini,
kedua-dua belah pihak mungkin gagal berkerjasama dengan baik dimasa akan datang. Sepatutnya
Zalora sebagai pekerja yang Junior lebih menghormati Pekerja senior dan cuba beri maklumbalas
terhadap teguran yang diterima secara positif dan tidak menyinggung perasaan Dania sebagai
pekerja yang lebih matang.

Discord level (7 marks)

Pada peringkat ini, apabila konflik yang berlaku diantara Zalora dan Dania tidak
diselesaikan dengan baik, orang lain yang rapat dengan mereka juga terlibat dengan konflik
itu terutama ahli-ahli kumpulan Dania dan juga ahli Kumpulan Zalora. Mereka akan merasa
janggal untuk menjalinkan hubungan yang baik sama ada di dalam pejabat mahupun luar
pejabat. Ini kerana ahli-ahli kumpulan ingin menjaga hati ketua mereka sama ada Dania
mahupun Zalora. Mereka akan saling berhati-hati dalam segala hal agar tidak menyebabkan
ketua mereka salah faham. Hubungan ini merupakan satu perkara yang tidak baik terhadap
organisasi, sebagai kakitangan yang berkerja dalam agensi yang sama hubungan yang
harmonis dikalangan kakitangan merupakan salah satu sebab untuk organisasi itu terus
maju dan mengekalkan prestasi yang cemerlang dimasa akan datang. Untuk menyelesaikan
konflik diperingkat ini pihak ketiga iaitu majikan akan memainkan peranan penting untuk
mewujudkankan suasana kerja yang harmonis dikalangan mereka. Salah satu cara yang
boleh digunakan adalah memberi tugasan / projek yang melibatkan kumpulan Dania dan
Zalora untuk berganding bahu dalam menyelesaikannya. Dalam proses menyiapkan tugasan
yang diberi sudah pasti kedua-dua belah pihak akan saling berkomunikasi dan terpaksa
bertolak ansur demi mencapai sepakatan Bersama dalam menjayakan tugasan tersebut.

Polarization level (7 marks)

Polarization results from the interaction of within group identity and across-group alienation
(Esteban and Ray 1994). While the group members show identification with each other in a polarized
society, they feel socially or ideologically separated from the members of other groups. Dalam
definisi ini menunjukkan konflik yang berlaku akan memberi impak kepada orang disekitar kita.
Terutama apabila penyebab konflik tersebut merupakan ketua dalam satu kumpulan. Seperti situasi
Dania dan juga Zalora mereka mempunyai kumpulan sendiri yang terdiri daripada beberapa ahli
didalamnya. Sebab utama yang boleh kita lihat konflik ini berlaku kerana persaingan baru yang
wujud mengugatkan kedudukan Dania sebagai ketua kumpulan yang sering memberi kejayaan
kepada tugasan yang diberikan dan kumpulannya merupakan kumpulan yang cemerlang dalam
organisasi mereka, apabila Pembentangan Zalora dapat maklumbalas yang positif daripada audiens
menunjukkan kumpulan Zalora tidak kurang hebatnya dan bakal beri saingan yang kuat kepada
kumpulan Dania. Ini secara tidak langsung beri tekanan kepada Dania dan kumpulannya untuk lebih
berkerja keras agar prestasi mereka tidak jatuh. Sebab itu lah pertuturan Dania kepada Zalora agak
kasar dan mempunyai unsur tekanan dalam komunikasi mereka. Sama seperti kenyataan David R.
Brubaker says a high level of conflict is less likely when leaders engage conflict, manage polarities,
commit to respectful cooperation, speak truth, and protect their people, itu lah yang berlaku kepada
Dania.

Apabila dalam masa terpolarisasi, tidak ramai orang yang tidak sabar-sabar untuk
memimpin dalam masa polarisasi. Namun pemimpin hari ini tidak dapat lari dari realiti ini.
Jadi, bagaimana kita harus memimpin? empat cara berikut boleh menyumbang kepada
kepimpinan yang berjaya dalam konteks polarisasi yang boleh digunakan oleh Dania
mahupun Zalora :

i) Apabila Konflik Timbul, selesaikan segera


Apabila konflik muncul dalam organisasi atau apa jua keadaan, pemimpin yang
celik konflik akan bergerak ke arahnya semasa konflik itu diperingkat awal, dan
tidak mengelak yang boleh menyebabkan konflik tersebut menjadi lebih rumit.
Dalam situasi Dania dan Zalora sebagai ketua dan juga rakan sekerja mereka
perlu menamatkan koflik kecil yang wujud dalam perbualan mereka. Salah satu
pihak perlu toleransi dan mengalah demi kebaikan bersama. Zalora sebagai
pekerja junior yang perlu toleransi dan menerima teguran Dania secara
profesional walaupun tidak bersetuju, ini demi menjaga hubungan baik diantara
mereka dan juga orang disekelilingnya daripada melakukan perkara yang sama.
ii) Belajar mengawal “Polarization” dalam diri
Unsur Polarisi ini wujud dalam diri seseorang apabila tidak menerima padangan
orang lain dan tetap dengan pendirian diri. Situasi ini boleh dilihat dalam kedua-
dua belah pihak dimana Zalora tidak setuju pembentangannya mempunyai
masalah seperti yang di nyatakan oleh Dania, ini kerana Zalora dapat
meneruskan pembentangan sehingga habis. Jelas membuktikan audiens tidak
mempunyai masalah terhadap pembentangannya itu. Di pihak Dania pula,
Outline yang perlu diberikan sebelum pembentangan itu merupakan cara yang
betul apabila dalam proses persediaan dalam satu pembentangan. Kumpulan
Zalora mungkin tidak mendapat peluang dimasa akan dating disebabkan
kecuaian tersebut, dan Zalora perlu berjumpa dengannya untuk meminta
pendapat semasa melakukan persediaan dimasa akan datang. Seperti yang
dicadangkan oleh perunding dan pengarang Barry Johnson, cabarannya bukanlah
untuk "menyelesaikan konflik" antara dua perspektif tetapi untuk "menguruskan
polariti" yang wujud dalam sistem. Di peringkat ini, Zalora dan Dania perlu
menguruskan Polariti diri demi mengelak konflik berpanjangan.
iii) Memupuk dalam diri “AS GOES THE LEADERSHIP, SO GOES THE
ORGANIZATION”
Sebagai ketua dalam satu pasukan contoh yang baik perlu ditonjolkan kepada
ahli agar ianya menjadi sebuah kumpulan yang baik dari masa kesemasa. Konflik
kecil yang wujud diantara Zalora dan Dania akan beri Impak negatif kepada ahli
kumpulan dan juga organisasi. Maka demi kebaikan semua pihak konflik diantara
Zalora dan Dania perlu ditamatkan segera.
iv) Lindungi Orang disekelilingmu “PROTECT YOUR PEOPLE”
Seperti kata Simon Sinek, Leaders Eat Last “The true price of leadership is the
willingness to place the needs of others above your own.” Peranan seorang ketua
dalam satu kumpulan itu adalah memimpin dan melindungi ahlinya daripada
apa-apa perkara yang memudaratkan. Jika konflik ini tidak diselesaikan segera,
kemungkinan salah satu kumpulan akan bubar pada di masa hadapan. Pelbagai
perkara buruk boleh berlaku contohnya : Dania merupakan pekerja senior dan
mempunyai prestasi yang cemerlang, jika beliau melaporkan atau meminta pihak
atasan menarik salah satu anggota dalam Kumpulan Zalora ke Kumpulannya akan
menyebabkan Kumpulan Zalora menjadi lemah dan kemungkinan akan
dibubarkan. Oleh itu, Zalora perlu menerima nasihat Dania dengan hati terbuka
dan cuba menjalinkan hubungan yang baik dengan Dania sebagai Pekerja lebih
senior sudah tentu kedua-dua kumpulan ini bakal berkerjasama dengan baik
dimasa akan datang.

You might also like