You are on page 1of 37

JKP 412/315

Pensyarah:
Dr Wan Asna Wan Mohd Nor
Peperiksaan Berterusan
⚫ Jawab DUA soalan esei.
⚫ Merangkumi sidang webex 1,2,3,4.
⚫ Modul berkaitan Webex.
⚫ Bahan bacaan tambahan berkaitan teori dan
pendekatan dlm politik masyarakat majmuk.
Lihat contoh-contoh.
⚫ Jangan bawa sebarang nota atau bahan
berkaitan kursus ini dan telefon bimbit ke
dalam dewan peperiksaan.
⚫ Jangan bercakap atau meniru rakan anda.
ANALISIS RABUSHKA DAN
SHEPSLE
⚫ Pengenalan
⚫ Sumbangan Alvin Rabushka dan Kenneth A.
Shepsle dalam analisis masyarakat majmuk.
⚫ Teori ketidakstabilan demokrasi di negara-
negara masyarakat majmuk.
⚫ Membentuk satu paradigma atau satu model
yang mengandungi lima peringkat
perkembangan proses politik dalam
masyarakat majmuk.
Objektif pelajaran
⚫ Menjelaskan andaian-andaian Rabushka
dan Shepsle.
⚫ Menyenaraikan lima peringkat analisis
perkembangan politik masyarakat majmuk.
⚫ Menghuraikan paradigma yang
dikemukakan oleh Rabushka dan Shepsle.
⚫ Membincangkan teori ketidakstabilan
demokrasi dan masyarakat majmuk.
Sifat Masyarakat Majmuk
⚫ Rabushka dan Shepsle mengatakan,
⚫ Politically organized cultural sections,
communally based political parties, the
partitioning of major social groups (e.g., labor
unions) into culturally homogeneous
subgroups, and political appeals emphasizing
primordial sentiments serve as unambiguous
indicators of plural society ( Rabushka &
Shepsle, 1972, hlm. 21).
Sifat Masyarakat Majmuk (R&S)
⚫ Kepelbagaian budaya yang wujud dalam
masyarakat tersebut - memiliki organisasi dan
parti politik yang berasaskan perkauman.
⚫ Permintaan dan rayuan yang dibuat
berasaskan sentimen primordial - perkauman,
budaya, keturunan, suku kaum, agama atau
bahasa atau kombinasi sentimen-sentimen ini.
Sifat Masyarakat Majmuk (R&S)
⚫ Sifat ini tidak wujud dalam setengah
masyarakat moden seperti masyarakat di Itali
dan Amerika Syarikat kerana pengundi dalam
masyarakat ini biasanya bersetuju dalam
beberapa isu tetapi pada waktu yang sama
pengundi yang sama ini juga tidak bersetuju
dalam isu yang lain.
⚫ Masyarakat majmuk - pengundi bersama-sama
setuju atau tidak setuju dengan isu-isu
tertentu.
Etnisiti dan perkumpulan
⚫ Andaian-andaian yg merujuk kepada keadaan
sebenar atau realiti di negara-negara yang
mempunyai masyarakat majmuk:
⚫ 1) kepentingan etnisiti dalam masyarakat majmuk.
Penekanan kpd faktor etnik - etnisiti menjadi satu
faktor yang berupaya menggerakkan kelakuan atau
perangai individu dalam masyarakat.
⚫ Perkaitan antara faktor etnisiti dengan kewujudan
pelbagai kumpulan atau organisasi dalam masyarakat.
Etnisiti dan perkumpulan
⚫ 2) Asas dan bentuk perkumpulan yang wujud
dalam masyarakat majmuk. Etnisiti yang
merangkumi budaya, kaum atau suku kaum
menjadi asas penubuhan pelbagai kumpulan
dan organisasi.
⚫ Etnisiti juga menjadi penentu kepada
kumpulan atau organisasi mana yang disertai
oleh individu.
Keeratan dalaman kumpulan
etnik
⚫ Wujud kecenderungan bagi individu untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan etnik
mereka berbanding kumpulan etnik lain.
⚫ Keadaan kepelbagaian etnik - menghasilkan
organisasi-organisasi politik tersendiri yang
mempunyai keeratan dalaman atau
perhubungan yang erat antara ahli-ahlinya
yang terdiri daripada satu kaum yang khusus.
Keeratan dalaman kumpulan
etnik
⚫ Menerangkan keadaan apabila parti-parti
politik dan organisasi-organisasi politik
memperjuangkan kepentingan-kepentingan
kumpulan mereka sendiri - budaya atau isu
perkauman.
⚫ Parti-parti ini biasanya memajukan dan
mempertahankan kepentingan ahli-ahli mereka
yang terdiri daripada satu kaum.
Sentimen primordial menonjol
⚫ Persoalannya ialah mengapakah sentimen
primodial tertentu lebih menonjol berbanding
sentimen primordial lain?
⚫ R & S berpendapat hal ini berlaku kerana motif
dan kelakuan ahli politik dalam masyarakat
tersebut.
⚫ Ahli-ahli politik merupakan individu-individu
yang sentiasa berusaha merebut jawatan
penting dalam kerajaan.
Sentimen primordial menonjol
⚫ Berusaha utk menang dalam pilihanraya,
mereka mesti mengatur strategi dengan
menyusun kumpulan-kumpulan pengundi yang
akan menyokong mereka dalam pilihanraya.

⚫ Perebutan dan konflik berlaku kerana


mengejar prestij, kuasa dan balasan material
lain.
Sentimen primordial menonjol
⚫ Dalam masyarakat yang mempunyai garisan-
garisan pemisah sosial, cara yang paling
mudah untuk mengumpul penyokong ialah
dengan membangkitkan dan memperjuangkan
isu-isu berlandaskan perkauman.
⚫ Caranya: 1) ahli-ahli politik mengenalpasti isu
yang berpotensi sebagai alat untuk
memperolehi sokongan yang banyak
Sentimen primordial menonjol
⚫ 2) cuba menyakinkan pengundi bahwa mereka
adalah pejuang kepentingan isu tersebut.
Mereka memilih isu yang boleh memberi
kebaikan kepada mereka.
⚫ Mereka ini dikenali sebagai political
entrepreneurs atau usahawan politik yang
bekerja keras untuk memperolehi political profit
atau keuntungan politik iaitu kemenangan
dalam pilihanraya.
Kecenderungan Etnik (Ethnic
Preferences)
⚫ Andaian-andaian R & S:

⚫ 1) Wujud intracommunal consensus atau kata


sepakat dalam kumpulan. Maksudnya, terdapat
satu tahap perpaduan atau keeratan dalaman yang
tinggi dalam kumpulan-kumpulan yang membentuk
masyarakat majmuk. Mereka memilih alternatif-
alternatif yang ada dengan cara yang seragam.
Oleh itu, setiap anggota kumpulan yang sama
mempunyai pandangan dan membuat pilihan yang
sama dalam semua isu yang dihadapi atau cuba
ditangani oleh kumpulan tersebut.
Kecenderungan Etnik (Ethnic
Preferences)
⚫ 2) Wujud intercommunal conflict atau konflik
antara kumpulan -kumpulan-kumpulan etnik
atau kaum tidak bersetuju antara mereka
mengenai semua isu. Oleh itu, pandangan
satu kumpulan mengenai satu isu berlainan
dengan pandangan kumpulan lain mengenai
isu yang sama. Terdapat perbezaan dan
percanggahan pendapat antara kumpulan-
kumpulan ini
Kecenderungan Etnik (Ethnic
Preferences)
⚫ 3) Wujud perceptual consensus atau kata sepakat
tanggapan -semua ahli politik dalam satu kumpulan
etnik atau kaum memandang alternatif-alternatif
yang ada dari segi rangka tanggapan yang sama.
⚫ Contoh: pandangan dan pendapat yang dimilikki
oleh kumpulan Greek dan Turki mengenai
Perlembagaan Cyprus 1960.
⚫ Penduduk Cyprus keturunan Greek beranggapan
yang Perlembagaan tersebut telah memberikan
“kedudukan istimewa” kepada penduduk keturunan
Turki.
Kecenderungan Etnik (Ethnic
Preferences)
⚫ Manakala kumpulan Turki pula beranggapan
Perlembagaan tersebut cuma memberikan
mereka jaminan yang minima yang pada
pandangan mereka tidak menjadikan
penglibatan mereka dalam kerajaan begitu
efektif.
⚫ Sikap kumpulan-kumpulan ini menunjukkan
wujudnya kata sepakat tanggapan di
kalangan penduduk Cyprus yang
berketurunan Greek dan Turki.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Peringkat pertama:

⚫ Kewujudan preindependence ethnic cooperation


atau kerjasama antara etnik sebelum merdeka.
Sejarah pengalaman kebanyakan masyarakat
majmuk menunjukkan wujudnya kerjasama etnik di
peringkat elit daripada pelbagai kumpulan sebelum
masyarakat tersebut memperolehi kemerdekaan.
⚫ Tiada persaingan sesama mereka
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Cenderung untuk bekerjasama bagi menentang
pemerintahan asing. Berusaha menentang musuh
yg sama.
⚫ Pada masa ini, kerjasama yang biasanya dilakukan
oleh elit-elit politik pelbagai kumpulan etnik sebelum
tercapai kemerdekaan. Kerjasama ini diusahakan
dalam bentuk satu campuran politik.
⚫ Golongan elit dan pertengahan mengambil inisiatif
untuk menjalankan kejasama etnik kerana mereka
lebih sedar tentang peluang-peluang dalam
pelbagai bidang yang telah dinafikan oleh pihak
penjajah kepada kaum pribumi.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Contohnya: 1970 - Sir Kamisese Kapaiwai
Tuimacilai Mara merupakan seorang pemimpin
daripada golongan pertengahan Fiji yang
menentang pihak berkuasa penjajahan British
kerana beliau menerima gaji yang lebih rendah
berbanding pegawai British yang memegang
jawatan yang sama.
⚫ Pemimpin nasionalis – golongan
pertengahan/terpelajar.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Faktor lain yg menyebabkan kerjasama –
⚫ Faktor ekonomi negara mereka berada dalam
tangan penjajah dan pembahagian kekayaan
negara dilakukan oleh pihak penjajah.
⚫ Harapan mereka ialah ekonomi dan
pembahagian kekayaan negara diambil-alih
daripada pihak penjajah selepas mereka
memperolehi kemerdekaan.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Peringkat kedua:
⚫ postindependence ethnic cooperation ambiguity atau
peringkat kerjasama etnik yang kabur selepas
kemerdekaan dicapai.
⚫ R & S berpendapat pada peringkat ini, campuran politik
yang telah dibentuk sebelum merdeka masih kekal dan
berlanjutan.
⚫ Pada peringkat awal kemerdekaan, isu utama dalam
politik ialah pembahagian atau distribution dalam semua
aspek antara kumpulan-kumpulan yang mendiami
negara tersebut.
⚫ Tugas pembahagian ini menjadi tanggungjawab
pemimpin-pemimpin politik dalam campuran politik yang
telah ditubuhkan dan mereka memutuskan “siapa
mendapat apa, bila dan bagaimana.”
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Persaingan merebut kekayaan negara sesama kumpulan etnik
biasanya boleh menegangkan keadaan politik yang masih rapuh. Jadi
bagaimanakah pemimpin-peminpin politik ini menyelesaikan masalah
ini?
⚫ Teknik yang digunakan oleh mereka merangkumi usaha “dua dalam
satu” iaitu:
⚫ 1) mereka mengadakan atau generate permintaan-permintaan
berbentuk nasional bukannya yang bersifat komunal.
⚫ 2) pada waktu yang sama, mereka menyelesaikan isu-isu perkauman
atau yang boleh memecah-belahkan rakyat melalui dasar-dasar yang
kabur.
⚫ Parti politik campuran yang mengambil-alih pemerintahan negara yang
baru merdeka ini menekankan atau menumpukan perhatian kepada
isu-isu yang dianggap tidak memecah-belahkan rakyat seperti isu
pembangunan ekonomi dan penyediaan peluang-peluang pekerjaan
yang dapat dimanfaatkan oleh semua individu masyarakat.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Kestabilan parti campuran diancam oleh
masalah di dalam parti itu sendiri.
⚫ Masalah wujud kerana perubahan suasana
berpolitik: jika dahulu campuran itu
menentang musuh yang sama iaitu pihak
penjajah, sekarang mereka tidak mempunyai
“musuh” yang sama. “Musuh” tersebut adalah
dalam kalangan mereka sendiri.
⚫ dalam hubungan pemimpin politik parti
campuran.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Persaingan bukan lagi antara mereka dengan
pihak penjajah tetapi antara mereka sendiri.
⚫ Suasana ini mencerminkan pertukaran rules of
the game atau peraturan-peraturan permainan
politik daripada satu corak sebelum
kemerdekaan sewaktu elit politik bersama-
sama menentang penjajah kepada satu corak
selepas kemerdekaan apabila elit bersaing
antara mereka.
⚫ Peringkat ini menyaksikan ketegangan
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Peringkat ketiga:

⚫ Keadaan pada peringkat ini disifatkan sebagai


demand generation and the increased salience of
etnicity atau penghasilan permintaan dan
peningkatan kepentingan etnisiti.
⚫ Pada masa ini, permintaan-permintaan dan
desakan-desakan etnik atau yang bersifat
perkauman membawa ke arah pergaduhan dan
konflik antara etnik kerana sumber atau bahan-
bahan yang mereka sama-sama ingini adalah
kurang.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Keadaan ini juga menyebabkan mereka berebut-
rebut dan persaingan antara mereka semakin sengit
- ada yang berjaya mendapat nikmat daripada
bahan tersebut dan ada yang tidak memperolehi
bahan tersebut.
⚫ Sumber-sumber adalah terhad dan kadangkala
tidak wujud dalam sesebuah masyarakat tetapi
wujud dalam masyarakat yang lain.
⚫ Proses pembahagian – setiap kumpulan cuba
mendapatkan agihan yang banyak atau tinggi
berbanding kumpulan lain atau untuk mengenepikan
kumpulan lain dari mendapat bahan tersebut.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Campuran politik yang ditubuhkan terlalu
besar untuk membentuk keputusan-
keputusan bersama yang dapat diterima oleh
semua pihak.
⚫ Proses pembangunan peringkat ini
dipengaruhi oleh usahawan politik yang
membangkitkan sentimen-sentimen
perkauman dan menggunakan ketegangan
kaum sebagai modal politik dalam
masyarakat berbilang kaum.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Contohnya:
⚫ Politik apanjaht atau undi bangsa sendiri di
British Guiana.
⚫ “Sinhalese only” di Sri Lanka, dahulunya Ceylon.
⚫ Dasar apartheid di Afrika Selatan dan Rhodesia.
⚫ Pergerakan “Enosis” di Cyprus yang bertujuan
menyatukan Cyprus dengan negara Greek.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Peringkat keempat:
⚫ Wujud outbidding and the decline of the multiethnic
coalition atau lelong-melelong perkauman dan
kemerosotan parti campuran pelbagai etnik.
⚫ Terjadi kerana hubungan pemimpin dalam campuran
politik atau parti campuran yang mewakili pelbagai
etnik yang dibentuk sebelum ini merosot dan
renggang.
⚫ Kemerosotan ini dihasilkan oleh pergaduhan yang
sengit antara kumpulan-kumpulan etnik. Dalam
suasana pergaduhan ini, amat sukar bagi ahli-ahli
campuran politik itu mengekalkan kerjasama antara
mereka.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ R & S – pergaduhan akibat kegiatan, tingkahlaku dan
perangai usahawan-usahawan politik yang sentiasa
menjalankan communal outbidding atau lelong-
melelong perkauman.
⚫ Contohnya, dalam isu pendidikan, satu kumpulan
menjanjikan sekolah yang mempunyai kelengkapan
moden. Kumpulan lain pula menjanjikan sekolah yang
lebih moden dan memberi keistimewaan kepada satu
kumpulan tertentu. Ini menyebabkan kumpulan yang
pertama bertindakbalas dengan meningkatkan lagi
janji mereka.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Proses lelong-melelong perkauman ini
menghasilkan peningkatan satu janji kepada
satu janji yang lain sehingga kadangkala janji-
janji itu merupakan sesuatu yang khusus
hanya kepada satu kumpulan atau kaum
sahaja.
⚫ Strategi politik yang ekstrim.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Peringkat kelima:
⚫ Merujuk kepada electoral machinations and
violence atau alat-alat negara dimanipulasi
oleh kaum yang memegang kuasa dan
keganasan yang berleluasa.
⚫ Akibat peringkat keempat tadi - ialah
kemerosotan tatacara demokrasi yang diikuti
dengan keganasan fizikal dan penubuhan
kerajaan autoritarian.
Paradigma Proses
Pembangunan Politik
⚫ Pada peringkat ini, jentera atau alat-alat
negara dimanipulasi dan dieksploitasi oleh
kumpulan yang memerintah untuk
mendapatkan keuntungan dan memberi
faedah kepada kumpulan itu sendiri.
⚫ Dalam proses ini berlaku keganasan yang
melibatkan rusuhan bersenjata oleh kumpulan-
kumpulan etnik yang menentang penubuhan
kerajaan autoritarian.

You might also like