You are on page 1of 5

Peraturan dan Syarat Permainan Planet Escape 1. Gelanggang a. Dibina di kawasan padang yang telah ditetapkan b.

Ukuran gelanggang untuk permainan ini ialah 30 meter x 10 meter

2. Pemain a. Permainan ini dimainkan oleh 6 orang pemain dengan seorang pemain gantian / simpanan. b. Setiap pasukan harus menghantar 4 orang wakil lelaki dan 3 orang wakil perempuan dalam kumpulan mereka. c. Gantian pemain hanya boleh dibuat sebelum permainan bagi sesuatu pusingan bermula.

3. Pakaian a. Semua pemain hendaklah memakai baju yang bersesuaian seperti jersi ataupun T-Shirt yang memberi keselesaan. b. Setiap pemain juga diwajibkan berkasut serta berseluar trek panjang.

4. Kedudukan Pemain a. Pemain akan disusun mengikut strategi pasukan masing-masing b. Rujuk lampiran

5. Cara Bermain a. Gelanggang yang telah disediakan akan dibahagikan kepada dua bahagian. Dua pasukan akan masuk ke gelanggang dengan setiap bahagian setiap satu pasukan. b. Setiap pasukan akan dibekalkan sebanyak 6 kon kecil di bahagian hujung gelanggang. c. Objektif permainan ini ialah untuk mendapatkan seberapa banyak kon kecil pasukan lawan tanpa disentuh dalam masa yang ditetapkan.

d. Apabila berjaya mendapatkan kon kecil pihak lawan, maka, pemain boleh kembali ke bahagian gelanggang sendiri tanpa perlu ke penjara apabila disentuh. e. Setiap pasukan hanya akan boleh menyentuh pasukan lawan masingmasing di dalam kawasan sendiri. f. Sekiranya belum sempat mendapatkan kon kecil dan disentuh, peserta hendaklah pergi ke penjara. g. Pemain yang keluar dari gelanggang juga akan dimasukkan ke dalam penjara. h. Untuk keluar dari penjara, rakan peserta hendaklah datang dan menyentuh tangan peserta tanpa dirinya sendiri disentuh. i. Sekiranya berjaya meloloskan rakan dari penjara, maka, peserta akan kembali ke gelanggang masing-masing sebelum mereka memulakan strategi mereka kembali.

6. Perlawanan dan Pusingan a. Perlawanan akan dijalankan secara sistem separuh liga b. Setiap pasukan akan bermain dalam satu pusingan.

7. Masa a. Masa bermain untuk setiap pusingan ialah selama 3 minit. b. Untuk menentukan masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan untuk menandakan permainan bermula, tamat dan setiap perkara yang memerlukan wisel ditiup.

8. Mata dan Kiraan Pemenang a. Mata untuk menang ialah 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. b. Pemenang akan dikira berdasarkan kon kecil yang berjaya dirampas dari pasukan lawan, sekiranya sama jumlah kon kecil, pemenang akan dikira berdasarkan jumlah pemain dalam penjara, sekiranya sama juga, mata seri akan diberi.

9. Pegawai-Pegawai a. Seorang Pengadil Rasmi dan pembantu Pengadil Rasmi duduk pada jarak 1 meter dari gelanggang. b. Tugasnya ialah memulakan, memberhentikan permainan dan membuat keputusan untuk memasukkan pemain ke dalam penjara tanpa berlaku sebarang penipuan. Wisel hendaklah sentiasa berada bersamanya. c. Pencatat Markah berdiri di luar gelanggang. Bertugas mengira bilangan mata yang dikutip dan mencatat dalam borang skor. d. Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Rasmi dan Pencatat Markah adalah muktamad.

10. Undian dan Kumpulan a. Sebelum permainan di mulakan, pasukan yang mengambil bahagian akan mengundi untuk menentukan kumpulan dan giliran masing-masing. b. Rujuk lampiran

11. Tanggungjawab a. Semua pemain-pemain yang mengambil bahagian adalah dengan kehendak sendiri. b. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kejohanan ini.

12. Tafsiran a. Keputusan yang dibuat adalah muktamad. Tanpa merugikan mana-mana pasukan, penganjur berhak membuat pindaan terhadap Kumpulan Pasukan dan Jadual Pertandingan.

Pelan Permainan Planet Escape

Petunjuk Kon Kecil Kon ( Penjara )

Pemain Pengadil

Sistem Separuh Liga Kumpulan A Kumpulan A1 A2 A3 Kumpulan B Kumpulan B1 B2 B3 P M S K MT P M S K MT

Separuh Akhir A1 vs B2 (1) B1 vs A2 (2)

Tempat Ketiga/Keempat Kalah (1) vs Kalah (2)

Akhir Pemenang (1) vs Pemenang (2)

You might also like