You are on page 1of 12

Bincangkan Sistem-sistem Ketidaksamaan Tradisional

PENDAHULUAN

Ketidaksamaan sosial, dalam konteks umum ditafsirkan sebagai perbezaan yang wujud di
antara manusia. Ketaksamaan sosial wujud dalam pelbagai bentuk dalam pelbagai bentuk dan
melibatkan hampir semua anggota masyarakat. Ketidaksamaan sosial juga merangkumi apa juga
bentuk penyusunan manusia ke dalam kedudukan-kududukan sosial yang tidak sama rata.
Terbentuknya ketidaksamaan sosial adalah melalui proses penilaian dan penyusunan taraf ke atas
manusia dan kedudukan sosial, sama ada menerusi tugas atau peranan. Pada kebiasaannya, isu yang
sering ditekankan dalam takrifan ketidaksamaan sosial ialah ketidaksamaan di antara manusia yang
terbentuk akibat daripada pemilikan sumber-sumber berharga yang tidak sama banyak. Tetapi
ketidaksamaan juga boleh dikaji dari sudut ketaksamaan yang wujud di antara kedudukan sosial,
seperti di antara jawatan-jawatan dalam struktur pekerjaan berhirarki.

Menurut Plato, iaitu seorang ahli falsafah Greek di dalam buku beliau iaitu Republic,
ketidaksamaan sosial adalah satu keperluan masyarakat yang penting dan beliau melihat kewujudan
ketidaksamaan sosial sebagai satu penjelmaan semulajadi. Beliau mengganggap masyarakat tanpa
ketidaksamaan atau hirarki sosial adalah satu keadaan yang tidak wujud. Fenomena ketidaksamaan
sosial telah wujud sebagaisatu institusi sosial atau sebagai satu cara hidup yang mantap dalam
beberapa masyarakat bertamadun yang kompleks. Menurut pengkajian sosiologi, ketaksamaan sosial
seperti ini wujud dan disebut sebagai institutionalized inequalities

Keanggotaan seseorang individu mahupun keluarga, dalam sesuatu golongan seringkali


diwarisi. Menerusi penurunan kedudukan sosial secara warisan atau kelahiran, sistem ketidaksamaan
perhambaan, kasta dan estet muncul sebagai sebagai sistem ketidaksamaan tertutup. Sehingga kini,
sudah tidak ada lagi kewujudan sistem perhambaan dan estet ini, namun begitu sistem kasta masih
lagi wujud dalam masyarakat India sehingga kini. Undang-undang telah membentuk kestabilan
sistem perhambaan dan sitem estet, manakala sistem kasta pula dipengaruhi oleh kefahaman dan
ideologi keagamaan.

1
SISTEM PERHAMBAAN

Sistem perhambaan memfokuskan kepada satu bentuk amalan sosial yang wujud berasaskan
kepada hubungan pemilikan ke atas manusia oleh manusia lain. Kehidupan individu atau orang yang
menjadi hamba tertakluk sepenuhnya kepada kemahuan seseorang atau sekumpulan orang lain yang
menjadi pemilik mereka. Tuan kepada hamba tersebut boleh melakukan apa sahaja mengikut
keinginan mereka kepada hamba yang dimiliki oleh pemilik tersebut.Amalan ini membenarkan
hamba dipaksa untuk menerima layanan ke atas dirinya, sebagai suatu bentuk barangan yang boleh
digunakan, dimiliki atau dikawal sepenuhnya oleh pemilik tersebut mengikut kehendaknya. Daripada
hal tersebut, maka muncullah satu pemilikan mutlak ke atas individu tersebut. Golongan pemilik atau
tuan kepada hamba tersebut mempunyai penguasaan sepenuhnya ke atss keseluruhan kehidupan dan
segala apa yang dipunyai oleh hamba itu. Ini termasuk keluarga, kemahiran dan tenaga mereka.
Orang-orang yang dijadikan hamba di dalam sesebuah masyarakat biasanya terdiri daripada orang
luar yang berbeza, seperti dari segi ras, etnik, unit politik atau agama.

Perkataan hamba berasal dari bahasa Mesir Purba Hem, yang bermaksud 'tubuh'. Sistem
hamba abdi ini telah wujud sejak berkurun lamanya. Misalnya piramid di Mesir, telah dibina oleh
golongan ini. Amalan penghambaan di Mesir adalah jauh lebih baik berbanding dari keadaan di
Yunani, Rom atau negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, di mana hamba abdi tiada diberi sebarang
hak kemanusiaan dan boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemiliknya. Dalam segi
penggunaan dalam dunia Melayu, hamba dibahagi kepada dua, iaitu hamba abadi - iaitu hamba yang
kelak sepanjang hayat dan hamba - termasuk dapat ditebus selepas membayar hutang dan juga
merangkumi golongan hamba abadi.

Amalan sistem perhambaan ini telah wujud dalam kebanyakan masyarakat lama sebagai
suatu institusi atau sistem sosial yang penting dalam kehidupan masyarakat. Amalan menggunakan
hamba sebenarnya adalah satu fenomena sosial yang agak umum. Ia bukan sahaja wujud dalam
kebanyakan masyarakat di dunai, tetapi juga telah wujud begitu lama dalam sejarah.oleh kerana
amalan menggunakan hamba telah wujud dalam pelbagai masyarakat dan zaman yang berbeza, maka
sudah tentunya amalan perhambaan memperlihatkan sifat-sifat tersendiri mengikut budaya, tempat
dan masa yang berbeza.

Perbezaan dalam layanan dan darjah kebebasan yang dinikmati oleh hamba telah wujud di
antara masyarakat. Walaupun begitu, kemunculan perhambaan sebagai suatu sistem atau isntitusi
sosial yang dominan dalam kehidupan manusia hanya terjadi di dalam beberapa masyarakat sahaja di
dunia ini. Masyarakat perhambaan ini dipercayai pernah terbentuk dalam masyarakat-0masyarakat
Grrek dan Itali di zaman kuno dan dalam masyarakat Duni Baru, iaitu di benua Amerika di zaman
moden (Finley, 1980:67-92). Pembentukan perhambaan sebagai satu sistem sosial dalam
masyarakat-masyarakat perhambaan utama memperlihatkan kepentingannya dari segi ekonomi.
Dalam masyarakat, sistem perhambaan bukan sahaja memperlihatkan kepentingan hamba sebagai
buruh, bahkan merupakan ragam kepada pengeluaran yang asas kepada institusi ekonomi dalam
masyarakat tersebut (Finley, 1980, Lovejoy, 1838:8-11).

2
Perhambaan dan perdagangan hamba merupakan salah satu bentuk dan sumber ekonomi yang
utama kepada kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, British dan juga Belanda, terutamanya
selepas abad ke-15M. Pembukaan 'Dunia Baru' iaitu benua Amerika dan Kepulauan Carribean
meningkatkan lagi permintaan ke atas hamba di Afrika dan mencetuskan migrasi paksa yang paling
tinggi jumlahnya dan yang paling tidak berperikemanusiaan dari segi semula jadi iaitu perdagangan
hamba Trans-Adamik. Perkembangan sistem perladangan hamba inilah yang menyebabkan lebih
ramai peribumi Afrika dibawa keluar secara paksa untuk menampung perkembangan ekonomi yang
dikuasai oleh kuasakuasa Eropah sehinggakan ramai sejarawan berpendapat bahawa 'Dunia Baru' itu
diwujudkan di atas keringat hamba. Bagaimanapun, kemunculan dan perkembangan
ketidakperimanusiaan yang berlaku melalui perdagangan hamba yang dilakukan oleh kuasa-kuasa
Barat bukanlah bermaksud tidak wujudnya sistem perhambaan yang dipraktikkan di dalam
masyarakat peribumi Afrika. Berbagai-bagai bentuk ikatan yang melibatkan tenaga buruh
mencerminkan hubungan di antara yang kaya dengan yang miskin, yang kuat dengan yang lemah,
yang besar dan yang kecil jumlahnya, telah lama wujud dalam sistem masyarakat peribumi Afrika.
Namun begitu, konsep perhambaan seperti yang didefinisikan oleh Barat itu jumlahnya adalah amat
sedikit dan bukannya bentuk yang paling dominan dalam masyarakat pribumi Afrika.

SISTEM KASTA

Sistem kasta berasal daripada keprcayaan konsep penciptaan manusi menerusi pelbagai kasta.
Sistem ini dikenali sebagai Varsnasharma atau lebih dikenali dengan panggilan jati pada masa kini.
Sistem Jati dianggap salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsirannya sebegitu adalah
tidak benar dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan sistem Jati merpakan
interpretasi yang salah. Konsep Karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan
bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan kata-kata) telah membawa kepada
tindak balas. Ini bermakna, yang baik membawa kepada tindakbalas yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Konsep seumpama ini mudah disalah tafsir untuk kepentingan golongan-golongan
tertentu. Golongan kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang yang banyak dosanya
dilahirkan dalam jati/kasta bawahan dan sebaliknya. Peristiwa-peristiwa yang dapat menyokong
pandangan ini diselitkan dalam beberapa karya yang bersifat agama kemudiannya.

SISTEM JATI

Pada akhir Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang
berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin
keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing. Desakan dan
tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan menyusun masyarakat mereka kepada
unit-unit pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem Varna menjadi
lumpuh dan ini merintis jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada
asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran
dan pada peringkat awalnya, sistem jati tidak bersifat hirarki.

3
Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti
sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya tersebar meluas
ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati
memiliki sistem pentadbiran, peraturan-peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem
keadilan bagi jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat
tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh jati mereka, dan ini
bermakna jati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil Jati akan memastikan kebajikan
masing-masing dipelihara.

Semangat jatisme semakin bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat


kebangsaan (nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula pemeringkatan taraf
dalam sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan. Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan,
dan sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing.
Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati tidak dicemari. Sistem Jati bukan
sahaja wujud di kalangan orang yang beragama Hindu, sebaliknya terdapat juga di kalangan
penganut agama-agama lain seperti Kristian, Islam dan sebagainya di India yang turut mengamalkan
jati masing-masing.

Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam sehinggakan


terdapat jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh' (untouchables) iaitu Harijan, dan mereka ini
juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia
dalam golongan jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan' (anak-anak Tuhan) atau Dalit.

SISTEM VARNA

Terdapat perbezaan yang nyata antara sistem vama dengan sistem jati dan kedua- duanya,
tidak boleh dicampuradukkan. Sistem Varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap
hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini mengehadkan mobiliti sosial. Kelas sosial
dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan guru-guru agama, pedanda,
pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain; kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah
dan pasukan keselamatan negara; ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian; keempat, Shudra yang
berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas; dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan
murtad dan dibuang varna.

Sistem Varna yang tersebut di atas hanya diamalkan di India Utara dengan begitu berkesan
serta sistem ini dipelihara oleh pemerintah. Amalan sistem ini didapati sudah wujud sekurang-
kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM). Kehadiran kumpulan orang Arya ke benua
kecil India, terutamanya di India Utara telah mencetuskan pertembungan dan pertentangan dengan
kebudayaan tempatan. Orang tempatan merupakan masyarakat tani, berkulit gelap, berambut

4
kerinting, tidak mengenah ajaran-ajaran Veda dan bahasa serta budaya orang Arya. Orang Arya
merupakan masyarakat yang sentiasa berperang yang tidak mengenali sistem pertanian setempat,
berkulit cerah dan hidup secara berpindah-randah. Apabila mereka sampai ke kawasan barat laut
India dan membuka petempatan, budaya kebendaan mereka masih tidak maju. Interaksi,
pertembungan dan pertentangan budaya ini telah menjadi asas bagi permusuhan antara penduduk
tempatan dan kumpulan pendatang, orang Arya. Namun begitu, sifat orang Arya membolehkan
mereka dapat mengatasi orang tempatan dan mereka beranggapan kaum mereka lebih bermartabat
berbanding orang tempatan. Maka itu orang tempatan dipanggil sebagai dasha ataupun dasyu bererti
hamba abdi.

Pada awalnya kegiatan pertanian turut dianggap sebagai sektor pekerjaan yang tidak
bermartabat kerana ianya diceburi oleh orang tempatan. Di samping itu, kejahilan orang Arya
mengenai bidang pertanian menyebabkan mereka memandang hina kegiatan ini. Tetapi selepas
beberapa lama kemudian orang Arya mula menyedari akan kepentingan bidang pertanian dan mulai
menunjukkan rasa hormat terhadap bidang tersebut kerana mereka sudah mula mempelajari cara-cara
pertanian daripada orang tempatan.

Pertentangan budaya yang berlaku menyebabkan orang tempatan tidak dimasukkan dalam
sistem Varna di peringkat awal. Orang Arya telah meletakkan dan menyusun kedudukan mereka
dalam tiga Varna. Ini termasuklah Varna. Brahmin, Kshatriya dan Vaisya yang dikenali sebagai
Trivama dan kemudiannya, orang tempatan dimasukkan ke dalam sistem vama dengan diletakkan
sebagai Varna keempat, Shudra. Dengan ini, konsep Caturvama iaitu empat Varna diterima oleh
masyarakat Arya.

SISTEM KASTA DI INDIA

Sistem kasta di India ialah salah satu sejarah yang paling utama dimana terdapat perbezaan
melalui kelas, agaman, wilayah, kaum, jantina dan bahasa. Ianya merupakan satu institusi yang
begitu unik dalam Tamadun India. Di dalam sistem kasta ini terdapat banyak penindasan yang dapat
dilihat. Penindasan yang di jelas melalui perbezaan warna kulit. Sistem kasta ini bermaksud
pembahagian kelas sosial yang mempunyai heirarki yang tetap dimana secara semulajadi masyarakat
hidup dalam keadaan terkelas atau berperingkat. Pada awalnya, sistem kasta ini lebih berdasarkan
kepada perbezaan warna kulit dan ianya bermula dengan kehadiran orang Aryan. Sistem kasta ini
dalah satu sistem yang tertutup dimana kehidupan seseorang dan kehidupan sosialnya ditentukan
oleh kasta ini. Ianya ditentukan sejak kelahiran seseorang itu dan sistem kasta ini mempengaruhi
interaksi dan tingkah laku seseorang itu. Dalam sistem kasta ini, terdapat satu konsep peraturan yang
dipanggil ‘pencemaran’. Sistem pencemaran bermaksud setiap golongan kasta tidak boleh bercampur

5
dengan golongan kasta lain. Selain itu, terdapat had untuk berinteraksi antara satu kasta dengan kasta
yang lain sebagai contoh, Kasta Brahmin tidak boleh bergaul dengan kasta Sundra.

Asal Usul Dan Sejarah

Mengikut asal usul India, terdapat banyak teori yang di gambarkan. Dari sudut agama Hindu,
iaitu dari buku Rig Veda, terdapat seorang lelaki yang bernama Purush telah memusnahkan dan
mengorbankan dirinya untuk mencipta sebuah masyarakat. Cerita ini menceritakan bahawa lelaki
tersebut telah mengerat badannya kepada empat bahagian. Empat bahagian ini menggambarkan
Varna, ianya mempunyai perbezaan antara Varna tersebut. Digambarkan Brahmin di bahagian
kepala iaitu bahagian yang paling utama dan penting dimana adanya otak untuk berfikir dan
menerima ilmu. Manakala Kastria di bahagian tangan menunjukkan kekuatan yang dimiliki.Vaisya
pula di bahagian peha dan Sundra di bahagian kaki. Mengikut teori biologi, tiga bahagian badan
teratas adalah yang paling berkualiti. Varna bermaksud perbezaan antara warna, tekstur dan
kesabaran mental. Terdapat tiga perbezaan iaitu Sattva bermaksud putih, Rajas bermaksuh merah dan
Tamas bermaksud hitam. Perbezaan ini dinilai dari kulit mereka dan diklasifikasikan kepada
kumpulan kasta tersebut. Sistem kasta bermula pada 1500 sebelum masihi dan diperkenalkan oleh
kerajaan Aryans. Masyarakat Aryans datang dari selatan Eropah dan utara Asia yang berkulit cerah
berbanding pribumi India. Oleh itu, kerajaan Aryans telah menakluk seluruh kawasan utara India
termasuk menguasai budaya di sana.

MASYARAKAT DAN BUDAYA

Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan
kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi
demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di
kawasan Selatan India. Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing-
masing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun
sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta
tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India.

Kedudukan Kaum Wanita Dalam Masyarakat Indo-Arya

Pada zaman Veda Awal (1500SM-1000SM), kaum wanita dihormati dan diberikan
kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki. Terdapat bukti- bukti yang menunjukkan kaum
wanita menjadi orang pertapa dan mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab
suci. Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat tahap pendidikan yang sama. Namun begitu,

6
pada Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita
merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka
dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan
untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara- upacara keagamaan. Dari segi
pendidikan, dirasakan pendidikan asas memadai untuk kaum wanita dan ini kemudiannya seolah-
olah menjadi undang-undang tidak bertulis.

Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan- pergerakan reformasi
Hinduisme telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita kepada pihak British supaya ianya
dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakan-
pergerakan reformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sebagainya, kedudukan kaum
wanita dapat dipulihkan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.

Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM), kaum wanita telah diberikan
kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka
dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Anak perempuan yang kecil
dipanggil sebagai 'amma' bererti emak kerana anak perempuan itu bakal menjadi ibu apabila
berkahwin. Dalam konteks ini, peranan kaum ibu amat penting dan mereka mempunyai segala
kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin. Antara pujangga-
pujangga Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam termasuklah beberapa pujangga wanita.
Pujangga-pujangga wanita ini didapati berupaya membuktikan kebolehan mereka dengan mencipta
puisi-puisi yang dianggap setanding malah adakalanya lebih baik berbanding dengan kaum lelaki. Di
samping itu, terdapat juga kaum wanita yang pernah menjadi pertapa-pertapa yang disegani lagi
dihormati dalam masyarakat tersebut.

Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam.
Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan
kuasa penjajah khasnya kuasa British di India. Di India Selatan juga pergerakan-pergerakan
reformasi menjadi asas kepada pihak British untuk meluluskan undang-undang bagi melindungi serta
menegakkan hak kaum wanita.

7
SISTEM ESTET (ESTATE)

Di dalam sistem ketidaksamaan sosial sistem estet adalah satu sistem yang dikaitkan dengan
kehidupan masyarakat feudal. Sistem ketidaksamaan estet adalah secara khusus merujuk kepada
penyusunaturan social yang muncul yang muncul di dalam kehidupan masyarakat feudal Eropah di
zaman pertengahan (medieval Europe) di antara abad ke-10 hingga kea bad ke-14. Sistem ini adalah
sama seperti sistem perhambaan yang wujud berasaskan undang-undang. Anggota masyarakat feudal
yang terdapat di Eropah ini telah dibahagikan kepada beberapa kelompok sosial utama yang disebut
sebagai estet (estate). Faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat feudal eropah
berasaskan sistem estet ini ialah perubahan ekonomi, khususnya pembentukan masyarakat agrarian
yang terdapat di Eropah. Perubahan masyarakat ini biasanyadirujuk sebagai satu perubahan daripada
kehidupan zaman silam (classical antiquity atau ancient) kepada kehidupan zaman pertengahan
(medieval). Sebelum kemunculan masyarakat agraria, di zaman peralihan di antara T.M. 400 dan
tahun 1000 S.M telah berlaku keruntuhan empayar lama Rom. Ini telah mengakibatkan kemerosotan
sistem ekonomi lama yang dibentuk berasaskan amalan perhambaan. Proses penaklukan oleh bangsa
Jerman dan kebangkitanpengaruh Islam di dunia Barat,juga telah meruntuhkan aktiviti-aktiviti
ekonomi perdagangan dan corak kehidupan masyarakat di Bandar. Menurut Mayer n Buckley, akibat
perubahan ini ekonomi masyarakat Eropah barat telah kembali hamper keseluruhannya kepada
ekonomi pertanian.

Sistem ekonomi yang telah berpusat di sekeliling urusan pemilikan dan pengerjaan tanah ini,
selain daripada mencari ciri terpenting feudalisme, sekaligus merupakan faktor yang mempengaruhi
pembentukan struktur ketidaksamaan sosial berasaskan perundangan sistem estet dalam masyarakat
feudal Eropah. Walau bagaimanapun, pembentukan yang terdapat dalam masyarakat feudal
berasaskan sistem estet ini tidaklah serupa dari satu tempat ke satu tempat yang lain di Eropah pada
zaman itu. Sungguhpun begitu, kehidupan masyarakat yang bergantung kepada tanah dan ekonomi
pertanian yang sama di merata tempat telah mengakibatkan perkembangan struktur sosial masyarakat
feudal yang agak selari di merata di Eropah sepanjang zaman pertengahan. Secaraumumnya,
feudalisme sebagai satu organisasi social baru di Eropah terbentuk berasaskan kepada hubungan
dominasi golongan bangsawan yang merupakan golongan pemilik tanah (lord) yang kaya, ke atas
golongan petani yang miskin dan yang tidak berkuasa. Pembentukan struktur social ini, walaupun
diakibatkan oleh perubahan sistem ekonomi, tetapi struktur sosial ini juga telah dibina berasaskan
kepada satu siste m ketidaksamaan yang formal iaitu sistem estet. Sistes estet juga merupakan satu
ciri istimewa masyarakat feudal Eropah. Pada umumnya sistem estet telah mewujudkan tiga
kelompok sosial atau estet yang memperlihat hubungan dan agihan-agihan ketidaksamaan antara
mereka. Estet pertama terdiri daripada golongan bangsawan (nobility), estet kedua terdiri daripada
golongan paderi (clergy) dan estet ketiga pula terdiri daripada rakyat biasa (commoners). Sebagai
satu pembahagian yang formal, sistem estet telah menetapkan dengan jelas akan hak dan
tanggungjawab setiap estet ini (Barber,1957).

Golongan estet juga turut terpisah dari segi amalan budaya selain daripada diasingkan secara
undang-undang. Tetapi setiap golongan estet juga sebenarnya tidak seragam. Dalam setiap kategori
estet yang besar ini terdapat juga penyusunan taraf kedudukan sosial. Di kalangan golongan
bangsawan juga wujud perbezaan status dan kuasa,misalnya antara raja dan anggota bangsawan yang
lain. Begitu juga golongan paderi terdapat jawatan yang berbeza status dan kuasa, seperti ada di

8
antara mereka yang menjadi pope, archbishop, bishop dan priest. Status dan kuasa anggota golongan
bangsawan dan paderi ditentukan oleh kuasa pemilikan tanah mereka. Di kalangan rakyat biasa
kebanyakan di antara mereka terdiri daripada petani tetapi statusnya juga berbeza. Misalnya di
antara petani bebas, petani serf (yang terikat sepenuhnya kepada golongan pemilikan tanah) dan
petani-villeins (yang separa bebas). Struktur ketidaksamaan social yang asas lagi umum dalam
masyarakat feudal Eropah ini ialah peringkat di antara estet, iaitu antara golongan estet-estet
bangsawan, paderi dan petani.

Kewujudan tiga golongan estet ini jelas memperlihatkan fungsi sistem estet sebagai satu
sistem pembahagian tenaga kerja atau tugas. Perlaksanaanya dilakukan secara undang-undang.
Walau bagaimanapun pada hakikatnya kedudukan-kedudukan kuasa, kekayaan dan status antara
golongan-golongan estet ditentukan oleh hubungan mereka ke atas tanah, sama ada sebagai pemilik
atau sebagai petani. Golongan petani akan mengerjakan tanah kepunyaan golongan pemilik melalui
perjanjian penyewaan. Dalam hal ini, golongan bangsawan dan paderi sebenarnya adalah pemilik
tanah. Sementara kebanyakan daripada rakyat adalah pemik asal tanah.Sementara itu kebanyakan
daripada rakyat biasa pula mengerjakan tanah daripada golongan-golongan bangsawan dan paderi.
Mereka juga merupakan golongan yang berkuasa kerana mereka mnguasai bidang-bidang pekerjaan
penting dalam masyarakat. Sistem estet menetapkan golongan bangsawan untuk menjalankan tugas
sebagai pemerintah dan pahlawan. Manakala golongan paderi, selain menguasai bidang keagamaan
merekajuga menguasai bidang pekerjaan pentadbiran kerana mereka adalah golongan masyarakat
yang berpelajaran pada ketika itu. Sementara tugas rakyat biasa melalui sistem ini ialah untuk
berkhidmat sebagai buruh atau petani kepada golongan bangsawan dan paderi, serta berkhidmat
sebagai bala tentera kepada golongan bangsawan. Kedudukan social tanpa kuasa yang dialami oleh
rakyat biasa atau petani akan menyebabkan ada pendapat mula mengangap golongan rakyat biasa
sebagai bukan satu estet dalam sistem tersebut. Secara pengetahuan umumnya golongan bangsawan
memiliki kedududan sosial tertinggi dalam masyarakat, diikuti dengan golongan paderi dan di tangga
terendah sekali ialah golongan petani.

Melalui perundangan sistem estet selain daripada golongan bangsawan, golongan paderi juga
telah dapat mengasaskan satu kedudukan sosial yang memberi keistimewaan untuk diri mereka
dalam masyarakat feudal Eropah zaman pertengahan. Golongan paderi menerusi organisasi gereja
katolik bukan sahaja menguasai urusan bidang keagamaan, bahkan juga memiliki kuasa sekular yang
sangat luas. Malah kuasa mereka ini sebenarnya dihasilkan oleh kedudukan institusi gereja pada
masa ini merupakan suatu kuasa yang bebas dan berpengaruh dalam masyarakat. Struktur
pentadbiran organisasi gereja adalahteratur dan kuasa gereja wujud meyerupai satu bentuk kerajaan
yang memiliki kuasa undang-undang tersendiri ke atas keseluruhan masyarakat Kristian. Kuasa
golongan paderi adalah bebas dan agak setara dengan kuasa golongan bangsawan. Di samping itu,
oleh kerana mereka merupakan satu-satunya golongan yang berpelajaran dalam masyarakat ini telah
membolehkan mereka menguatkan lagi pengaruh mereka dengan cara menguasai bidang pekerjaan
pentadbiran utama dalam masyarakat. Kedudukan dan kuasa golongan gereja yang sedemikian telah
digunakan untuk melahirkan satu struktur ketidaksamaan sosial yang sah berasaskan sistem estet.
Pemilikan kuasa sekular golongan paderi juda dibimbangi dengan pemilikan kekayaan.

Struktur sosial masyarakat feudal Eropah mula berubah selepas abad kedua belas dengan
kemunculan golongan pedagang baru akibat pembentukan dan perkembangan Bandar-bandar baru di
zaman pertengahan. Seperti yang disebutkan, dengan pengumpulan kekayaan dan perolehan

9
kebebasan yang sah daripada golongan bangsawan, golongan pedagang bandar ini telah dapat
menguruskan sendiri kehidupan komuniti bandar berasakan aktiviti ekonomi yang tersendiri.
Akhirnya golongan baru ini telah muncul sebagai satu lagi golongan sosial tersendiri yang
berpengaruh. Malah susunan sosial masyarakat feudal baru terpaksa diwujudkan dengan menerima
masuk golongan ini sebagai satu lagi estet. Mereka telah diberikan kedudukan status yang tinggi dan
keistimewaan dalam masyarakat. Kemunculan aktiviti ekonomi bandar telah mendorong sesetengah
petani melarikan diri ke bandar untuk mendapatkan kebebasan,iaitu sesuatu yang diberikan kepada
mereka yang berjaya tinggal secara bersembunyi di bandar. Akibatnya, kuasa politik golongan
pedagang Bandar juga telah meningkat dengan peningkatan bilangan penduduk bandar yang bekerja
sebagai buruh di bawah mereka. Setiap bandar telah berupaya muncul sebagai entiti ekonomi dan
politik yang bebas dan tersendiri dengan perkembangan baru ini. Dalam suasana kegiatan ekonomi
yang berbeza dan terpisah daripada sistem estet dan sistem ekonomi pertanian desa yang bergantung
kepada hubungan ke atas tanah secara warisan, kemunculan golongan-golongan pedagang dan buruh
berasaskan ekonomi bandar merupakan perkembangan yang membawa arus perubahan dalam
masyarakat. Kemunculan kegiatan ekonomi baru yang menekankan aspek-aspek seperti keuntungan,
gaji, kewangan, modal dan pekerjaan, telah membawa masyarakat Eropah ke era modal dan
pekerjaan, telah membawa masyarakat Eropah kepada sistem ketidaksamaan kelas.

10
KESIMPULAN

Dengan bertambah kompleksnya sesuatu masyarakat, fenomena ketidaksamaan sosial dalam


masyarakat juga menjadi bertambah kompleks. Walau bagaimanapun pengalaman menunjukkan
ketidaksamaan sosial dalam masyarakat-masyarakat manusia adalah berbeza dari satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain. Dalam masyarakat tradisional, sistem ekonomi dan sistem sosial
tertentu telah menghasilkan dan mempertahankan ketidaksamaan sosial.

Secara umumnya, ketiga-tiga sistem ketidaksamaan tradisional telah melahirkan golongan


sosial atasan, yang memiliki kuasa, kekayaan dan menikmati pelbagai keistimewaan. Golongan ini
mengeksploitasi dan menindas golongan-golongan bawahan secara terbuka. Dalam sistem ini juga
hubungan dan agihan ketidaksamaan kuasa, kekayaan dan status di antara dua golongan ini telah
diperturunkan sebagai satu warisan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui kelahiran.
Dengan itu, ketiga-tiga sistem ini telah muncul dalam sejarah sebagai ketidaksamaan sosial tertutup
yang paling ketara.

11
RUJUKAN

Hamidin Abdul Hamid, 2005. Emosi Melayu; Melayu dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838.
Jurnal Pengajian Melayu

Mohd Rosmizi Abd Rahman, 2005. Panduan Memilih Agama

12

You might also like