You are on page 1of 26

PERSEKITARAN DAN CABARAN KERJA

MEMPENGARUHI KOMITMEN DALAM


MELAKSANAKAN TUGAS DI JABATAN
PENGANGKUTAN JALAN SERIAN

RAMILLAH BINTI ALIS


JG/6369/12

PENYELIA PROJEK
DR. MUHAMMAD HASMI BIN ABU HASSAN ASAARI

12 MEI 2020
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi atas segala limpah rahmatnya saya


berjaya menyiapkan kajian ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
Pensyarah yang juga penyelia projek saya, Dr. Muhammad Hasmi kerana
banyak memberi tujuk ajar dalam menyiapkan kajian saya ini.

Tidak ketinggalan, kepada semua responden saya iaitu kakitangan Jabatan


Pengangkutan Jalan Serian termasuk Stesen Penguatkuasa Serian dan juga
Stesen Kawalan Sempadan kerana telah memberi kerjasama yang penuh
dalam memberi maklumbalas akan borang selidik saya serta menjawab dan
memberi isu-isu yang yang berkaitan dengan kajian yang saya lakukan.

Kepada kedua orang tua saya dan keluarga, terima kasih kerana memberi
ruang dan peluang kepada saya untuk menyambung pelajaran dan
menyiapkan kajian projek pengurusan saya ini. Walaupun menghadapi
cabaran dalam menyiapkan kajian ini, tetapi syukur saya dapat
menghadapinya. Semuanya akan saya usahakan untuk kejayaan dalam
mencapai matlamat yang diinginkan. Terima kasih

2
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

SENARAI JADUAL iii

SENARAI GAMBARAJAH iv

BAB 1: PENGENALAN 1

1.0 Pengenalan 7

1.1 Masalah Kajian 10

1.2 Objektif Kajian 10

1.3 Persoalan Kajian 11

1.4 Skop Kajian 12

1.5 Aturan Penulisan 12

BAB 2: SOROTAN KARYA

2.0 Pengenalan 13

2.1 DV - komitmen Kerja 14

2.2 IV1 - Persekitaran 15

2.3 IV2 - Cabaran Kerja 17

2.4 Hubungkait Antara IV1(Persekitaran) Dan DV( Komitmen Kerja) 18

2.5 Hubungkait Antara IV2(Cabaran Kerja) Dan DV( Komitmen Kerja)19

2.6 Teori Kajian 20

2.7 Kerangka Kajian 21

2.8 Hipotesis Kajian 22

3
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 23

3.1 Populasi 24

3.2 Sampel 24

3.3 Responden 24

3.4 Alat Kajian 25

3.5 Cadangan Analisis Data 25

RUJUKAN 26

4
SENARAI JADUAL

Jadual 4.1: Rumusan artikel 20

5
SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 2.1: Kerangka Kajian 21

6
BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Umum diketahui bahawa semua orang akan melalui fasa pekerjaan dalam

kehidupan. Setiap pekerjaan yang dilakukan adalah untuk mendapatkan

sumber pendapatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang berbeza

bagi setiap orang. Setiap pekerjaan yang dilakukan dipengaruhi oleh

pelbagai aspek yang memberi kesan positif mahupun kesan negatif. Oleh

itu, satu kajian dibuat dalam pokok persoalan kajian yang dikaji iaitu

Persekitaran dan Cabaran Kerja Mempengaruhi Komitmen Kerja Dalam

Melaksanakan Tugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Serian. Kajian

ini dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan Serian menghubungkaitkan

persekitaran dan cabaran kerja dalam komitmen kerja yang dilaksanakan.

Kajian ini akan dilakukan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Serian dan

juga dua pejabat di bawah pentadbirannya iaitu Stesen Penguatkuasa

Serian dan Stesen Kawalan Sempadan Tebedu. Jumlah kakitangan yang

menjadi responden bagi kajian adalah berjumlah seramai lima puluh tiga (53)

orang iaitu tiga orang kakitangan bukan beruniform dan seramai empat puluh

lapan (48) orang pula adalah pegawai dan kakitang beruniform atau bekerja

dalam unit penguatkuasaan. Terdapat beberapa unit di bawah

penguatkuasaan di mana ianya meliputi unit penguatkuasa, Kaunter

Pelbagai Pelesenan Kenderaan, Bahagian Pengujian Pemandu, Bahagian

Urusetia dan juga Bahagian Pendakwaan. Bagi kakitangan bukan

7
Beruniform, mereka bekerja di unit pentadbiran dan bahagian kewangan.

Faktor persekitaran dan cabaran kerja merupakan faktor yang lebih

mengaitkan atau memberi kesan kepada setiap yang berlaku. Persekitaran

yang merupakan salah satu pemboleh ubah yang dikenalpasti dalam kajian

ini memberi banyak isu dari pelbagai aspek untuk di terjemahkan. Dalam

Faktor persekitaran ini, isu atau aspek keselamatan keja fizikal, bebenan

kerja, hubungan rakan sekerja alat teknologi, termasuk bentuk muka bumi,

peraturan semasa dan sebagainya mempengaruhi komitmen kerja bagi

sesebuah organisasi termasuklah JPJ Serian. Ianya mempengaruhi

komitmen kerja dari pelbagai segi baik dai segi kesan positif mahupun

negatif. Secara amnya, apabila kesemua aspek persekitaran ini bersifat

positi, maka ianya sekaligus akan memberi prestasi kerja yang sangat baik.

Kehadiran bekerja sebagai contohnya, apabila bekerja dalam suasana atau

persekitaran yang sangat positif tidak kira dari pelbagai sudut, maka

sesorang akan menjadi seorang yang sangat proaktif dan sentiasa

memberikan prestasi kerja yang cukup cemerlang. Tiada tekanan, tiada

kemalangan berlaku semasa bekerja atau sentiasa komitmen akan setiap

apa jua pekerjaan yang dilakukan. Baik dari segi pertukaran kerja di mana-

mana unit, ianya langsung tidak memberi impak akan menurunnya prestasi

yang dilakukan.

Akan tetapi, apabila berlakunya kesan negatif terhadap apa juga bentuk

persekitaran yang negatif, maka ianya secara tidak langsung menurunnya

prestasi juga dari pelbagai jenis kerja yang dilakukan. Oleh itu, faktor

8
persekitaran ini sangat penting dan harus diambil perhatian oleh pihak

penyelia atau pihak atasan supaya prestasi sentiasa dalam keadaan yang

baik. Dengan persekitaran yang sentiasa dititik beratkan, maka ianya akan

memberi kesan positif kepada sesebuah organisasi untuk terus cemerlang

dan terbilang.

Pemboleh ubah kedua yang harus ditekankan juga dalan kajian ini iaitu

faktor cabaran kerja juga harus ditekankan. Ianya juga mempengaruhi

komitmen kerja seseorang akan apa jua kerja yang dilakukan. JPJ Serian

tidak ketinggalan dalam cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam

melaksanakan tugas penguatkuasaan. Ianya sekaligus memberi implikasi

terhadap komitmen yang dilakukan. JIka sesorang pegawai atau kakitangan

JPJ tidak dapat menerima setiap cabaran yang dihadapi, maka ianya akan

memberi impak yang kepada sesebuah organisasi tersebut. Jika dipandang

remeh aspek cabaran ini juga, ianya akan memberi kean yang negatif. Rasa

tanggungjawab yang ada pada diri setiap kakitangan akan mencerminkan

gambaran kepada orang luar akan kerja di bidang penguatkuasaan undang-

undang.

Sebagai contoh, risiko pengguna tidak berpuas hati dan berdendam kepada

pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-

undang. Mereka berisiko sehingga keluarga mereka turut terancam apabila

melibatkan dendam. Begitu juga semasa menjalankan tugas di jalan raya.

Seperti pemandu yang mabuk sehingga merempuh mereka yang bertugas.

Disini dapat dilihat bahawa mereka juga terdedah kepada bahaya.

1.1 Masalah Kajian

9
Secara ringkasnya untuk memahami konsep pemboleh ubah bersandar (IV)

dan pemboleh ubah tidak bersandar (DV) ini adalah apa yang berlaku dahulu

adalah IV manakala kesan atau akibat kepada wujudnya IV adalah DV.

Dalam kajian yang dibuat ini, dikenalpasti bahawa persekitaran dan cabaran

kerja adalah pemboleh ubah bersandar (IV) dan komitmen dalam

melaksanakan tugas pula adalah pemboleh ubah tidak bersandar (DV).

Kajian ini dibuat bedasarkan responden iaitu kakitangan Jabatan

Pengangkutan Jalan Serian di mana, setiap daripada kakitangan akan diberi

borang soal selidik untuk di jawab dan terdapat juga kakitangan yang akan di

temubual untuk mengenalpasti isu dan permasalahan dalam mengaitkan

faktor persekitaran dan cabaran kerja. Dengan itu, masalah dalam kajian

yang ingin dikaji akan di titik beratkan untuk mengulas lebih lanjut

berdasarkan pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Segala apa yang

berlaku dalam organisasi yang mengaitkan hubungan di antara persekitaran

dan cabaran akan diklasifikasikan akan kesannya terhadap komitmen dalam

melaksanakan tugas oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Serian.

1.2 Objektif Kajian

Melalui kajian yang dibuat, kita dapat mengetahui bagaimana persekitaran

dan cabaran kerja mempengaruhi komitmen kerja terhadap kerja yang

dilaksanakan di JPJ Serian. Selain itu, kita juga dapat mengetahui kesan

persekitaran dan cabaran kerja ini terhadap komitmen kerja yang

10
dilaksanakan dalam kalangan pegawai dan kakitangan JPJ Serian.

1.3 Persoalan Kajian

Dengan kajian yang dilakukan, kita akan mencari setiap persoalan kepada

pokok kajian kita dengan memahami matlamat dan tujuan sesebuah

organisasi dalam menjalankan tanggungjawab terhadap setiap pekerjaan

yang dilaksanakan. Kita akan mencari hubungkait di antara persekitaran dan

cabaran kerja di kalangan pegawai dan kakitangan JPJ Serian terhadap

komitmen kerja yang dilakukan.

Setelah mengenalpasti masalah kajian yang dikaji, kajian akan dibuat bagi

memperoleh semua dan menjawab kepada permasalahan terhadap kajian

yang dibuat, Hubung kait diantara persekitaran kerja dengan cabaran kerja

di kalangan pegawai dan kakitangan JPJ Serian akan dititik beratkan bagi

segala yang berkaitan agar setiap persoalan dan jawapan bagi kajian yang

dibuat boleh memberi peluang kepada jabatan ini untuk membaiki dan

meningkatlan lagi prestasi dengan adanya kajian yang telah dikenalpasti.

Selain itu, kita juga akan mencari persoalan untuk mengenalpasti kesan atau

implikasi pemboleh ubah IV ini iaitu persekitaran dan cabaran kerja ini dalam

terhadap komitmen kerja dalam kalangan pegawai dan kakitangan di JPJ

Serian.

11
1.4 Skop Kajian

Kajian ini mengkaji secara terperinci mengenai hubungkait dan kesan di

antara faktor yang mempengaruhi komitmen kerja iaitu persekitaran dan

cabaran kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan Serian. Pemboleh ubah

bersandar (IV) iaitu Persekitaran akan di kaji dalam pemboleh ubah IV yang

pertama dan Cabaran kerja pula akan dikaji dalam pemboleh ubah

bersandar yang kedua. Bagi Pemboleh ubah Tidak Bersandar (DV) iaitu

komitmen kerja pula, ianya akan dikaji berikutan kesan yang berlaku apabila

kita mengetahui secara mendalam faktor yang mendalam dalam isu

persekitaran dan cabaran kerja.

Setiap daripada pemboleh ubah ini akan dikaji di sebuah Jabatan Kerajaan

iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan Serian di mana ianya melibatkan

responden semua pegawai dan kakitangan JPJ Serian.

BAB 2: SOROTAN KARYA

12
2.0 Pengenalan

Kajian ini mengkaji isu persekitaran dan cabaran kerja mempengaruhi

komitmen kerja dalam menjalankan tugas di Jabatan Pengangkutan Jalan

(JPJ) Serian. Justeru itu, kajian ini akan memberi penekanan terhadap isu

terbabit dengan mengaitkannya dengan pemboleh ubah bersandar dan tidak

bersandar. Oleh itu, segala objektif dan persoalan kajian yang telah

dikenalpasti akan dapat di jawab. Berbalik kepada kajian yang dibuat ke

atas kakitangan JPJ serian, persekitaran dan cabaran kerja adalah

pemboleh ubah bersandar (IV) dimana dalam persekitaran ini, ianya

terbahagi kepada persekitaran luaran, persekitaran dalaman dan juga

persekitaran sampingan.

Bagi pemboleh ubah yang kedua iaitu cabaran kerja, ianya juga meliputi

pelbagai aspek secara dalaman dan juga luaran. Kedua-dua IV ini

memberitahu kita apa yang berlaku yang sekaligus memberi kesimpulan

terhadap kesannya kepada komitmen kerja yang dilaksanakan. Justeru itu,

kedua-dua pembolehubah ini akan memberi perspektif yang sama dengan

berlandaskan aspek luaran, dalaman dan juga sampingan.

Responden bagi kajian melibatkan pegawai dan kakitangan JPJ serian di

mana mereka terdiri daripada Pegawai Penolong Penguatkuasa Gred KP19

hingga Gred KP38, Pemeriksa Kereta Motor Grred AB19 hingga Gred N29,

dan Pembantu Tadbir Gred N19 hingga Gred N22. Untuk pengetahuan,

13
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Serian merupakan salah satu Pejabat

JPJ Cawangan yang terletak di Bahagian Serian, Sarawak. Pejabat ini

mempunyai 2 pejabat kecil dibawah pentadbirannya iaitu Stesen

Penguatkuasa Timbang (SPK) Serian dan Stesen Kawalan Sempadan

(SKS) Tebedu.

2.1 DV- KOMITMEN KERJA

Persekitaran luaran dan dalaman ini meemberi kesan kepada komitmen

kerja pegawai dan kakitangan JPJ Serian keranan perspektif dan pandangan

positif mahupun negatif boleh mempengaruhi pegawai yang melaksanakan

tugas. Pegawai dan kakitangan JPJ Serian terpaksa memberi komitmen

yang lebih untuk mengubah perspektif tersebut. Jika dilihat dari aspek

dalaman pula, ianya memberi kesan yang teramat kepada unit yang

kekurangan anggota. Sebagai contoh yang telah dikenalpasti, hanya

seorang pembantu tadbir yang melaksanakan tugas pengurusan pentadbiran

dan kewangan. Ianya menambah beban kerana hanya seorang pembantu

tadbir yang menguruskan disamping juga hanya seorang ketua pembantu

tadbir N22. Pembantu tadbir juga terpaksa memberi komitmen yang lebih

terhadap pelaksaan tugas.

Persekitaran dalaman dimana apabila tiada komitmen yang diberikan oleh

ketua pembantu tadbir N22, maka pembatu tadbir N19 terpaksa meletakkan

tekanan terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan. Ianya sedikit

sebanyak mengurangkan semangat dan usaha pembantu tadbir berkenaan

dalam melaksanakan tugas seharian.

14
Apabila cabaran ini dihadapi, maka tugas tidak dapat dilakukan dalam masa

yang telah ditetapkan di mana pegawai tersebut terpaksa menyelesaikan

dahulu masalah bersama orang awam. Perlaksanaan undang-undang tetap

dilaksanakan walaupun terdapat pandangan yang tidak baik dan berbeza.

Perbezaan arahan menyebabkan kakitangan yang sukar untuk membuat

keputusan dengan baik dalam melaksanakan tugasan seharian.. Ianya

secara tidak langsung memberi tekanan kepada kakitangan JPJ Serian yang

boleh mendatangkan masalah dalam jabatan dan kebajikan pegawai

tersebut.

2.2 IV1- PERSEKITARAN

Pemboleh ubah bersandar yang pertama adalah persekitaran. Persekitaran

luaran ini termasuklah dari perspektif pelanggan, pengguna, jabatan-jabatan

lain dan organisasi lain. Di sini jelas bahawa persekitaran ini juga sangat

penting bagi sesebuah organisasi khususnya JPJ Serian. Pandangan

terhadap mereka yang bekerja di JPJ adalah “mereka hanya tahu

menyaman orang lain”, Sebut saja JPJ, secara automatik orang akan

bercerita pasal saman. Maka pandangan ini dan perspektif ini hanya

memberi pandangan yang negatif terhadap pegawai dan kakitangan JPJ.

Akan tetapi, JPJ adalah salah satu jabatan yang penyumbang kepada hasil

kerajaan. JPJ Serian menerima hasil terimaan bagi pembayaran saman,

cukai jalan, lesen dan sebagainya memberi hasil sebanyak RM 339,499.30

dalam perkiraan sebulan perolehan. Secara amnya, sehingga Januari

15
hingga Ogos 2019, perolehan JPJ Serian atas semua urusniaga yang

dianggap membebankan pengguna adalah sebanyak RM 3,583,652.60

Kakitangan JPJ Serian menjalankan tugas berpandukan S.O.P (Standart

Operating Prosedur) bagi setiap kerja yang dilaksanakan. Berdasarkan

target yang telah ditetapkan, mereka tidak dapat menyangkal pandangan

dan perspektif orang luar untuk memberi pandangan yang negatif. Namun,

ianya sedikit sebanyak dapat melemahkan semangat untuk mereka bekerja.

Melalui persekitaran secara luaran ini, sebagai contoh terdapat segelintir dari

pandangan dari organisasi lain mahupun syarikat-syarikat khususnya

berkaitan dengan industri yang membabitkan penguatkuasaan undang-

undang di jalan raya, mereka beranggapan bahawa mereka atau pegawai-

pegawai penguatkuasa ini boleh disogok dengan wang ringgit mahupun apa

juga bentuk hadiah yang lain. Namun, pandangan ini telah memberi faktor

persekitaran yang negatif sekali lagi. Jelas bahawa mereka akan

berhadapan dengan pandangan yang negatif walaupun terdapat segelintir

juga pendapat yang positif. Pandangan yang positif beranggapan bahawa

mereka yang bekerja di bahagian penguatkuasaan adalah terbaik kerana

bekerja dengan menguatkuasakan undang-undang dijalan raya.

Dalam pesersekitaran dalaman pula, setiap anggota akan berurusan dengan

pegawai yang lain, daripada lain-lain unit yang berbeza. Jika dilihat dari

carta organisasi pentadbiran dan waran perjawatan bagi JPJ Serian, jelas

bahawa terdapat beberapa kekosongan jawatan yang tidak diisi. Oleh itu,

dengan wujudnya kekurangan kakitangan ini, maka wujudnya kesan yang

16
dihadapi oleh setiap unit. Faktor persekitaran dalam aspek dalaman ini

memberi ruang kepada pekerja di JPJ Serian dalam menyusun strategik

pentadbiran bagi unit penguatkuasa dan pengurusan pentadbiran dan

kewangan. Bagi unit pengurusan pentadbiran dan kewangan, seorang

pembantu tadbir Gred N22 dan N19 sahaja yang menguruskan segala

urusan yang melibatkan kerja-kerja pentadbiran dan kewangan. Ini juga

menyebabkan bebanan kerja yang dihadapi oleh pegawai tersebut kerana di

bawah pentadbiran JPJ Serian, terdapat dua lagi pejabat kecil yang

diuruskan bersama iaitu Pejabat Stesen Penguatkuasa Timbang Serian dan

Stesen Kawalan Sempadan Tebedu. Bagi unit atau bahagian Operasi atau

Penguatkuasa, ianya dibahagikan kepada unit Operasi, Pendakwaan,

Urusetia, Pelesenan Kenderaan dan Pelesenan Memandu. Aspek dalaman

seperti tekanan daripada penyelia atau pegawai atasan atau bebanan tugas

yang ditanggung oleh semua unit.

2.3 IV2 - CABARAN KERJA

Pemboleh ubah bersandar yang kedua adalah cabaran kerja. Kakitangan

JPJ Serian banyak menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugasan

seharian. Dalam aspek luaran, cabaran kerja yang dilakukan berkait rapat

dengan melaksanakan penguatkuasaaan undang-undang dan pengurusan

pentadbiran. Contohnya, apabila berhadapan dengan orang awam yang

melakukan kesalahan undang-undang jalan raya, maka pegawai JPJ

terpaksa melaksanakan tanggungjawab yang sering disalah anggap sengaja

17
mencari kesalahan untuk mencapai target yang telah ditetapkan oleh

jabatan.

Dalam aspek cabaran dalaman pula, sebagai contoh, pembantu tadbir

bekerja seorang diri dalam melaksanakan tugas di dalam pengurusan dan

kewangan. Berbeza pula dengan unit yang lain contohnya unit kaunter

pelbagai yang berurusan dengan orang awam. Arahan yang berbeza

diterima daripada pihak yang berkaitan dan menyebabkan berlakunya

kesukaran dalam membuat keputusan untuk melaksanakan tugas yang

sebenar. Bagi Unit Pelesenan Pemandu dan Pengujian pula, mereka

berhadapan dengan banyak isu semasa yang belum pasti jelas akan

kebaikan dan keberkesanannya tetapi telah dilaksakan. Ianya memberi

kesan kepada jabatan apabila berlakunya percanggahan pendapat dan

perubahan yang sentiasa diterima dari masa ke semasa akan menyebabkan

berlakunya kecelaruan dalam menyampaikan kepada orang awam. Sebagai

contoh isu yang terbaru adalah isu E-Hailing.

2.4 Hubungkait antara IV1(Persekitaran) dan DV (Komitmen Kerja)

Berdasarkan kajian yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa faktor

persekitaran yang merangkumi pelbagai aspek ini sangat mempengaruhi

pemboleh ubah tidak bersandar iaitu komitmen kerja. Secara amnya,

persekitaran kerja ini merupakan faktor utama kerana ianya memberi kesan

yang tinggi terhadap komitmen kerja yang dilakukan dalam sesebuah

organisasi. Apabila persekitaran positif seperti keselamatan tempat kerja,

18
budaya kerja berpasukan, penyeliaan yang berkesan oleh penyelia atau

pegawai atasan,kesihatan yang baik, bebanan kerja yang setimpal dengan

tugas dan jawatan yang dipegang, teknologi yang bersesuaian dengan kerja

yang dilakukan, maka, ianya akan memberi implikasi terhadap setiap

kakitangan dalam memberi prestasi kerja yang cemerlang. Namun, jika

sebaliknya, maka prestasi kerja bagi sesebuah organisasi akan menurun.

Begitulah keadaan akan berlaku sekiranya ianya bersifat negatif dengan

persekitaran yang terok, keselamatan tidak terjamin, kerjasama di antara

sekerja yang tidak baik sekaligus boleh menyebabkan semangat untuk

bekerja sekaligus akan menurunkan komitmen terhadap kerja yang

dilakukan.

Bagi kajian yang telah dilakukan ke atas kakitangan di JPJ serian, didapati

bahawa mereka boleh dikatakan mempunyaI komitmen kerja yang baik.

2.5 Hubungkait antara IV2 (Cabaran Kerja) dan DV (Komitmen Kerja)

Setiap pekerjaan yang dilakukan tidak lepas dari pelbagai cabaran. Begitu

juga dengan bekerja dalam bidang penguatkuasaan. Banyak cabaran yang

terpaksa dihadapi oleh pegawai dan kakitangan di JPJ Serian ini. Cabaran

ini sama seperti IV yang pertama iaitu persekitaran tadi. Ianya

mempengaruhi pelbagai aspek dalam cabaran kerja dalam melaksanakan

kerja terutama dalam penguatkuasaan undang-undang.

19
2.6 Teori Kajian

No Sumber IV DV Teori Kajian Metodologi Alat Kajian

. Kajian
1. Selamat & Persekitar Komitm soal selidik Kaedah Work
Zolkiply Organizationa pensampel Environm
(2017)Persekita an kerja en kerja l Commitment an secara ent
ran Kerja & Questionnaire rawak Survey
Komitmen (OCQ) dalam (WES)
Pekerja di kalangan (Kenya
Keretapi Tanah pekerja Forest
Melayu (KTMB), KTMB Service,
KL,journal of 2013)
social sience
and
humanities,spe
cial issue 3
(2017), 020
ISSN 1823-
884x
2. F Fletcher - Hubungan Tahap Soal selidik Pekali Alat ukur
2007 - tahap kepuasa komitmen Korelasi kepuasan
hubungan tahap kecerdasa n kerja kerja Mengikut kerja
kecerdasan n emos dan Borg and
emosi dengan tahap Gall (1983)
tahap kepuasan komitme
kerja dan tahap n
komitmen kerja
di kalangan
guru bimbingan
dan kaunseling
sekolah
menengah,
eprints.utm.my

3. Jamaludin & Kesan Komitm Perisian Krejcie dan Diadaptasi


Z.Zawawi- ganjaran en SPSS Morgan daripada
(2014)-kesan dan afektif (1970) Azlinda
ganjaran dan persekitar staf Jaini
persekitaran an sokonga (2013)
terhadap n
komitmen
afektif staf
sokongan- e-
proceding of
the confeence
on
management
and muam alah

20
(coMM
2014),26-27
may 2014

4. Makhbul & Hubungan Niat Pengubahsuai Kaedah Analisis


F.M.Hasun(201 faktor untuk an dan borang Min,
5)-Hubungan persekitar berhenti pengguguran selidik Sisihan
faktor an item dilakukan yang telah Piawai
persekitaran terhadap diubahsuai dan
stesen kerja item-item Korelasi
dengan niat dalam soal
untuk berhenti selidik

Jadual 4.1: rumusan artikel

2.7 Kerangka Kajian

PERSEKITARAN

KOMITMEN KERJA
CABARAN KERJA

Gambarajah 2.1: Kerangka Kajian

Dalam gambarajah 2.1 diatas,pemboleh ubah bersandar ini mempunyai

hubungan yang rapat di antara faktor persekitaran dengan cabaran kerja

yang telah di kenal pasti sebagaifaktor utama dalam penentuan kepada

lahirnya komitmen kerja yang dilakukan. Kajian memberi penekanan

terhadap faktor persekitaran ini kerana ianya merupakan penentu kepada

prestasi kerja atau komitmen kerja yangn akan dilaksakan. Jika persekitaran

dan cabaran ini bersifat positif, maka ianya akan memberi kepuasan akan

komitmen yang sangat baik sekaligus boleh meningkatkan kecemerlangan

terhadap semua kerja yang dilakukan sekaligus meningkatkan tahap prestasi

21
pegawai dan kakitangan JPJ Serian.

2.8 Hipotesis Kajian

Setelah kajian dilakukan, hipotesis telah dibuat, didapati bahawa kesimpulan

dalam kajian yang dibuat

H1: Persekitaran mempengaruhi komitmen dalam melaksanakan tugas di

JPJ Serian.

H2: Cabaran kerja mempengaruhi komitmen dalam melaksanakan tugas di

JPJ serian.

KOMITMEN DALAM
PERSEKITARAN DAN MELAKSANAKAN
CABARAN KERJA TUGAS DI JPJ
SERIAN

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

22
Kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan persekitaran dan

cabaran kerja mempengaruhi komitmen kerja di JPJ Serian. Pejabat ini

mempunyai tiga (3) orang pegawai bukan beruniform iaitu seorang

pembantu tadbir Gred N19, seorang pembantu tadbir KUP N22 dan seorang

pembantu tadbir Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 Hakikiki dan selebihnya

adalah pegawai beruniform. Sampel kajian soalan membabitkan kakitangan

di JPJ serian bagi memenuhi kajian yang telah dilaksanakan. Bilangan

sampel kajian adalah sebanyak lima puluh tiga (53) mengikut jumlah

kakitangan JPJ serian. Sebanyak lima puluh tiga (53) set juga borang soal

selidik diedarkan kepada pegawai dan kakitangan untuk menjawab yang

hanya mengambil masa sebanyak sepuluh minit (10) minit sahaja untuk

dijawab setelah diringkaskan pokok persoalan kajian yang dikaji.

3.1 Populasi

Populasi kajian ini adalah pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan

Jalan Serian. Terdapat dua (2) buah pejabat di bawah pentadbiran JPJ

Serian iaitu Stesen Peguatkuasa dan Stesen Kawalan Sempadan

menjadikan jumlah kakitangan adalah seramai lima puluh tiga (53) orang.

Seramai lima (5) orang wanita dan selebihnya seramai empat puluh lapan

(48) orang adalah lelaki. Tiga (3) orang kakitangan adalah pembantu tadbir

atau bukan badan beruniform manakala lima puluh (50) orang adalah

kakitangan beruniform.

23
3.2 Sampel

Sampel kajian ini merangkumi kakitangan menjawab borang soal selidik

yang dipilih secara rawak. Mereka terdiri daripada kakitangan yang berada

di Pejabat JPJ Serian, Stesen Penguatkuasa dan Stesen Kawalan

Sempadan. Terdapat lima puluh tiga (53) orang kakitangan, maka sebanyak

lima puluh (53) set juga diedarkan kepada setiap responden untuk dipilih

secara rawak bagi menjawab borang soal selidik tersebut bagi menilai dan

menganalisis jawapan kepada soalan-soalan kajian yang berkaitan.

3.3 Responden

Bagi kajian terhadap persekitaran dan cabaran kerja ini, kajian dilakukan

terhadap pegawai dan kakitangan JPJ Serian, Stesen Penguatkuasa dan

Stesen Kawalan Sempadan yang berjumlah seramai lima puluh tiga (53)

orang termasuklah pegawai bukan beruniform. Kesemua responden diberi

borang soal selidik bagi maklumbalas kajian yang dilakukan. Terdapat

pegawai dan kakitangan yang terpilih ditemuramah bagi menyokong dan

menjawab serta memberi isu-isu yang berkaitan dalam kajian ini.

3.4 Alat Kajian

Kajian ini menggunakan perisian SPSS bagi penyelidikan yang dibuat ke

atas setiap pemboleh ubah. Pada borang soal selidik, ianya dibahagikan

kepada empat (4) bahgian di mana setiap bahagian. Ianya merujuk kepada

demografi seperti jantina, umur, bangsa. Ianya menggunakan kaedah

24
kebolehpercayaan (cronbach’s Alpha) , kekerapan (Demografi), Kolerasi

(menguji tahap perkaitan) dan Regrasi (menguji hipoesis sama ada ianya

menyokong atau tidak akan permasalahan kajian).

3.5 Cadangan Analisis Data

Cadangan bagi analisis data menggunakan kaedah kaedah

kebolehpercayaan (cronbach’s Alpha) , kekerapan (Demografi), Kolerasi

(menguji tahap perkaitan) dan Regrasi (menguji hipoesis sama ada ianya

menyokong atau tidak akan permasalahan kajian). Pada Borang soal

selidik, ianya terbahagi kepada empat bahagian mengikut pemboleh ubah

bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.

Bahagian A adalah soalan berbentuk demografi iaitu merujuk kepada latar

belakang responden. Bahagian kedua merujuk kepada pemboleh ubah yang

pertama iaitu Persekitaran. Apa-apa persoalan yang berkait rapat akn di

kemukakan bagi pilihan jawapan sama ada responden memilih untuk sangat

tidak setuju, tidak setuju, neutral, bersetuju dan sangat bersetuju. Begitu

juga akan pilihan jawapan pada bahagian C dan D. Pada bahagian c, ianya

akan berkait rapat dengan pemboleh ubah yang kedua iaitu Cabaran kerja

manakala pada bahagian D pula,ianya berkait dengan pemboleh tidak

bersandar iaitu komitmen kerja. Sejauh mana kesan pemboleh ubah

bersandar ini mempengaruhi implikasi terhadap komitmen kerja yang

dilakukan di pejabat atau sesebuah organisasi seperti di JPJ Serian ini.

25
RUJUKAN

1. Selamat & Zolkiply (2017)Persekitaran Kerja & Komitmen Pekerja di


Keretapi Tanah Melayu (KTMB), KL,journal of social sience and
humanities,special issue 3 (2017), 020 ISSN 1823-884x

2. F Fletcher - 2007 - hubungan tahap kecerdasan emosi dengan tahap


kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja di kalangan guru bimbingan dan
kaunseling sekolah menengah, eprints.utm.my

3. D Isahak, DP Selvaratnam, NAH Idris - Isu dan cabaran ibu tunggal


dalam menghadapi perubahan persekitaran global- Proceedings of
PERKEM IV, 2009 - ukm.my

4. Jamaludin & Z.Zawawi-(2014)-kesan ganjaran dan persekitaran


terhadap komitmen afektif staf sokongan- e-proceding of the confeence on
management and muam alah (coMM 2014),26-27 may 2014

5. Makhbul & F.M.Hasun(2015)-Hubungan faktor persekitaran stesen


kerja dengan niat untuk berhenti

26

You might also like