You are on page 1of 11

BMMB

TOKOH ALAM MELAYU


OLEH: SITI FARAH | AINI HAZIRAH | NURUL AISYAH
PENSYARAH: PN. NOREHAN BT MUHAMAD
TOKOH ALAM MELAYU #1
RAJA ALI HAJI (1809 – 1870)

Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad atau lebih


dikenali sebagai Raja Ali Haji terkenal sebagai
ulama serta sasterawan Melayu terkemuka,
mempunyai latar belakang pendidikan Arab,
namun, beliau masih mengekalkan unsur
bahasa Melayu klasik yang banyak dipengaruhi
oleh perkataan Arab dan struktur bahasa Arab.
Kitab Pengetahuan Bahasa (1858).

Kitab ini dipercayai kamus ekabahasa pertama


yang disusun oleh anak watan Melayu sendiri.
TOKOH ALAM MELAYU #2
HAJI ZAINAL ABIDIN SAFARWAN

Haji Zainal Abidin Safarwan ialah wartawan veteran


Malaysia serta pakar perkamusan Melayu yang
dinobatkan sebagai Wira Perkamusan Melayu oleh
Persatuan Linguistik Malaysia dan beliau telah
dianugerahi Anugerah Tokoh Perkamusan Melayu oleh
DBP.
 Tidak menerima sebarang latihan formal dalam bidang perkamusan.
 Terpaksa membina kaedah tersendiri untuk menyusun kamusnya.
 Mendapat petunjuk daripada Dr. Hanif Ahmad, penyusun kamus Melayu dekad 1950-an,
yang membantu memberi ulasan kepada kamus An-Advanced Malay-English Dictionary
yang disusunnya pada tahun 1964.
 Oleh kerana komputer peribadi masih belum diperkenalkan ketika itu, beliau
menggunakan sistem kad.
 Setiap kata masukan dicatatkannya pada sekeping kad, dengan kad-kad itu disusun
menurut rentetan abjad.
Kamus yang berjaya dihasilkan

1. An Advanced Malay-English Dictionary (1964) yang diterbitkan oleh


Merican & Sons, Singapura.

2. Kamus Sinonim dengan Ungkapan Lengkap (1984) yang diterbitkan oleh


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

3. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995) yang juga diterbitkan oleh
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995).

Kamus Besar Bahasa Melayu merupakan


kamus bahasa Melayu yang pertama untuk
mencecah 100,000 kata masukan. Belum
ada kamus bahasa Melayu setebal ini
dihasilkan oleh mana-mana sarjana pada
ketika itu.
TOKOH ALAM MELAYU #3
ARBAK OTHMAN

Arbak Othman dilahirkan pad 10.2.1994 di Kampung


Sebatu, Melaka, Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran
di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga tahun 1973,
iaitu tahun beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda
Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Meneruskan
pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya
lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978.
ARTIKEL DAN RENCANA

 Pelbagai artikel dan rencana karangan beliau telah ditulis.


 Hingga kini sebanyak 156 artikel dan rencana telah ditulis oleh beliau.
 Tertumpu pada bidang linguistik dan tatabahasa, aplikasi konsep teori
linguistik dalam pengajaran bahasa melayu, termasuk teori perkamusan.
 Beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan
pendekatan dan kecenderungan linguistik-semiotik.
 Beberapa hasil kritikan itu diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal
Dewan Bahasa, Majalah Pangsura (Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal
Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir (Utusan Melayu Press), Majalah
Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita
Harian/Berita Minggu dan lain-lain.
SUMBANGAN

 Penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa.


 Buku-buku tersebut ialah Pengantar Linguistik , Teori Linguistik, Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad
Mahmood Munasif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk
kegunaan pelajar-pelajar.
 Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana
Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 1987.
 Selain itu, beliau juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar
Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan
pembacaan awam. Buku nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan
Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti pada
tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis. Buku ini diterbitkan oleh
Sarjana Enterprise.
Sekian, terima kasih :D

You might also like