You are on page 1of 1

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada

ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari


segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada pelbagai masalah dalam
pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah
pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid
Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu
yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus
melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap
kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam
pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam
pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi fisio
atau cara kerja. Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka
yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa
dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun
begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat
atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.

Sebenarnya terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah


menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan (Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini
bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang pulih
semula dari kecederaan atau masalah yang dialami. Bagaimanapun, di dalam konteks
pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas
terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan
oleh guru bagi membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main
adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek
psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi
perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan
dengan realiti sebenar.

You might also like