You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

KATA ALU-ALUAN + PERARAKAN

Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Majlis perasmian Bulan Kemerdekaan SK Bandar Utama Damansara bagi tahun 2018 akan
dimulakan dengan perarakan mengibar jalur gemilang. Murid-murid akan berarak mengelilingi
tapak perhimpunan sambil mengibarkan jalur gemilang dan seterusnya masuk ke dalam
dewan. Perarakan akan dimulai oleh murid-murid prasekolah.

NYANYIAN LAGU NEGARAKA

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu-lagu patriotik.

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Mohd Khairullah untuk membacakan
doa.
***** (doa)
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita semua
mendapat rahmat dan hidayah daripadanya.

UCAPAN PERASMIAN

Tanpa membuang masa, saya menjemput dan mempersilakan Cik Faizah binti Md Rawi untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan gimik perasmian Bulan
Kemerdekaan.
******* (ucapan + gimik)

Begitulah tadi upacara gimik perasmian Bulan Kemerdekaan iaitu pengibaran jalur gemilang.
Warna-warna belon yang dipilih juga melambangkan warna jalur gemilang iaitu merah,
kuning, biru dan putih.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Faizah atas
kesudian merasmikan Bulan Kemerdekaan SK Bandar Utama Damansara bagi tahun 2018.

1
TEKS UCAPAN PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Bagi meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama menonton persembahan multimedia


sempena kemerdekaan.

PERSEMBAHAN MURID

Seterusnya,

Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian patriotik daripada murid-murid tahun 2.


Mereka akan menyanyikan lagu yang bertajuk Malaysiaku Permai. Dipersilakan. Begitulah
tadi persembahan menghiburkan dari murid Tahun 4.

Begitulah tadi persembahan nyanyian lagu patriotik dari murid tahun 2.

Seterusnya, dipersilakan adik Nur Damia Natasya dan Adik Nur Amna Farisha dari Tahun 6
untuk mendeklamasikan sajak.

Terima kasih diucapkan kepada adik Amna dan Adik Damia atas deklamasi sajak itu tadi.

BERSURAI

Murid prasekolah dan murid tahap 1 bersurai.

TAYANGAN VIDEO + KUIZ

Bagi meneruskan majlis, murid-murid akan menonton video sempena kemerdekaan dan
menjawab soalan berdasarkan video yang ditonton.

You might also like