You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2

KEM TERENDAK, 76200 MELAKA

MINIT MESYUARAT UNIT KEBAJIKAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2014

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

: 12 FEBRUARI 2013
: RABU
: 1.35 PETANG
: BILIK MESYUARAT SKKT2

KEHADIRAN :
Semua guru hadir kecuali;
1. Pn.Salmah Yijid sakit gigi
AGENDA

1. Ucapan Penyelaras.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat.
4. Perkara berbangkit.
5. Pembentangan Perancangan Aktiviti 2014
6. Hal-hal Lain
1.

UCAPAN PENYELARAS.

1.1

Puan Azura mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa unit
kebajikan sekolah dan selamat bertugas kepada ahli jawatankuasa baru.

2.

UCAPAN PENGERUSI

2.1

Puan Zaileena selaku Pengerusi Unit Kebajikan Sekolah mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua guru.
Beliau berharap agar mesyuarat ini akan dapat membincangkan perkara-perkara yang
dapat meningkatkan kualiti dan mendatangkan faedah dari segi aspek penjagaan
kebajikan murid.
Beliau juga menyatakan bahawa murid adalah aset yang penting pada sekolah dan
berharap agar aspek kebajikan murid sentiasa dititikberatkan oleh seluruh warga sekolah.

2.2

2.3

2.4
2.5

2.6

3.

Beliau juga berpesan agar guru-guru tidak melakukan kekasaran fizikal dan emosi
terhadap murid.
Beliau meminta agar segala teguran dan aduan yang diberikan oleh ibubapa dapat
diterima dengan berlapang dada dan menjadikan aduan tersebut sebagai pemangkin
kearah penambahbaikan yang positif pada masa akan datang.
Beliau juga mengingatkan bahawa pihak PPD akan membuat lawatan pada bila-bila masa
dan akan meminta laporan terus dari murid-murid berkaitan aspek kebajikan murid.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.


Pencadang
Sokong

: Puan Mahani bin Abdul Mutalib


: Puan Zuraaini binti Yusuf

4.

PERKARA BERBANGKIT.

4.1

Perkara 4.3, Puan Azura menjelaskan bahawa duit kebajikan terkumpul itu adalah hasil
dari duit murid yang tercicir dan tidak dituntut.
Tindakan : Puan Azura

5.

PEMBENTANGAN PERANCANGAN AKTIVITI 2014

5.1

Puan Azura membentangkan perancangan aktiviti unit kebajikan tahun 2014 iaitu:
5.1.1
5.1.2
5.1.3
5.1.4
5.1.5
5.1.6
5.1.7
5.1.8

Membuat pemilihan murid-murid miskin dan anak yatim berdasarkan data SMM
murid dari Guru Kelas.
Membuat kutipan tabung mengikut keperluan
Membuat kutipan derma kilat yang menimpa murid samaada kematian atau
musibah.
Memilih murid yang layak untuk eTAPEM dan bantuan lain yang perlu diterima.
Sumbangan kepada anak yatim dan miskin sempena sambutan Hari Raya dan
perkara yang diperlukan.
Menyelaras bantuan yang disumbangkan oleh pihak luar.
Menyelenggara kebajikan murid yang tiada wang belanja dan bekalan harian sakit
dan lain-lain masalah.
Memilih murid yang layak untuk KWAMP sekolah.

5.1.9

Menyelenggarakan semua surat yang bersangkut dengan murid yang layak


menerima bantuan.
5.1.10 Membuat lawatan dan membuat perbincangan ke rumah murid yang berkaitan
apabila perlu..

Tindakan : Semua AJK


5.2

Puan Azura mengagihkan tugasan Ahli Jawatankuasa Kebajikan kepada 5 sub kecil
iaitu :
5.2.1

KWAMP & ETAPEM


Puan Azura Bt Abu@ Abdullah
En. Yusrikarami Yunan

5.2.2

TAKAFUL
Pn. Azilawati bt Abas
Pn. Rohaida Radzi

5.2.3

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) / SUSU 1M


Pn. Zuraaini Yusuf
Cik Johaidah Othman
Pn. Mahani Abd.Mutalib

5.2.4

EDAMAK
Pn. Salmah Yijid
Pn. Aini Raihan Musa
Pn. Junaidah Ahmad

5.2.5

PENGURUSAN BANTUAN KHAS


En. Abd Shukur bin Tazuli
En. Hanafi Ramli
Pn. Salina Yunas

Tindakan : Semua AJK


5.3

5.4

Puan Zuraaini melaporkan seramai 31 orang murid dari pendidikan khas layak menerima
bantuan RMT dan murid-murid tersebut layak menerima bantuan makanan bernilai
RM1.80- RM2.50 sehari.
Puan Zuraaini meminta agar pihak pengusaha kantin agar peka terhadap hidangan yang

5.3

5.4

diberikan kepada murid-murid tersebut dan mengikut menu yang telah ditetapkan.
Puan Zuraaini juga meminta agar makanan hendaklah dimasak sempurna kerana sebelum
ini terdapat kejadian dimana murid RMT menerima hidangan nasi goreng ayam yang
tidak dimasak sempurna (mentah) dan berharap agar kejadian ini tidak berulang lagi.
Puan Zuraiani menyatakan bahawa jika murid RMT tidak hadir maka murid lain boleh
digantikan untuk menerima makanan tersebut namun begitu perkara seperti itu tidak
boleh diaplikasikan pada skim SUSU 1M.
Tindakan : Semua AJK

6.

HAL-HAL LAIN

6.1

Puan Zaileena mengingatkan jika berlaku sebarang kecederaan kepada murid, guru
bertugas hendaklah memberikan rawatan awal dengan membersihkan dahulu luka dan
menukarkan pakaian jika perlu sebelum mendapat rawatan susulan di klinik.
Puan Mahani meminta agar guru bertugas yang bertugas bersama-sama dengan guru
pendidikan khas, tidak menghantar murid-murid yang cedera atau demam ke bilik
pendidikan khas memandangkan tempat tersebut tidak sesuai untuk diletakkan murid
yang sakit kerana di sana terdapat murid yang hyper aktif yang mungkin boleh
mendatangkan ancaman kecederaan kepada murid tersebut

6.2

Tindakan : Semua AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
NORAFIKA FARRADILA SHAHROM
Setiausaha Unit Kebajikan
SK Kem Terendak 2.

ZAILEENA ABDUL MAJID


Guru Penolong Kanan HEM
SK Kem Terendak 2.

Disahkan oleh,

.
MUSTAFA KAMAL BIN MOHD NOR
Guru Besar

SK Kem Terendak 2.

You might also like