You are on page 1of 2

PERSATUAN PANITIA PENDIDIKAN KHAS PETALING UTAMA

BLOK PODIUM, KOMPLEKS KELANA CENTRE POINT, JALAN SS7/19,


47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TELEFON: 03-78834555 NO. FAX: 03-7883 4556

Rujukan kami : Persatuan Panitia PPDPU/2023(1)


Tarikh : 21 Julai 2023

Kepada :

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

Tuan,

PERMOHONAN TAJAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


(MBK) PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki;

2. Untuk makluman pihak Tuan, terdapat 27 buah sekolah di Daerah Petaling Utama yang menjalankan
Program Integrasi Pendidikan Khas untuk murid berkeperluan khas Bermasalah Pendengaran (BD) dan
Bermasalah Pembelajaran (BP), iaitu terdiri daripada 9 buah sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah
serta sebuah sekolah swasta.

3. Program Kejohanan Olahraga Murid Berkeperluan Khas (MBK) Peringkat Daerah Petaling Utama
merupakan program tahunan yang telah dirancang bertujuan untuk mengenengahkan bakat dan kebolehan
murid pendidikan khas dalam bidang sukan kerana pada tahun-tahun sebelum ini, murid-murid pendidikan
khas di daerah ini telah dapat mencipta rekod kejayaan dalam bidang sukan sehingga ke peringkat kebangsaan.

4. Butir-butir program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 dan 25 Ogos 2023


Hari : Khamis dan Jumaat
Masa : Jam 8.00 pagi – 1.30 tengah hari.
Tempat : Stadium Mini SMK USJ 23, {Persiaran Harmoni, USJ23, 47100
Subang Jaya, Selangor.

USAHA YAKIN JAYA


PERSATUAN PANITIA PENDIDIKAN KHAS PETALING UTAMA
BLOK PODIUM, KOMPLEKS KELANA CENTRE POINT, JALAN SS7/19,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TELEFON: 03-78834555 NO. FAX: 03-7883 4556

5. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Panitia Pendidikan Khas Daerah Petaling Utama dengan rasa
rendah diri berhasrat untuk memohon sumbangan dana daripada pihak Tuan bagi membiayai sebahagian kos
penganjuran program tersebut yang dianggarkan sebanyak RM6,844.00 (kertas kerja ada disertakan) dan
seterusnya berbesar hati mengundang Tuan untuk hadir ke program tersebut.

6. Bersama-sama surat ini kami sertakan kertas kerja program tersebut untuk perhatian Tuan.
Sumbangan boleh dibuat atas nama PERSATUAN PANITIA PENDIDIKAN KHAS PETALING
UTAMA. No. Akaun 12131010014794 (BANK ISLAM). Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan
(Cik Nur Hatiah bt Ahamad di talian 011-31212369) selaku Bendahari Panitia Pendidikan Khas Daerah
Petaling Utama.

Sekian, terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah,

SITI NOR MAHANI BINTI OTHMAN


Pengerusi Panitia Pendidikan Khas,
Daerah Petaling Utama,

USAHA YAKIN JAYA

You might also like