You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENERONG,

21800 AJIL, HULU TERENGGANU, TEL : 09 - 6122582


TERENGGANU DARUL IMAN. FAX : 09 – 6122631

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI

KALI KEEMPAT TAHUN 2018

TARIKH : 24 Oktober 2018


MASA : 2.30 Petang
TEMPAT : Bilik Galeri
KEHADIRAN :
1. Pn Aiza bt Hassan
2. Tn Hj Sohaimi Bin Zakaria
3. Pn Siti Hajar bt Jalaluddin

AGENDA MESYUARAT
1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul kitab al-Fatihah.

1.2 Puan Aiza selaku ketua panitia geografi mengucapkan terima kasih atas kehadiran
guru ke mesyuarat kali keempat panitia geografi untuk tahun ini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat diterima tanpa pindaan.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Modul Offline bagi PBS tingkatan 1,2 dan 3 telah
dimasukkan oleh guru-guru.

4.0 Laporan PBS


4.1 Pentaksiran tingkatan 1,2 dan 3 telah berjaya dilaksanakan
4.2 Markah Kerja Kursus PT3 telah dikemaskini dan dimoderasikan. Seterusnya markah
tersebut telah diserahkan kepada setiausaha peperiksaan.
4.3 Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pelajar tingkatan 1 dan 2 wajib
melaksanakan Kerja Kursus. Penilaian 10% akan dimasukkan ke dalam markah
peperiksaan akhir tahun.

Tindakan : Makluman

5.0 Perancangan Aktiviti 2019


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENERONG,
21800 AJIL, HULU TERENGGANU, TEL : 09 - 6122582
TERENGGANU DARUL IMAN. FAX : 09 – 6122631

5.1 Menurut pengerusi perancangan utama panitia tahun hadapan ialah ke arah
meningkatkan kualiti matapelajaran geografi.
5.2 Antara aktiviti yang akan dijalankan :
- Kem Mahir Peta
- Kelas tambahan harian dan mingguan
- Kem Sehabis Daya Skor ‘A’
- Pertandingan Kerja Kursus Geografi
- Pertandingan Produk Kitar Semula
- Seminar teknik menjawab soalan SPM

6.0 Hal-hal Lain


6.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru agar sukatan pelajaran hendaklah
dihabaiskan sebelum bulan Oktober.
6.2 Beliau memaklumkan mulai tahun 2018 silibus baru tingkatan 3 akan diguna pakai.
Huraian Sukatan baru akan diedarkan kepada semua guru subjek.
6.3 Beliau memaklumkan agar pelajar tingkatan 1 yang tidak menyiapkan Kerja Kursus
hendaklah menyerahkan juga pada tahun hadapan.Pelajar tersebut wajib menyiapkan
Kerja Kursus dan tiada pengecualian.
6.4 Pengerusi memaklumkan anggaran perbelanjaan adalah mengikut perbelanjaan tahun
sebelumnya.
Tindakan : Makluman

PENANGGUHAN MESYUARAT.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dengan bacaan surah al-Asr.

Disediakan oleh Disemak oleh


………………………………… ………………………………
(PN.SITI HAJAR BT JALALUDDIN) (PN. AIZA BT HASSAN)
Setiausaha Panitia Geografi Pengerusi Panitia Geografi
SMK MENERONG 2018 SMK MENERONG 2018
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENERONG,
21800 AJIL, HULU TERENGGANU, TEL : 09 - 6122582
TERENGGANU DARUL IMAN. FAX : 09 – 6122631

You might also like