You are on page 1of 4

SK TAMAN TAMPOI UTAMA

MINIT CURAI : TAKLIMAT PENGURUSAN

Tarikh : 6/11//2023
Masa : 1:30 - 3:30 Petang
Tempat : Bilik Aula Perdana
Dipengerusikan oleh : Puan Siti Anita Binti Misran (Guru Besar)

1 Keberhasilan
1.1 Pengerusi meminta semua guru menghantar borang keberhasilan sebelum
hari khamis (9/11/2023). Borang yang telah ditandatangan hendaklah
disediakan dalam 3 salinan untuk diberikan kepada Guru Besar, PP1 dan
simpanan sendiri.

2 Minit Mesyuarat
2.1 Pengerusi mengingatkan agar minit mesyuarat hendaklah disediakan dalam
masa 7 hari dari tarikh mesyuarat dijalankan. Satu salinan hendaklah
diberikan kepada guru besar dan kepada guru penolong kanan yang
berkenaan.

3 Laporan Aktiviti
3.1 Pengerusi mengingatkan setiap aktiviti yang dijalankan perlu disediakan
laporan sebagai eviden untuk penarafan sekolah kualiti. Setiap laporan
perlu disediakan 4 salinan untuk diberikan kepada guru besar, guru
penolong kanan dan kerani kewangan jika melibatkan permohonan
peruntukan serta untuk simpanan fail. Pengerusi menggalakkan agar setiap
laporan yang dihantar dikepilkan Bersama dengan kertas kerja program.

4 Buku Pemantauan Program


4.1 Setiap guru penolong kanan perlu menyediakan buku pemantauan program
untuk menilai pelaksanaan program dari segi kekeuatan dan kelemahan
serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
5 Kad Perakam Waktu
5.1 Pengerusi mengingatkan agar setiap kakitangan perlu mengetik kad
perakam waktu semasa hadir dan pulang dari sekolah. Jika terpaksa
hadir lewat kerana kekangan, sila maklumkan awal kepada guru besar
dan guru penolong kanan pentadbiran jika melibatkan jadual waktu.

6 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


6.1 Pengerusi mengingatkan agar setiap guru menghantar RPH mengikut
tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan menghantar RPH akan
menyebabkan markah prestasi rendah.

7 Borang Perkembangan Murid


7.1 Pengerusi meminta agar guru-guru menghantar borang perkembangan
murid selepas cuti Deepavali. Guru-guru diingatkan agar berbincang
dengan ketua panitia masing-masing untuk pelarasan TP sebelum
memasukkan TP akhir ke dalam sistem.

8 Kelestarian
8.1 Pengerusi memaklumak sekolah akan mengikuti Pertandingan
Kelestarian kategori sekolah Baharu. Ada 6 bahagian yang perlu
dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Setiap guru akan diagihkan
tugasan mengikut unit beruniform masing-masing. Beliau memaklumkan
bahawa Pendidikan Kelestarian adalah relevan dengan Pendidikan
STEM dan memohon kerjasama serta komitmen daripada semua guru
untuk menjayakan pertandingan ini.
8.2 Cikgu Mazlina selaku penyelaras Kelestarian sekolah menerangkan 6
bahagian yang perlu dilaksanakan oleh setiap unit uniform. Guru-guru
merujuk kepada slide yang dipaparkan. Beliau memaklumkan program ini
melibatkan guru, murid dan komuniti luar. Guru-guru boleh mengajak ibu
bapa untuk turut sama melaksanakan aktiviti yang telah dirancang untuk
unit masing-masing. Setiap gambar yang diambil mesti mempunyai
penerangan dan tarikh.
8.3 Cikgu Zaharudin berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai
pertandingan yang sama di sekolah terdahulu. Setiap aktiviti perlu ada
gambar proses pelaksanaan yang menunjukkan situasi sebelum, semasa
dan selepas aktiviti dilaksanakan. Beliau memaklumkan setiap aktiviti
dilaksanakan dengan 3 proses iaitu kenalpasti masalah, merancang
strategi dan pelaksanaan. Ini akan membantu guru-guru dalam
memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

8 Penilaian Kompetensi Literasi (PKL)


8.1 Cikgu Firdaus menerangkan tentang Penilaian Kompetensi Literasi (PKL)
Fasa 2 akan dilaksanakan untuk tahap 2 dan perlu diselesaikan sebelum
17 Novembar. Terdapat 4 domain iaitu Bacaan, Matematik, Sains dan
Pendidikan Kewangan. Beliau menerangkan cadangan jadual
pelaksanaan. Makmal komputer akan dittutup sepanjang tempoh
pelaksaan PKL. Data yang dikumpul perlu dihantar sebelum 1 Disember
2023.

9 Hari Kanak-kanak
9.1 Cikgu Puvaneswari menerangkan tentang Program Hari Kanak-kanak
yang bertemakan Flora dan Fauna. Murid-murid digalakkan untuk
memakai pakaian bertemakan flora dan fauna namun tiada paksaan.
Guru-guru juga digalakkan mengikut tema pada hari tersebut. Aturcara
akan bermula jam 7:30 hingga 9:00 pagi. Masih terdapat 3 kelas yang
belum menghantar video untuk pertandingan tarian. Beliau bersetuju
untuk memberi peluang kedua penghantaran sehingga 8 November.

10 Penutup
10.1 Guru memaklumkan bahawa hal tuju sekolah ialah Pendidikan
Kelestarian dan Pendidikan STEM. Beliau mengharapkan kerjasama dan
komitmen guru dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
Taklimat diakhiri dengan Surah Al-‘Asr dan Tasbih Kifarah.

Disediakan oleh:

Faezah binti Ismail


Setiausaha Pengurusan Sekolah

You might also like