You are on page 1of 3

SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI,

31100 SUNGAI SIPUT (U) PERAK.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM BIL 2/2022

TARIKH : 22.04.2022
MASA : 2.30 Petang
TEMPAT : BILIK GERAKKAN

KEHADIRAN: RUJUK LAMPIRAN

PERKARA

1. UCAPAN ALUAN

Setiausaha mengalukan semua guru yang hadir ke mesyuarat dan mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat pengurusaan dan pelaksaanan
kokurikulum kali ke/2 bagi sesi 2022.

2. UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULAM – (EN.THINAGARAN)

2.1 Mengalukan kehadiran semua guru ke mesyuarat pengurusan kokurikulam tahun


2022. Beliau berterima kasih kepada semua guru supaya memberi kerjasama
kepada PK KOKO untuk menjayakan pelbagai agenda.

3. PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH - ( EN.THINAGARAN)

3.1 Penolong kanan Kokurikulum menyatakan penyertaan pasukan sekolah dalam mana-
mana kegiatan diperingkat Zon Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan
kesediaan sesebuah pasukan.

3.2 Objektif Kokurikulum adalah berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat


pelajar ke tahap yang tertinggi melalui Latihan yang bersistematik, Kelengkapan yang
sempurna, Pertandingan dalaman dan Penyertaan yang aktif.

Tindakan :- Semua Guru


4.0 . PERANCANGAN KOKURIKULUM 2022 ( EN.THINAGARAN)
4.1 Semua guru diminta merujuk jadual pengurusan kokurikulum untuk mengetuahui
bidang tugas berkaitan.
4.2 Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform,
kelab/persatuan dan permainan 1M1S.
4.3 Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari Rabu (2.00ptg-3.30) dan
permainan 1M1S diadakan pada hari Selasa (2.00 – 3.30 petang)
4.4 Pada waktu permainan 1M1S guru-guru yang dilantik untuk melatih pasukan
sekolah.
4.5 Buku laporan kokurikulum akan ditulis oleh Setiausaha / wakil murid dengan
bantuan guru penasihat BBU/Kelab persatuan dan 1M1S masing-masing.

Tindakan :- Semua Guru

5.0 PELAKSANAAN PAJSK ( EN.THINAGARAN)


PK Kokurikulum menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum bagi Murid Tahun 4,5
dan 6 akan menggunakan Sistem Penilaian PAJSK bagi memudahkan pengisian
markah pada akhir tahun.

Tindakan :- Guru Kelas

6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6.1 PK KOKO menyatakan bahawa guru-guru digalakkan memakai uniform badan


masing- masing .

6.2 Murid diwajibkan memakai uniform atau baju T bagi BBU masing-masing.

6.4 PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru untuk menyediakan


perancangan strategik atau pelan tindakan bagi setiap unit masing-masing.
6.5 PK KOKO juga meberikan pendedahkan tentang PAJSK. Beliau mengedarkan
pekeliling yang berkaitan kepada guru kelas

7.0 PENUTUP

7.1 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab


melaksanakan tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap
pertandingan yang akan diadakan.

7.2 Lebih banyak pencapaian bagi membantu sekolah mendapat Skor terbaik dalam
SKPM.

Tindakan : Semua guru penasihat

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.30pm.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

__________________ __________________

EN. KALIDAS BALAKRISHNAN


SU KOKURIKULUM
.

You might also like