You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG NAM HENG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2021

Tarikh : 20.1.2021

Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Ict

Pengerusi : Pn.Murugamah a/p John Kanniah (Guru besar)

Kehadiran(Bilangan) : 5/7

Tidak Hadir : Pn.P.Umahpreyah


Pn.R.Yunithera

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pn. Murugamah a/p John Kanniah selaku guru besar mengalu-alukan semua guru
untuk sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2021. Beliau juga bersyukur kerana
semua guru dalam keadaan sihat dan selamat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik. R. Tamilarrasi
Disokong untuk pengesahan oleh Cik.S.Vasugi.

3 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1. Guru besar membentangkan tindakan dan tatacara yang perlu diikuti mulai tahun
2021.
3.1.1 Guru besar mengucapkan terim kasih kepada semua untuk dedikasi
mereka sepanjang musim pandemik ini.
3.1.2 Guru besar membentangkan cabaran-cabaran pendidikan yang
dihadapi akibat pandemik COVID-19. (rujuk lampiran)
3.1.4 Guru besar membentangkan Pendidikan Holistik 2.0.
3.1.5 Guru besar membentangkan Hala Tuju PPD KotaTinggi. (rujuk
lampiran)
3.1.6 Guru besar membincangkan kepentingan menggunakan Pendidikan
Digital DELIMA (rujuk lampiran)
3.1.7 Guru besar membentangkan kriteria-kriteria untuk menjadi GURU
BERINSPIRASI (rujuk lampiran)
3.1.8 Guru besar mencadangkan untuk membuat program-program untuk
bidang kaunseling seperti Motivasi, Mentor-mentee dan sebagainya.
3.1.9 Guru besar memberitahu bahawa keputusan bagi semakan audit
2019 adalah ‘Memuaskan’ dan mengucapkan terima kasih untuk
semua cikgu atas pertolongan mereka.
3.1.10 Guru-guru diminta untuk menolong mengisi kew pa.

Tindakan: Semua guru


4 PEMBENTANGAN BIDANG KURIKULUM
4.1 GPK 1 (Cik.K.Logeswari) membentangkan perkara-perkara dibawah dalam
bidang Kurikulum.

4.1.1 Senarai nama murid tahun 6 bagi tahun 2021 dibentangkan. (rujuk
lampiran)
4.1.2 Senarai guru yang mengajar tahun 6 bagi tahun 2021 dibentangkan
mengikut subjek. (rujuk lampiran).
4.1.3 Semua panitia dibentangkan oleh guru yang bertanggungjawab (rujuk
lampiran).
4.1.4 Jawatankuasa bilik khas dan agihan kelas dibentangkan. (rujuk
lampiran)
4.1.5 Program –program yang akan diadakan dalam bidang kurikulum bagi
tahun 2021 telah dipaparkan. (rujuk lampiran).
4.1.6 Senarai Fail dan senarai nama guru yang dipertangungjawabkan
telah dibentang.
4.1.7 Subjek-subjek yang diajar oleh guru (rujuk lampiran).
4.1.8 Tugas-tugas khas guru dan tugas-tugas yang perlu dihantar.(rujuk
lampiran). ).
4.1.9 Ketua Panitia perlu hantar pelan taktikal dan pelan operasi
pada 31.12.2019 pada Gpk 1.
4.1.10 Semua panitia perlu menyediakan fail dengan lengkap bagi audit
SKPMg2.
4.1.11 Jadual waktu Kelas dan Jadual Waktu persendirian dipaparkan. (rujuk
lampiran).
4.1.12 Fail PBS akan disemak oleh setiausaha PBS pada bulan Februari.
4.1.13 Semua guru perlu menghantar Fail RPH pada hari Ahad dan Khamis
setiap Minggu.
4.1.14 GPK 1 meminta Cik. R.Tamilarrasi untuk mengingatkan balik unsur-
unsur yang perlu ada dalam kelas bercantum kepada semua guru.

5 PEMBENTANGAN BIDANG HAL EHWAL MURID


5.1 Bidang Hem dibentang oleh Cik.R.Tamilarrasi.
5.1.1 Jawatankuasa-jawatankuasa dalam bidang HEM telah dibentangkan.
(rujuk lampiran).
5.1.2 Senarai fail-fail dibawa bidang Hem dan guru-guru yang ditugaskan
bagi fail-fail tersebut telah dibentangkan (rujuk lampiran).
5.1.3 Program –program yang akan diadakan dalam bidang hal ehwal murid
dibentangkan. (rujuk lampiran).

6 PEMBENTANGAN BIDANG KO KURIKULUM

6.1 Bidang Ko Kurikulum dibentangkan oleh GPK Ko Kurikulum.


(En.R.Yoganantharaj).
6.1.1 Carta Organinsasi bagi Ko-kurikulum dibentangkan (rujuk lampiran).
Tugas-tugas dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan
dibentangkan. (rujuk lampiran)
6.1.2 Program –program yang akan diadakan dalam bidang ko kurikulum
dibentangkan. (rujuk lampiran).
6.1.3 Waktu aktiviti kokurikulum dibentangkan (rujuk lampiran).Guru-guru
diminta mengikut jadual yang ditetapkan.
6.1.4 Guru-guru digalakkan memakai baju uniform TKRS pada setiap hari
Rabu dan diwajibkan memakai pada perhimpunan bulanan KOKO.
6.1.5 Pencapaian murid dalam bidang Ko Kurikulum bagi 2019 telah
dibentangkan (rujuk lampiran).
7 PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pn.K.Logeswari.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

Cik.S.Vasugi
Pengurusan Mesyuarat

Tarikh : (24.1.2021)

You might also like