You are on page 1of 2

SJK (T) LADANG NAM HENG, KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT UNIT KEBAJIKAN 2/2021

Tarikh : 8.5.2021 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi -10.00 petang
Tempat : Google Meet
Kehadiran Guru : 8/8

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi
melapangkan masa bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya mengesahkan.
2.2 Pn.K.Logeswari mencadangkan minit mesyuarat Kebajikan
disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh En.R.Yoganantharaj.

3.0 BANTUAN BKAP 1 MALAYSIA


3.1 Pengerusi memberitahu bahawa sebanyak 17 orang layak menerima Bantuan
Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1) sebanyak RM100 dari Tahun 1
hingga Tahun 6.
3.2 Pengerusi berkata bahawa sekolah telah menerima RM1500 sahaja dan
baki RM200 telah dimohon.
3.3 Pemberian BKAP ini akan dilaksanakan bersama penjualan buku di sekolah.
3.4 Senarai murid yang layak menerima BKAP1 Malaysia adalah seperti berikut:-
(Rujuk Lampiran)
Tindakan: Makluman
4.0 BANTUAN BKAP JOHOR
4.1 Pengerusi memberitahu bahawa Negeri Johor telah meluluskan
bantuan khas awal tahun Johor sebanyak RM100 bagi murid-murid
yang mempunyai ibu bapa berpendapatan dari RM3000 - RM 7000.
4.2 En. Hasrin dari PPD telah mencadangkan bahawa mengagihkan
bantuan ini kepada murid yang tidak menerima BKAP1M.
4.3 Pengerusi berkata seramai 12 murid layak menerima bantuan tersebut.
(Rujuk Lampiran).
4.0 KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
4.1 Pengerusi memberitahu bahawa sebanyak 9 orang murid menerima
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) sebanyak RM100.
4.2 Pengerusi berkata bahawa pengagihan bantuan KWAMP telah
ditangguhkan untuk sementara waktu kerana kawalan pergerakan.
4.3 Pengerusi akan mengagihkan bantuan KWAMP secara ‘Drive in’.
4.4 Guru besar mengingatkan untuk mengikut SOP semasa pengagihan
dilakukan.
Tindakan : Penyelaras KWAMP

5.0 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


5.1 Pengerusi memberitahu bahawa pembekal RMT (En.Subramaniam ) telah
berhenti membekalkan makanan RMT kerana kurang sihat.
5.2 Pembekal baru telah dicari oleh guru besar (Pn.J.Murugamah) yang lama
dan perjanjian telah dibuat.
5.3 Pengerusi juga berkata ada seorang murid tercicir dalam senarai penerima
RMT dan penyelaras RMT sudah mohon balik untuk murid tersebut.

6.0 Hal-hal Lain


6.1 Pengerusi berkata Yayasan Sultan Ibrahim membekalkan bantuan cermin
mata kepada warganegara Malaysia yang pendapatan isi rumah kurang
RM2500.
6.2 Semua guru kelas perlu memberitahu kepada ibu bapa dan membantu untuk
memohon jika anak mereka memerlukan bantuan cermin mata.

Tindakan : Penyelaras PS1M


5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini.
Beliau turut berharap agar pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar
tanpa mempunyai sebarang masalah.
.
Disediakan oleh,
Pn.R.Yunithera
Setiausaha Unit Kebajikan

Tarikh : (13.5.2021)

You might also like