You are on page 1of 2

SK KESANG, TANGKAK, JOHOR

MINIT MESYUARAT JBPS BIL.1/2022

Tarikh : 20 April 2022 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kesang, Tangkak.

1. En Rosli bin Tumijan


2. En Sukri bin Abdullah
3. En Ismail bin Alwai@Alwi
4. Pn Sarizan binti Abdul Samad
5. Pn Norashikin binti Isa
6. En Huzaifah bin Ismail
7. Pn Nor Fazidah binti Abu Talip
8. Pn Pn. Nabihah binti Mohamad
9. Pn Norrafizah binti A.Razak
10. En Ahmad Anan bin Pujiman
11. Pn Khazemah binti Khizhir
12. Pn Julia binti Esnin
13. En Amirul Hakim bin Mohd Nor
14. Pn. Rohani binti Samat

Turut Hadir : Pn. Siti Munirah binti Zainol Abidin

Agenda:

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan Ummul Kitab oleh Tuan Pengerusi.
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang dapat hadir untuk mesyuarat hari ini.
1.3 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada wakil PIBK kerana memenuhi undangan
mesyuarat kali ini.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yangn Lalu


Dibentangkan Oleh : Pn Norashikin binti Isa
Cadangan Untuk Disahkan : En Huzaifah bin Ismail
Sokongan : Pn Julia binti Esnin

3.0 Hal-hal Berbangkit


Tiada perkara yang dibangkitkan.

4.0 Senarai Bantuan dan Syarat Penerima Bantuan


4.1 Antara bantuan yang ada disediakan oleh pihak KPM ialah RMT, KWAMP, Bantuan Awal
Persekolahan (RM150), Susu Sekolah, Uniform Sekolah dan Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT). SPBT layak diberikan kepada semua murid kecuali Murid Bukan Warganegara.

Tindakan : Guru SPBT

4.2 Semua murid penerima RMT juga merupakan penerima Program Susu Sekolah. Syarat
bagi penerima RMT ialah yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM600.00 atau
PERKAPITA RM151.00 dan ke bawah. Berdasarkan dari maklumat APDM, terdapat 88
orang murid yang layak menerima RMT/PSS tersebut.

4.2.1 Semua AJK sebulat suara bersetuju 88 murid yang tersenarai menrima Bantuan RMT
dan PSS.
Tindakan: Guru RMT/PSS
4.3 KWAMP – Syarat bagi penerima KWAMP pula yang merangkumi pendapatan isi rumah
sebanyak RM960.00 atau PERKAPITA RM240.00. Bersama-sama ini disediakan senarai
nama murid yang layak menerima bantuan tersebut.

4.3.1 Semua AJK sebulat suara bersetuju dengan nama murid KWAMP yang
dilampirkan.
Tindakan : Guru KWAMP

4.4 Bantuan Awal Persekolahan – Seramai 125 orang murid telah dikenal pasti layak menerima
Bantuan BAP ini berdasarkan syarat pendapatan di bawah RM3,000.00 dan peruntukan
telah diterima dan diagihkan pada 8 April 2022 yang lalu. Terdapat kekurangan dan
permohonan telah dimajukan iaitu sebanyak RM5,100 masih kekurangan dan dijangka akan
diturunkan pada bulan Julai 2022. Senarai nama dilampikan sebagai rujukan.

4.4.1 Semua AJK bersetuju dengan senarai nama yang diberikan.

Tindakan : Guru Bantuan/ Guru Kelas

4.5 Pengerusi turut memaklumkan bahawa terdapat seorang murid yang layak menerima
Bantuan Pakaian Seragam yang bakal diterima pada bulan September 2022. Nama murid
yang layak turut dilampirkan.

Tindakan : Guru Koko / Guru Bantuan

5.0 Hal-hal Lain


-Tiada-

6.0 Penutup

Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua di dalam mesyuarat kali ini.
Pengerusi berterima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam mengenal pasti murid yang layak
menerima bantuan-bantuan tersebut seperti yang disenaraikan. Semoga kerjasama yang erat antara
sekolah dan PIBG/PIBK dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Dicatat oleh,

NORASHIKIN BINTI ISA


Penyelaras Bantuan Murid,
SK Kesang, Tangkak, Johor.

You might also like