You are on page 1of 16

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF

SK JENDERAM HILIR
2020

TARIKH
12 MAC 2020

MASA
12.30 tengah hari

TEMPAT
Bilik Wawasan
SK Jenderam Hilir
BIL PERKARA HALAMAN

1 Agenda Mesyuarat 2

2 Minit Mesyuarat 3

3 Laporan Aktiviti Tahunan 8

4 Laporan Penyata Kewangan 8

5 Hal Hal lain 9

1
AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi

2. Ucapan Penasihat

3. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat


yang lalu

4. Membentang Laporan Aktiviti Tahunan

5. Membentang Laporan Penyata Kewangan

6. Hal-hal lain

7. Ucapan penangguhan

2
MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN GURU
DAN STAF
SK JENDERAM HILIR
TARIKH : 30 Disember 2018
HARI : Khamis
MASA : 12.30 tengah hari
TEMPAT : Bilik Wawasan
KEHADIRAN :

Pn. Norlaili bt Mohd Noor ( Penasihat )


Pn Noor Adliah bt Amirudin ( Pengerusi )
Pn. Zakiah bt Mohd Jaman
Pn. Arinawati bt Abd Rahman
En Alpikri B Murid
Pn. Rabi'ah bt. Hj. Nuri
Pn. Raihan bt. Md. Faissal
Pn. Noraini bt Mohamed Ismail
Pn Aminah Bt Adnan
Pn. Yati Rozi bt. Ahmad Radzi
Pn. Norbaiti bt. Yahaya
Pn. Norazwa bt. Baharom
Pn. Suhaila bt. Othman
Pn. Marlina Bt Mat Zin
Pn Mariam Bt Wahab
Pn. Khairul Hakimin bin Zahari
Pn. Masliza Bt Mokhtar
Pn. Shuhana bt Ngah
Pn Khairunnisa bt Mazni
Pn Nurlela Bt Mohd Noor Sabri
En Ahmad Fuad B Abdul Salim
Pn Norsaadah Bt Rahmat
Pn Asnida Bt Abu Hasan
Pn. Raja Maya Azhana bt Raja Mansor
Pn. Zuzalinawati bt. Muhammad
En. Mohd. Khaisal Din Al-Hafiz
En. Makbul b. Abbas
En. Hashim b. Husein

3
Tidak Hadir

En Fazril Izwandy B Ramli


Pn Badariyah Bt Ahmad

URUS SETIA MESYUARAT

Pn Raihan Bt Md Faissal

1. UCAPAN PENGERUSI
Ucapan alu-aluan
Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat kali pertama
pada tahun 2019. Memaklumkan bahawa nama Kelab Guru telah ditukar kepada
Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE 1/2019 TANPA PINDAAN


Dicadangkan oleh Pn Shuhana Bt Ngah
Disokong oleh Pn Nor Adliah Bt Amirudin

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perancangan aktiviti
3.1.1 Hari keluarga
3.1.1.1 Cadangan pada mesyuarat kali pertama 2019
diadakan dengan agenda hari keluarga yang akan
diadakan pada bulan Oktober 2019 dibincangkan.
Penasihat merasakan tidak sesuai jika ahli
bermesyuarat tetapi ahli keluarga yang lain berada di
dalam bilik sahaja. Mungkin perlu diasingkan antara
mesyuarat dan hari keluarga.

3.2 Sumbangan pertukaran


3.2.1 Semua ahli bersetuju dengan penetapan sumbangan
pertukaran yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan
Peraturan Badan Kebajikan Guru dan Staf SKJH yang lama,
seperti jadual di bawah:

4
1 Kurang 3 tahun RM50
2 3 tahun hingga 6 tahun RM70
3 7 tahun hingga 9 tahun RM100
4 Lebih dari 10 tahun RM200

3.3 Water Dispenser


3.3.1 Water Dispenser telah diletakkan di dalam bilik guru dan
diuruskan oleh ahli kelab guru yang telah
dipertanggungjawabkan..

3.4 Bayaran yuran setahun Badan Kebajikan Guru dan Staf SKJH
kekal RM20 sebulan. Bayaran yuran dibuat setahun sekali atau
ansuran mengikut kemampuan serta diserahkan kepada bendahari.

3.5 Pembelian dan pemakaian batik secara seragam untuk hari HAK
akan dilaksanakan mengikut keperluan.

3.6 Puan Aminah mencadangkan agar Family Day diadakan di luar dari
Semenanjung Malaysia dan cadangan akan
dipertimbangkan.Cadangan agar dijual pakaian terpakai dan
makanan ketka Hari Sukan tahunan juga akan diberi pertimbangan.

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pindaan perlembagaan dan peraturan Badan Kebajikan Guru dan Staf
Sekolah Kebangsaan Jennderam Hilir. (Rujuk perlembagaan dan
peraturan). Perlantikan AJK baharu dilakukan dalam tempoh 2 tahun
sekali.Ia bergantung pada terma dan syarat.

4.2 Pengerusi maklumkan sekali lagi, semua urusan akan bertukar kepada
nama yang baru iaitu Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah
Kebangsaan Jenderam Hilir.

4.3 Semua pindaan akan dimohon pada Mesyuarat Agong dan akan
diluluskan sebelum perlantikan yang baharu.

5
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Segala permohonan yang melibatkan dana perlu disertakan dengan


kertas kerja.

5.2 Pn. Arinawati memaklumkan, penetapan tempat untuk Hari Keluarga dan
akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

5.3 Cadangan Pn. Norazwa agar pada sukan sekolah pada tahun ini dibuka
tapak-tapak gerai dan diadakan Karnival Kokurikulum (tapak gerai, rumah
hantu dan lain-lain) sebagai menambah dana Badan Kebajikan Guru dan
Staf SKJH akan dibincangkan dengan AJK dan pentadbir.

5.4 Pn. Aminah mencadangkan jualan jumbo sale dapat menambahkan


pendapatan kelab.

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Segala permasalahan yang timbul boleh disuarakan kepada kelab dan
akan dipanjangkan kepada pihak pentadbir untuk mendapat nasihat serta
pandangan. Untuk tahun ini, teruskan aktiviti yang telah dirancang
terutama menambah dana kelab.

6.2 Semoga Pn Noor Adliah dan semua Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru
dan Staf SKJH tidak berputus asa dan meneruskan aktiviti Badan
Kebajikan dengan jayanya.

6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Urus Setia
Setiausaha Mesyuarat Badan Kebajikan Guru dan Staf
SK Jenderam Hilir

30 Disember 2018

6
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

BIL TARIKH AKTIVITI


26/1/2019 Jualan makanan dan pakaian terpakai semasa Mesyuarat
1
Agung PIBG
Jualan air semasa latihan rumah sukan
2 11/2 – 15/2/2019
Jualan makanan dan pakaian terpakai semasa Sukan
3 16/2/2019
Tahunan
Sewaan vending machine – Perjanjian 3 tahun
4 10/3/2019
Majlis Perpisahan En Al Pikri Bin Murid
5 22/3/2019
Program Team Building di Kem Tekali
7 13/4/2019
8 15/4 – 25/4/2019 Jualan sempena Hari Guru
Sambutan Hari Guru
9 25/4/2019
Jamuan Hari Raya
10 28/6/2019
Majlis perpisahan Puan Fauziah dan Puan Wan Rohani
11 19/7/2019
Sambutan Hari Keluarga , Telematch & Jamuan Makan
12 30/10/2019 Malam

Persaraan Puan Aminah dan Encik Hashim


13 22/11/2019
28/ 6/2019 Ziarah cakna En Jamal dan Pn Yati Rozi
14
23/11/2019
Jamuan Akhir Tahun di Restoran Pak Abu
15 31/12/2019
Sabtu -Sepanjang Jualan tapak gerai setiap hari sabtu
16
Tahun
17 Setiap bulan Sambutan Hari Lahir
Jualan makanan di bilik guru
18 Sepanjang Tahun
Sabtu – Kelas Jualan nasi lemak semasa kelas tambahan Tahun 6
19
tambahan

7
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF
SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM HILIR
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2019.
PENDAPATAN PERBELANJAAN
TARI BUTIRAN JUMLAH TARIKH BUTIRAN JUMLAH
KH (RM) (RM)
20/1/1 Baki b/b 23.30 31/10/2019 Belian hadiah hari lahir 410.00
9
31/12/ Penerimaan: 8/2/2019 Deposit Hari Keluarga 500.00
19
Bayaran kelab 6640.00 17/2/2019 Bayaran sewa tapak gerai sukan 20.00

Jualan 3142.00 28/2/2019 Sumbangan isteri bersalin (En. Shahrom) 50.00

Sewaan 1430.00 28/2/2019 Sumbangan hospital (Pn. Azwa) 50.00

Deposit hari 500.00 4/3/2019 Cop badan 55.00


keluarga
dikembalikan
Sponsor Hari 150.00 13/3/2019 Sumbangan kelahiran anak (Pn. Irdha) 50.00
keluarga
22/3/2019 Sumbangan kematian (bapa mertua En. 50.00
Khairul)
22/3/2019 Hadiah pertukaran (En. Alpikri) 30.00

23/3/2019 Sumbangan persaraan (En. Jamal) 200.00

13/4/2019 Team Building 528.00

26/4/2019 Sambutan Hari Guru 1388.00

14/6/2019 Jamuan/hadiah (pertukaran cikgu Fauziah 70.00


dan cikgu Wan Rohani)
28/6/2019 Jamuan Hari Raya 976.00

2/7/2019 Sumbangan perkahwinan anak (Pn. 40.00


Arinawati)
9/9/2019 Sumbangan hospital (Pn. Yati Rozi) 30.00

30/9/2019 Sumbangan perkahwinan cikgu Anis 50.00

30/9/2019 Sumbangan kematian (bapa mertua Pn. 50.00


Asnida)
31/9/2019 Sumbangan kelahiran anak (Pn. Yati 50.00
Rozi)

8
30/10/2019 Hari Keluarga 1145.00

22/11/2019 Sumbangan persaraan Pn. Aminah 200.00

22/11/2019 Sumbangan persaraan En. Hashim 200.00

22/11/2019 Majlis persaraan Pn. Aminah dan En. 708.00


Hashim
31/12/2019 Runcit 23.00

31/12/2019 Jamuan akhir tahun dan hadiah 3,607.90

JUMLAH PERBELANJAAN 10,480.90

31/12/2019 BAKI H/B 1,404.40

11,885.30 11,885.30

Disediakan Oleh Disemak oleh Disahkan oleh:

(PN. SHUHANA BT. NGAH) (EN AHMAD FUAD B. ABD SALIM ) (PN ZUZALINAWATI BT MUHAMMAD)
Bendahari Juru audit 1 Juruaudit 2
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan 2019 Badan Kebajikan Guru & Kakitangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
SK Jenderam Hilir SK Jenderam Hilir SK Jenderam Hilir

9
PERLEMBAGAAN

KELAB GURU DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM HILIR

1. NAMA

(1) Nama persatuan ini ialah “Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah
Kebangsaan Jenderam Hilir”.

2. ALAMAT

(1) Alamat persatuan ini ialah Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf
Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor.

3. TUJUAN

(1) Tujuan persatuan ini ialah untuk memupuk dan mengeratkan


silaturahim di kalangan ahli melalui program yang dirancang di
samping dapat membantu ahli yang memerlukan bantuan.

4. KEAHLIAN

(1) Ahli persatuan ini terbuka kepada semua guru dan staf Sekolah
Kebangsaan Jenderam Hilir.

(2) Seseorang guru dan staf yang bertugas secara rasmi di sekolah ini
secara langsung akan menjadi ahli kelab ini.

5. YURAN

(1) Setiap ahli dikehendaki menjelaskan yuran bulanan setiap bulan


sebanyak RM20.00 (Ringgit : Dua Puluh sahaja) untuk semua guru
dan staf.

(2) Yuran dikehendaki dijelaskan 3 kali setahun

(3) Kadar yuran tersebut boleh diubah mengikut perkembagaan


semasa dan persetujuan mesyuarat

10
6. BANTUAN

(1) Wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kejadian, peristiwa


atau kejadian seperti berikut:

JUMLAH
PERKARA KEJADIAN / PERISTIWA / KEADAAN
BANTUAN (RM)
a. Ahli Sendiri. RM100
b. Suami / Isteri (termasuk isteri kedua,
RM100
ketiga dan keempat).
c. Tanggungan ahli seperti ibu mertua /
RM50
bapa mertua / emak tiri / bapa tiri.
6.1 Kematian
d. Ibu / bapa kandung ahli dan anak
seperti anak kandung / anak tiri / anak RM100
angkat .
e. Orang lain di rumah ahli (edarkan lis
TIADA
derma).
a. Ahli atau isteri bersalin (setiap kali
bersalin) (termasuk isteri kedua, ketiga RM50
6.2 Bantuan dan keempat).
Kesihatan b. Sakit dan masuk wad .
(tidak kurang 3 hari kecuali bersalin dan RM30
hanya sekali setahun).
a. Ditimpa bencana alam seperti puting
6.3 Bantuan
beliung, gempa bumi dan banjir besar RM50
Bencana
termasuk kebakaran.
a. Perkahwinan ahli.
RM50
(Perkahwinan kali pertama sahaja).
6.4 Bantuan /
b. Perkahwinan anak ahli (anak kandung,
Hadiah
anak tiri dan anak angkat).
Perkahwinan RM40
(Seorang anak sepanjang
perkhidmatan).
6.5 Hadiah Hari
a. Hari Lahir setiap ahli mulai 2017. RM30
Lahir
RM30 bagi
a. Cenderamata untuk ahli yang bertukar
kurang 3
mengikut tempoh lama bertugas di
6.6 Sumbangan tahun
sekolah ini dan jumlahnya akan
Pertukaran
diputuskan oleh Jawatankuasa.
ahli (Guru dan Lebih 3 tahun,
b. Jamuan perpisahan dibuat berdasarkan
Staf) RM10 kali
kesesuaian masa dan kewangan.
tempoh tahun
berkhidmat

11
JUMLAH
PERKARA KEJADIAN / PERISTIWA / KEADAAN
BANTUAN (RM)
a. Cenderamata persaraan ahli
berdasarkan tempoh berkhidmat di
sekolah ini seperti jadual berikut:
6.7 Sumbangan
1.1 Kurang 3 tahun RM50
Persaraan Ahli
1.2 3 tahun hingga 6 tahun RM70
(Guru dan
1.3 7 tahun hingga 9 tahun RM100
Staf)
1.4 Lebih dari 10 tahun RM200

b. Jamuan perpisahan dibuat berdasarkan


kesesuaian masa dan kewangan.
a. Ahli layak membuat pinjaman namun
sekirannya ahli tidak dapat menjelaskan
6.8 Pinjaman
pinjaman tersebut dalam tempoh tiga
Tanpa RM100
bulan, maka pihak kelab berhak
Faedah
mengenakan denda sebanyak 5%
sebagai sumbangan kepada kelab
6.9 Lis Derma
Kematian / a. Mengisi Lis Derma dan boleh ditambah
RM30
Masjid / Surau dengan kutipan yang diedarkan
dan Lain-Lain

7. SYARAT BANTUAN

(1) Ahli yang telah membuat bayaran kali pertama adalah layak
mendapat segala kemudahan yang terdapat dalam
perlembagaan.

(2) Bantuan kematian akan dibayar kepada ahli dan tanggungan ahli
seperti yang terdapat dalam perkara 6.1 (a, b, c, d).

(3) Lain-lain bantuan akan dibayar melalui laporan ahli atau dari
maklumat yang sah diterima.

12
8. PENTADBIRAN

(1) Kuasa tertinggi dalam persatuan ini terletak atas keputusan


Mesyuarat Agung. Pelantikan Ahli Jawatankuasa dilakukan dalam
Mesyuarat Agung. Ahli Jawatankuasa mengandungi :
a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Timbalan Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. Seorang Penolong Bendahari
g. 7 orang Ahli Jawatankuasa
h. 2 orang Juru Audit

(2) Guru Besar secara automatik adalah penasihay kepada Persatuan


ini.

9. KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat. Apabila


pengerusi tidak dapat hadir, maka tempatnya diganti oleh Timbalan
Pengerusi.

(2) Setiausaha hendaklah mengurus kerja berkaitan surat-menyurat,


menyimpan buku daftar ahli dan mencatat minit mesyuarat.

(3) Bendahari hendaklah menjaga Buku Kira-Kira Kewangan.

a. Apabila menerima yuran, ahli hendaklah menandatangani buku


bayaran yuran sebagi bukti pembayaran.

b. Bendahari boleh menyimpan wang tidak lebih dari RM100


(Ringgit : Seratus sahaja); dan wang yang lebih itu dimasukkan
ke dalam bank yang dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa.

c. Pengeluaran wang di dalam bank hendaklah ditandatangani


oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha atau 2/3
daripadanya.

d. Bendahari hendaklah membentangkan Penyata Kewangan


kepada ahli setiap tahun.

(4) Ahli-ahli Jawatankuasa biasa hendaklah hadir di dalam mesyuarat


dan membantu pegawai-pegawai yang tersebut di atas.

13
10. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setiap tahun dan tidak lewat
daripada bulan Mac

(2) Agenda mesyuarat ini ialah untuk:


a. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
b. Membentangkan Laporan Tahunan
c. Mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan
d. Pelantikan AJK Baharu (hendaklah dilakukan dalam tempoh 2
tahun)

(3) Cukup bilangan korum mesyuarat ialah tidak kurang dari 2/3 jumlah
ahli

11. MESYUARAT AGUNG KHAS

(1) Mesyuarat ini boleh diadakan bila-bila masa sekiranya difikirkan perlu
oleh Ahli Jawatankuasa atau atas permintaan bertulis dari tidak
kurang 1/3 daripada bilangan ahli untuk membincangkan sesuatu
perkara mustahak dan tidak dapat menunggu masa Mesyuara
Agung Tahunan diadakan.

(2) Notis panggilan mesyuarat hendaklah diedarkan oleh Setiausaha


kepada semua ahli dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh mesyuarat
yang sepatutnya diadakan.

(3) Hanya perkara yang ada dalam agenda mesyuarat sahaja yang
boleh dibincangkan. Bilangan ahli untuk mesyuarat (korum) adalah
sama dengan Mesyuarat Agung Tahunan iaitu 2/3 daripada jumlah
ahli

12. MESYUARAT JAWATANKUASA

(1) Mesyuarat ini boleh diadakan bila-bila masa jika perlu tetapi tidak
kurang daripada sekali dalam tempoh empat bulan. Bilangan ahli
untuk mesyuarat ini ialah tidak kurang daripada 1/2 jumlah Ahli
Jawatankuasa.

13. PEMECATAN JAWATANKUASA

(1) Pemecatan Ahli Jawatankuasa dan gantinya boleh dilakukan di


dalam Mesyuarat Agung Khas. Mesyuarat Jawatankuasa boleh
melantik pemangku jawatan yang berhenti atau meninggal atau
bertukar.

14
14. JURU AUDIT

(1) Dua(2) orang Juru Audit hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung
untuk memeriksa kira-kira kewangan Persatuan ini.
a. Pemeriksa Kira-Kira hendaklah memberi laporan atas kira-kira
yang diperiksa oleh Pengerusi.
b. Penyata Kewangan Tahunan hendaklah diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik dalam Mesyuarat Agung.

15. PERKARA AM

(1) Segala pindaan kepada undang-undang hendaklah diluluskan


dalam Mesyuarat Agung atau menghantar kertas cadangan
kepada Setiausaha selewat-lewatnya 7 hari sebelum Mesyuarat
Agung diadakan.

(2) Tiap-tiap ahli hendaklah diberi satu salinan Perlembagaan dan


Peraturan persatuan ini.

(3) Buku-buku berkenaan persatuan ini dan daftar ahli-ahli boleh


diperiksa oleh sebarang ahli dengan syarat memberitahu Setiausaha
5 hari terlebih dahulu.

(4) Ahli-ahli yang ada kemusykilan terhadap pegawai persatuan ini


boleh mengemukakan kemusykilan di dalam Mesyuarat

16. PEMBUBARAN

(1) Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan


sebilangan besar ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung yang
diadakan khas itu.

(2) Apabila keputusan telah didapati maka segala hutang-piutang


hendaklah diselesaikan dan wang serta harta persatuan hendaklah
dibahagi-bahagikan mengikut persetujuan mesyuarat.

(3) Tempoh berkhidmat Ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan


Staf adalah 2 tahun untuk satu-satu sesi dan diberikan tempoh
berehat setahun sebelum dilantik semula.

15

You might also like