You are on page 1of 8

PENDIDIKAN SENI VISUAL.

PERALIHAN
GARISAN

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada
murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan
teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas
seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di
persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah
garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula
dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
Latihan 1

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala


seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor
ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.


Jenis-jenis Garisan

1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.


2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Latihan 2

garisan menghasilkan rupa


garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan


garisan yang mencipta corak

garisan yang mencipta corak

Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal
akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang
rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan
yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang
dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan
garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap
manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah /
kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Arahan : ***
1. Perhatikan latihan 1 dan latihan 2 langkah demi langkah teknik dan proses
menghasilkan lukisan.
2. Murid dikehendaki melukis semula latihan 1 dan latihan 2 dalam buku latihan
dengan menggunaknan teknik yang telah dipelajari.

You might also like