You are on page 1of 4

Jenis-Jenis Garisan

1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbulu
10. Garisan putus-putus
11. Garisan berduri

Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
1. Garisan kontur dan 'Gesture'
Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karakter. Dua perkara utama dapat
dibentuk melalui garisan dalam sesebuah karya lukisan iaitu garisan kontur dan garisan
'Gesture'. Garisan Gesture adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga
dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membentuk objek.

Garisan Gesture karya Rambrandt


2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan
Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan bagi menggambarkan mood dan pergerakan
dalam karya-karya yang dihasilkan. Contohnya lukisan Horore Daummier bertajuk 'Frightened
Women' (1828-1979). Gaya pelukisnya jelas menunjukkan garisan yang menimbulkan mood dan
pergerakan.

Frightened Women
3. Garisan menimbulkan kesan penegasan
Kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan yang baik dalam karya yang dihasilkan. Garisan
yang digunakan mampu menimbulkan kesan yang pelbagai. Kepelbagaian garisan memberi kualiti
yang berbeza untuk menghasilkan kesan penegasan dalam sesuatu karya.

karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992)


4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap

Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan
nilai cerah dan gelap dalam sesebuah karya. Kualiti garisan halus dan tebal juga dapat menimbulkan
kesan nilai cerah dalam karya.

The Old Home


5. Garisan membentuk objek
Seorang pelukis dapat membentuk objek yang dilukis menggunakan garisan. Contohnya lukisan
kartun dan komik. Pelukis berjaya membentuk karakter dengan hanya menggunakan
garisan. Garisan mempunyai banyak fungsi dalam penghasilan sesuatu karya.

Kartun LAT
6. Garisan menimbulkan rupa.
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan
daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

You might also like