You are on page 1of 13

Pengenalan Konsep dan

Prinsip bidang Membentuk


dan Membuat Binaan
Oleh:
Connie Robert
Yek Rong Ing
Hafizi Riduan Ramli

Konsep Asas dan Pengertian 3 Dimensi


dalam Membentuk dan Membuat Binaan

Bentuk 3 Dimensi Merujuk kepada benda


yang wujud dalam ruangan yang sebenar atau
nyata.
Ia mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa
serta disentuh.
Ia juga merupakan objek yang bersifat konkrit,
berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri,
kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi,
objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan
ikon.

Contoh gambar 3 Dimensi

Contoh karya seni visual yang


mempunyai bentuk 3D ialah arca,
anyaman rotan dan ukiran kayu.
Bentuk 3D terbahagi kepada dua
jenis, iaitu bentuk yang dapat dilihat
dari pelbagai sudut (360) dan
bentuk timbul ( relief).

Contoh bentuk yang dapat dilihat


pada 360 ialah arca, bangunan
dan tembikar labu sayong.
Contoh bentuk timbul boleh
didapati daripada arca yang
dilekatkan pada dinding seperti
ukiran kayu dan arca simen.

Bentuk organik ( haiwan , buahbuahan dll) mempunyai sifat


yang bebas atau tidak
mempunyai sempadan dan tidak
simetri.
Bentuk geometri mempunyai
simetri untuk imbangan,
kestabilan dan kekukuhan .

Contoh gambar arca timbul

Definisi - Ruang ialah susunan


objek-objek yang
menimbulkan perbezaan
jarak dan keududukan pada
sesuatu gubahan.
Ruang juga merupakan
kawasan antara objek dengan
objek yang lain.

Ditunjukkan dengan objek di


hadapan lebih besar dan semakin
kecil apabila ia terletak semakin
jauh.
Ruang juga digambarkan melalui
penggunaan warna yang terang bagi
objek yang dekat dan kelihatan
semakin kabur pada objek yang
terletak semakin jauh.

Ruang nyata ialah ruang yang


terdapat pada bentuk- bentuk konkrit
seperti arca senibina dan segala
ciptaan berbentuk 3 dimensi.
Ruang tampak ialah ruang ilusi yang
wujud dalam seni tampak seperti
lukisan, catan, kolaj dan lain-lain.

You might also like