You are on page 1of 6

Kemudahan dan infrastruktur sekolah turut menjadi elemen penting dalam kemajuan pendidikan di sekolah.

Aspek kemudahan sekolah tidak boleh dipandang ringan jika prestasi sekolah hendak dipertingkatkan dan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang.Oleh itu, ketiadaan dan kekurangan kemudahan dan infrastruktur di sekolah membantu kemajuan pendidikan di kawasan pedalaman. Kita lihat dari sudut yang kecil dahulu iaitu bilik darjah di sekolah tersebut. Ini kerana bilik darjah merupakan tempat di mana murid menimba ilmu dan tempat yang banyak pelajar menghabiskan masa di sekolah. Biasanya sekolah dipendalaman mengalami kekurangan peralatan di bilik darjah seperti kerusi dan meja yang baik. Ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana pelajar berada dalam keadaan yang selesa walaupun mereka sudah terbiasa dan lali dengan keadaan ini. Selain itu, kemudahan lain seperti ict iaitu komputer, lcd dan projekter yang dapat membantu proses pengajaran guru juga tiada di kawasan pedalaman. Hal ini menyebabkan pelajar di pedalaman tidak mendapat ilmu yang disampaikan secara menyuluruh dan efektif. Secara tidak langsung pelajar di kawasan pedalaman ketinggalan dari arus pemodenan. Selain itu, Kekurangan bahan pembelajaran seperti buku-buku rujukan di perpustakaan turut membantut perkembangan minda pelajar dikawasan pendalaman. Memang perpustakaan tersedia di mana-mana sekolah kerana ia merupakan perkara utama yang perlu ada, namun kualiti perpustakaan di setiap sekolah berbeza antara satu sama lain. Perpustakaan di kawasan pedalaman jauh berbeza jika dibandingkan dengan perpustakaan di sekolah.Sejajar dengan ini, pelajar dikawasan pedalaman tidak disemai dan diterapkan dengan budaya membaca dimana seperti yang kita tahu membaca merupakan kunci kejayaan.Jika perkara ini berlaku, sememangnya kemajuan pendidikan di kawasan pedalaman terhalang. Kekurangan tenaga pengajar turut menyumbang masalah di sekolah kawasan pedalaman.Seperti yang kita tahu, tenaga pengajar ataupun guru memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan kerana guru merupakan agen penyebar maklumat serta agen tranformasi pendidikan. Jika sesebuah sekolah sudah mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi tetapi tidak mempunyai tenaga pengajar yang pakar ataupun sifu dalam bidang tertentu juga tidak mampu melakukan ajakan paradigma. Berdasarkan pemerhatian saya, fenomena yang

berlaku sekarang guru-guru baru akan di tempatkan di sekolah pedalaman manakala guru yang telah lama menakbur bakti serta berpengalaman akan ditukarkan ke sekolah elit dan sekolah berprestasi tinggi. Sejajar dengan itu, kemajuan pendidikan sekolah di kawasan pedalaman masih berada di takuk lama hingga kini.

Kejayaan Adik Looser Datu dan Francisca Unyang yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR telah melakar sejarah manis Sekolah Rendah (SK) Long Pelutan. Hal demikian telah membuka mata masyarakat bahawa pelajar-pelajar pribumi minority di Sarawak dapat bersaing dan bersama-sama dengan pelajar lain menuju ke menara gading. Sejajar dengan itu, saya sebagai guru telah mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan lagi kejayaan pelajar-pelajar pribumi minoriti di Sarawak setelah mengesan halangan yang diterima di kawasan pedalaman.

Langkah yang pertama ialah kita perlu mengubah stigma masyarakat terhadap kaum penan iaitu kaum pribumi minority di Sarawak di mana masyarakat menganggap kaum ini sentiasa ketinggalan dalam apa jua perubahan yang berlaku di Negara kita. Negara Malaysia merupakan Negara yang berbilang bangsa,kaum, ras dan agama atau dipanggil masyarakat majmuk.

Oleh itu, pemikiran negatif terhadap kaum lain tidak berlaku sama sekali. Secara tidak langsung, bertepatan dengan seruan Perdana Menteri kita Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu bertemakan 1 Malaysia yang mana semua keistimewaan di Negara dapat dikongsi bersama. Justeru itu, sebagai guru saya perlu memotivasikan pelajar di kawasan pedalaman supaya mereka tidak memandang remeh mengenai pendidikan dan menyedari kepentingan pendidikan bagi menjamin kehidupan mereka sekaligus keluar dari kepompong nenek moyang mereka. Jika hal ini berjaya dilaksanakan, stigma masyarakat tentang kaum pribumi minoriti yang dikatakan ketinggalan dapat diubah dan dihapuskan dalam jiwa masyarakat. Kaum pribumi minority ini bukan tidak mampu bersaing dan melakar sejarah dalam pendidikan namun mereka terikat dengan adat resam nenek moyang mereka yang merasakan mereka tidak perlu pelajaran untuk meneruskan hidup tetapi lebih kepada ilmu ikhtiar hidup iaitu berburu, bertukang makala perempuan menjaga anak mereka. Jika guru yang mengajar di kawasan pedalaman dapat membimbing dan mendidik dengan berkesan mugkin ramai lagi pelajar kaum pribumi mengikut langkah adik Looser Datu dan Francisca Unyang bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Selain itu, bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan dan infrastruktur di sekolah guru perlu kreatif dan mengambil inisiatif untu mereka cipta alat bantu mengajar sebagai melengkapi kekurangan disekolah tersebut. Guru juga perlu mengorbankan wang dan juga masa untuk menghasilkan alat bantu mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan mencapai standard pembelajaran. Contohnya guru menghasilkan permainan roda dengan menggunakan kertas manila,jika sekolah tersebut mempunyai kemudahan

ict guru tersebut hanya perlu membuat roda di dalam computer dan menayang didalam kelas. Ini menjimatkan masa dan wang. Seperti yang kita maklum, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan pada setiap sekolah tidak kira Bandar, luar Bandar ataupun pedalaman. Justeru itu, sebagai guru kita perlu mengambil berat dan mengambil tindakan supaya peruntukan yang diberi disalurkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Peruntukan berkenaan dapat digunakan untuk membeli barang keperluan seperti barangan sukan dan barangan akademik. Selain daripada guru, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dengan baik iaitu menempatkan guru pakar ke kawasan pedalaman.Seperti dinyatakan dalam halangan diatas, Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan guru-guru baru di kawasan pedalaman dan menukarkan guru berpengalaman ke bandar. Senario ini merugikan dalam aspek pembangunan pendidikan itu sendiri. Penempatan guru pakar dapat mempertingkatkan prestasi murid sekolah berkenaan kerana guru pakar sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dan guru ini mampu membuat perubahan di sekolah dan mencurah segala ilmu di dada. Pihak kerajaan juga perlu menitik berat sekolah di kawasan pedalaman dengan mengadakan program pembinaan ilmu seperti mengadakan kempen, menganjurkan program motivasi yang mana dapat memperkenalkan kaum pribumi minoriti di negeri Sarawak kepada dunia sebenar dan membuka minda mereka bahawa mereka juga dapat menyumbang kepada Negara.

Kesimpulan Pendidikan merupakan suatu perkara yang begitu penting tidak kira kita berada di mana dan siapa kita.pendidikan mampu mengubah kehidupan seseorang daripada kosong menjadi seorang yang mempunyai kualiti hidup yang hebat. Masyarakat sekarang berlumba-lumba mencari seberapa banyak ilmu sebagai persediaan untuk mengharungi ranjau kehidupan yang seba mencabar ini.Tidak ketinggalan juga masyarakat pribumi minority di kawasan pedalaman yang sering kita perlekehkan. Masyarakat pribumi minoriti di kawasan pendalaman bukannya tidak berpotensi untuk dimajukan namun mereka tidak diberi perhatian dan tidak diberi peluang untuk menyinar. Terdapat beberapa halangan yang membantut mereka mendapat kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Antara halangan yang dikenalpasti ialah stigma masyarakat terhadap kaum tersebut dan kurangnya infrastuktur di sekolah pedalaman. Oleh itu, langkah-langkah yang terbaik perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.Pihak-pihak seperti guru,sekolah mahupun KPM dan kerajaan perlu merangka strategi yang mantap dan berkesan bagi meningkatkan kemajuan pendidikan di kawasan pedalaman. Mereka mampu mengulangi kejayaan rakan mereka jika diberi peluang yang betul. Perasaan cinta akan pelajaran perlu disemai di sekolah rendah lagi, bak kata pepatah melentur buluh biar lah dari rebungnya. Tuntasnya, semua pihak perlu berganding bahu dalam meningkatkan kemajuan pendidikan di Negara kita bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Alhamdulilah kehadrat ilahi kerana berjaya menyiapkan tugasan

You might also like