You are on page 1of 10

PERATURAN

PERTANDINGAN
BOLA SEPAK
MSSD-LEDANG
2014

PERATURAN KEJOHANAN
BOLASEPAK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH - LEDANG
1.

NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Bolasepak MSSD-LEDANG dibahagikan kepada Peringkat Umur
15 Tahun dan
18 Tahun.

2.

PENGANJURAN
Semua pengelolaan pertandingan akan dikelolakan oleh Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Ledang yang mana menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan
kepada SMK Seri Tangkak (Bawah 15 Tahun) dan SMK Tun Mamat (Bawah 18 Tahun) .

3.

UNDANG-UNDANG
3.1
Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan
mengikut Undang-Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh MSSM-Malaysia,Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan
Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)
3.2
Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut:
3.2.1 Keputusan berasaskan lepada Peraturan Am Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia-Johor.
3.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang
bolasepak MSSM- Malaysia ( MSSM-M ), Persatuan Bola sepak
Malaysia(FAM) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA )
3.3
Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan adalah muktamad

4.

PENYERTAAN
4.1
Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Daerah Ledang.
4.2
Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu
pasukan sahaja bagi setiap kategori
4.3
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pengesahan
penyertaan dan akan menetapkan tarikh tutup tertakluk kepada keputusan
atau arahan tertentu yang dibuat dari masa ke semasa

5.

KELAYAKAN PEMAIN
5.1
Pemain mestilah terdiri dari pelajar sekolah dan warganegara Malaysia.
Pemain mestilah terdiri daripada pelajar sekolah yang berdaftar dengan
sekolah yang mengambil bahagian.
5.2
Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa
Pertandingan seperti berikut :
5.2.1 Pemain Bawah 15 dan 18 Tahun perlu mengemukakan Kad Pengenalan
Asal dan Borang M01 yang lengkap.
5.3
Kelayakan pemain mengikut kategori seperti ketetapan berikut :
5.3.1 Pemain Bawah 15 Tahun yang lahir pada 1 Januari 1999 dan
selepasnya
5.3.2 Pemain Bawah 18 Tahun yang lahir pada 1 Januari 1996 dan
selepasnya

5.4

Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan


diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah
muktamad

6.

PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI


6.1
Pendaftaran Pemain
Setiap pemain hendaklah mendaftar dengan menggunakan Borang M01 M02
dan Borang M03 bagi pelajar 15 dan 18 tahun
6.2
Pendaftaran Pegawai
6.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai
perkhidmatan
pelajaran(DG) yang sedang berkhidmat disekolahsekolah.
6.2.2 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan pegawai
perkhidmatan
pelajaran khasnya jurulatih,mereka boleh mengikuti
pasukan itu tetapi tidak boleh
didaftarkan dalam boring pendaftaran
pasukan.Pegawai itu setaraf dengan
penonton.Segala
tunjuk
ajar
hendaklah dibuat diluar permainan.
6.3
Pendaftaran Pasukan
6.3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 18 orang pemain dan 4
orang pegawai
dengan menggunakan Borang M01. M02 dan M03
6.3.2 Borang perlawanan (Start List) mestilah diserahkan kepada
Urusetia iaitu 20 minit sebelum perlawanan bermula.
6.4
Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh sama ada,
6.4.1 Pengetua, Penolong Kanan, GPK HEM @ GPK KOKO
6.5
Borang pendaftaran hendaklah diiisi dalam 2 salinan bagi setiap penyertaan
dan hendaklah
diserahkan kepada urusetia semasa hari pendaftaran.
7.

SISTEM PERTANDINGAN
7.1
Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSSD-LEDANG
Peraturan 11
- Pertandingan MSSJ format seeding diambil kira.
7.2

Jika 13 pasukan mengambil bahagian :


7.2.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga
Kumpulan A - 4 pasukan (termasuk johan tahun lalu)
Kumpulan B - 3 pasukan (termasuk naib johan tahun lalu)
Kumpulan C - 3 pasukan(termasuk tempat ke-3 tahun lalu)
Kumpulan D - 3 pasukan(termasuk tempat ke-4 tahun lalu)
7.2.2 Perlawanan pusingan ke-2 atau separuh akhir ditentukan melalui
undian.
7.2.3 Perlawanan akhir Johan X lwn Johan Y (Tempat : 1 - 2 )
Kalah X lwn Kalah Y ( Tempat 3 4 )

7.3

Jika 12 pasukan mengambil bahagian :


7.3.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga
Kumpulan A - 3 pasukan (termasuk johan tahun lalu)
Kumpulan B - 3 pasukan (termasuk naib johan tahun lalu)
Kumpulan C - 3 pasukan(termasuk tempat ke-3 tahun lalu)
Kumpulan D - 3 pasukan(termasuk tempat ke-4 tahun lalu)
7.3.2

Perlawanan pusingan ke-2 atau separuh akhir -semua pasukan Johan


kumpulan layak meneruskan cabaran dengan : sama ada

a) Johan A lwn Johan D di separuh akhir X dan Johan B lwn Johan C di


separuh akhir Y , atau;
b) ditentukan melalui undian.
7.3.3

Perlawanan akhir Johan X lwn Johan Y (Tempat : 1 -2 )


Kalah X lwn Kalah Y ( Tempat 3 4 )

7.3.4

Perlawanan separuh akhir & akhir adalah seperti ketetapan berikut :No Perlawanan
13
14
15

7.4.

Peringkat
Separuh Akhir X
Separuh Akhir Y
Ke 3 / 4

16
Akhir
Jika
11
atau
10
pasukan mengambil bahagian :
7.4.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga.

Pasukan
Johan A lwn Johan D
Johan B lwn Johan C
Kalah 13
lwn Kalah
14
Menang 13
lwn
Menang 14

Jika 11 pasukan:
Kumpulan A 4 pasukan(termasuk johan tahun lepas)
Kumpulan B 4 pasukan(termasuk naib johan tahun lepas)
Kumpulan C 3 pasukan(termasuk tempat ke-3 tahun lepas)
Jika 10 pasukan:
Kumpulan A 4 pasukan(termasuk johan tahun lepas)
Kumpulan B 3 pasukan(termasuk naib johan tahun lepas)
Kumpulan C 3 pasukan(termasuk tempat ke-3 tahun lepas)
Jika 9 pasukan:
Kumpulan A 3 pasukan(termasuk johan tahun lepas)
Kumpulan B 3 pasukan(termasuk naib johan tahun lepas)
Kumpulan C 3 pasukan(termasuk tempat ke-3 tahun lepas)

7.5

7.4.2

Pusingan ke-2 separuh akhir kalah mati


Kumpulan X Johan Kumpulan A X Johan Kumpulan C
Kumpulan Y - Johan Kumpulan B X N.Johan Kumpulan A

7.4.3

Perlawanan Akhir dijalankan secara kalah mati


Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y(penentuan 1/2)
Naib Johan Kumpulan X lawan Naib Johan Kumpulan Y(3/4)

Jika 6 pasukan mengambil bahagian


7.5.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga yang dibahagikan kepada 2
kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B
Kumpulan A
Jika 6 pasukan
3
Jika 7 pasukan
3

Kumpulan B

3
4

Jika 8 pasukan

7.5.2

4
Termasuk Johan dan
Ke-4 tahun lalu

4
Termasuk Naib Johan
danke-3 tahun lalu

Pusingan kedua separuh akhir kalah mati


Johan Kumpulan A lawan Naib Johan Kumpulan B (Kum. X)
Johan Kumpulan B lawan Naib Johan Kumpulan A (Kum. Y)

7.5.3

7.6
7.7

7.8

8.

Pusingan Akhir dijalankan secara kalah mati.

Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y (Tempat 1/2)


Naib Johan Kum. X lawan Naib Johan Kum. Y(Tempat 3/4)
Jika 5 pasukan dan kurang
Pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan.
Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut :
7.7.1 Pemberian mata Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata
7.7.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan
tempoh menunggu 15 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan
yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi
3 mata dan jaringan 2 - 0 .
7.7.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata
yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut :
a.
Perbezaan jaringan, atau
b.
Jumlah jaringan yang paling banyak, atau
c.
Pemenang Perlawanan terdahulu, atau
d.
Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan dengan 3 kali
lambungan duit
syiling.
7.7.4 Di pusingan liga dalam kumpulan 3 pasukan, andai ada pasukan seri
pada perlawanan pertama, bagi menentukan pasukan mana bermain dahulu
pada perlawanan berikutnya adalah ditentukan melalui pasukan yang kalah
lambungan
syiling sebanyak 3 kali, akan bermain dahulu. Sekiranya
pasukan itu seri dengan
ada jaringan (gol) maka pasukan yang
menjaringkan gol terdahulu dianggap
menang. Maka pasukan yang kena
gol akan bermain dahulu.
Sekiranya dalam perlawanan secara kalah mati, terdapat keputusan seri
setelah tempoh masa bermain sebenar tamat, maka masa tambahan
hendaklah diberikan. Jika keputusan seri lagi, maka akan ditentukan menerusi
tendang dari tanda penalti atau mengikut budi bicara Pengurus Pertandingan

JANGKAMASA PERLAWANAN
8.1
Masa Permainan mengikut kategori seperti ketetapan berikut :
Pusingan Pertama
8.1.1 Pemain Bawah 15 Tahun : Masa permainan ialah 30 minit bagi setiap
separuh masa,
dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit
Separuh Akhir dan Akhir
8.1.2 Pemain Bawah 15 Tahun : Masa permainan ialah 35 minit bagi setiap
separuh masa,
dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit
Pusingan Pertama, Separuh Akhir dan Akhir
8.1.3 Pemain Bawah 18 Tahun : Masa permainan ialah 40 minit bagi setiap
separuh masa,
dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit

8.2

Tambahan masa permainan mengikut kategori seperti ketetapan berikut


8.2.1 Pemain Bawah 15 Tahun : Masa Tambahan ialah 10 minit bagi setiap
separuh masa,
dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit
8.2.2 Pemain Bawah 18 Tahun dan Juara Sekolah : Masa Tambahan ialah 10
minit bagi
setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit

9.

PENGGANTIAN PEMAIN
Penggantian pemain tidak melebihi 7 orang pemain yang didaftarkan dalam satu
pertandingan termasuk dalam masa tambahan

10.

MINIMA PEMAIN
Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 9 orang sebelum memulakan
satu perlawanan

11.

PAKAIAN PEMAIN
11.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis (Shin pad)
mengikut spefikasi yang dibenarkan
11.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti
dalam pendaftaran. Sebarang pengiklinan jenama rokok, minuman keras tidak
boleh dipamerkan
11.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna
jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan
warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi tersebut.
(pasukan yang disebut kemudian)
11.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain
tersebut keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil
alih tugas tersebut
11.5 Pemakaian thermal atau tight bagi menutup aurat pastikan ianya sama
warna dengan jersi dan seluar pasukan ataupun berwarna hitam.

12.

JADUAL PERLAWANAN
12.1 Jawatankuasa Teknikal Bolasepak MSSD-LEDANG @ PENGELOLA akan
menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan
mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola
12.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat halhal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan
diputuskan oleh Pengurus Pertandingan Jawatankuasa Pengelola.

13.

PEGAWAI PERLAWANAN
Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi
penguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai
perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia
setelah tamat kejohanan

14.

TINDAKAN TATATERTIB
14.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara perkara
yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas
dan pasukan yang terlibat. Pengadil dan pasukan berkenaan tidak akan
mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian sedang dibincangkan
14.2 Hukuman secara otomatis, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan
bersidang untuk kesalahan seperti ketetpan bereikut :

14.2.1 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa


pertandinan hendaklah dengan sendirinya digantung daripada bermain
bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang ianya terima amaran
kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas
penggantungan, akan selagi lagi digantung daripada bermain
untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran
kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam beliau
hendaklah tampil ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan
yang sewajarnya
14.2.2 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima
dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan
digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan berikutnya
14.2.3 Seorang
pemain
yang
diperintah
keluar
padang
kerana
mengeluarkan kata-kata kesat atau menunjukkan isyarat lucah
walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis
sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (2) dua
perlawanan berikutnya
14.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan
biadap atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain
tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan
digantung daripada bermain ( 3 ) tiga perlawanan berikutnya
14.3 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari
terus mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa
MSSD-LEDANG untuk tindakan seterusnya
14.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak
tertakluk kepada
sebarang rayuan
15.

BANTAHAN
15.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara
bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam
tempoh masa ( 1 ) satu jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta
bayaran RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak
akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya
15.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta
yang dibuat
oleh pengadil di padang permainan
16.

ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


16.1 Pengurus
pasukan
hendaklah
bertanggungjawab
sepenuhnya
bagi
memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi
kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada semangat
sukan yang tulen.
16.2
Pegawai pasukan yang dibenarkan sahaja mengikut borang pegawai yang
disahkan boleh duduk dibangku pemain simpanan. Pastikan tatacara
berpakaian dipatuhi. Pegawai pastikan berkasut, tidak mengenakan seluar
jeans dan tidak boleh memakai track bottom 3 quarter. Kawasan padang
adalah kawasan dilarang merokok.
16.3 Tertakluk kepada pengesahan MSSD-LEDANG, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan
atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi
hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain
dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai
16.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja
atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Penipuan

dari segi menguisi boring pendaftaran mahupun MO1, MO2 dan M03 boleh
menyebabkan penyingkiran awal sesebuah pasukan daripada menyertai
pertandingan ini. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar
padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak
sepatutnya diamalkan
17.

JADUAL COUNT DOWN TO KICK OFF


Setiap pasukan mestilah mematuhi sepenuhnya jadual tersebut seperti di lampiran
dan seterusnya penilaian mata Fair Play pasukan

18.

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN


Peraturan AM MSSJ dirujuk. Selain itu pihak pengelola kejohanan berhak meminda
mana-mana peraturan dan tindakan

PERATURAN TAMBAHAN
DARI PENGELOLA KEJOHANAN BOLASEPAK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH - LEDANG

1.

TARIKH
Bawah 15 Tahun
15/4/2014 (Selasa), 16/4/2014 (Rabu) dan 17/4/2014 ( Khamis)
Bawah 18 Tahun
20/4/2014 (Ahad), 21/4/2014 (Isnin) dan 22/4/2014 (Selasa)

2.

TEMPAT
PADANG
PADANG
PADANG

3.

A :
B :
C :

SMK SERI TANGKAK


KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
SMK TUN MAMAT

PENGELOLA
SMK SERI TANGKAK (BAWAH 15 THN)
DAN

SMK TUN MAMAT (BAWAH 18 THN)


4.

TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PENGADIL


Bawah 15 Tahun
Jam 7.30 8.00 pagi Pada Hari Kejohanan. Di Astaka SMK Seri Tangkak
dan
Bawah 18 Tahun
Jam 7.30 8.00 pagi Pada Hari Kejohanan. Di Dewan SMK Tun Mamat

5.

PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUP


Tiada

6.

YURAN PENYERTAAN DAN PENGADIL :


Pihak Jawatankuasa Pengelolaan Pengurus-pengurus pasukan dalam mesyuarat
pengurus pasukan memutuskan setiap pasukan/penyertaan dikehendaki membayar
RM 90.00 sebagai yuran pertandingan.
Bayaran dalam bentuk cek atas nama PENGETUA, SMK SERI TANGKAK (Bawah
15 tahun) dan PENGETUA, SMK TUN MAMAT (Bawah 18 tahun) atau tunai
pada hari pendaftaran.

7.

PERALATAN PERTANDINGAN
Setiap sekolah dimestikan membawa/menyediakan SATU biji bola pertandingan.

8.

DOKUMEN PENGESAHAN PEMAIN


Kad Pengenalan asal dan salinan yang telah disahkan oleh pengetua perlu dibawa
untuk semakan
semasa pendaftaran dan juga semasa pertandingan termasuk borang
M01, M02 dan M03
9.

MAKANAN DAN MINUMAN PEMAIN


Pihak pengelola tidak menyediakan makanan dan minuman pemain semasa
pertandingan.
Pengurus Pasukan boleh membuat tempahan dengan pihak kantin
sekolah jika memerlukannya.
10.

KESELAMATAN
Pihak Pengelola sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan.
Bagaimanapun adalah
menjadi tanggungjawab pengurus masing-masing, jika
berlaku
sebarang kerosakan atau kehilangan sepanjang tempoh kejohanan
dijalankan.
11.

PEMBENTUKAN PASUKAN KE PERINGKAT NEGERI


Semua pengurus pasukan diharap dapat mencadangkan nama pemain (5) peserta
untuk latihan pusat. Pemain-pemain akan dipilih oleh ahli panel pemilihan pemain
pasukan daerah yang
diketuai oleh En. NorAzman Bin Salleh PTPS MSSD
Ledang

11.1.1 Ahli Panel Pemilihan Pemain : (5 pegawai) akan ditentukan oleh En.Nor
Azman Bin Salleh
(PTPS Bola sepak MSSD Ledang ) semasa kejohanan
dijalankan.
11.1.2 Pegawai Pasukan Bola Sepak B15/B18 Daerah Ledang.
1. Pengurus Pasukan

Pengurus dari Tuan Rumah / Pengelola

2.
3.
4.
5.
12.

Penolong Pengurus Pasukan


Jurulatih
:
Penolong Jurulatih
:
Fisioterapi
:

LATIHAN PUSAT
Tempat latihan pusat
Tarikh
Masa
Nota :

:
:

:
-sda-sda-

:
akan dipilih oleh En.Nor Azman Bin Salleh
(PTPS Bola sepak MSSD Ledang

Akan ditentukan oleh Ketua Jurulatih

Pengurus Pasukan, Penolong Pengurus Pasukan, Jurulatih, Penolong


Jurulatih dan Fisioterapi mesti berada bersama-sama pemain semasa
latihan pusat dijalankan.

13.

HADIAH DAN SIJIL


Hadiah akan diberikan kepada tempat Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.
Hadiah disediakan oleh Unit Sukan MSSD Ledang. Unit Sukan MSSD Ledang akan
menyediakan sijil
penyertaan bagi setiap peserta.

14.

PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Pihak penganjur berhak untuk membuat meminda dan keputusan bagi melancarkan
perjalanan
kejohanan ini. Keputusan adalah muktamad
15.

HAL-HAL LAIN
Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, pengurus pasukan bola sepak
lelaki Bawah 15 tahun boleh berhubung dengan GPK KoKurikulum atau Setiasuaha
Sukan SMK Seri Tangkak
(En. Philip a/l Rayappan) di talian 06-9788620 (sek)
atau 012-7843268 (h/p). Bagi pengurus pasukan bola sepak lelaki Bawah 18 tahun
boleh berhubung dengan GPK KoKurikulum atau Setiasuaha Sukan SMK Tun Mamat
(En. Hailes bin Amat@Asral) di talian 013-6188875.

You might also like