You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MINGGU BAHASA INGGERIS

SK SUNGAI PULAU

LATAR BELAKANG

Minggu Bahasa Inggeris ini dilaksanakan bagi memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam memperkasa Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar serta memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam era globalisasi.

Melalui pertandingan yang dianjurkan diharap dapat memberikan peluang kepada para
pelajar mengetengahkan bakat serta minat yang dipupuk selama ini. Selain itu, penyertaan
pelajar dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan juga diharap dapat membentuk
keyakinan diri mereka.

MATLAMAT

Merealisasikan program Minggu Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah Tahun 2020 serta
pemilihan wakil sekolah ke Karnival Bahasa Inggeris Peringkat daerah Bagan Datuk.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dalam


meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris.
2. Menyediakan platform untuk pelajar menonjolkan bakat dan kebolehan dalam Bahasa
Inggeris.
3. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketerampilan dalam
mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam kehidupan.

RASIONAL

Penganjuran karnival ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ia juga
merupakan salah satu usaha untuk menggilap kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar yang secara tidak langsung membantu Kementerian Pendidikan Malaysia
melaksanakan misi MBMMBI. Selain itu, ia turut memupuk kerjasama dan semangat juang
yang tinggi dalam kalangan pelajar.
JAWATANKUASA INDUK MINGGU BAHASA INGGERIS

Penaung : Pn. Kasmiyati binti Katiman

Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk

Pengerusi : Pn. Nor Aini binti Muhamad

Guru Besar SK Sungai Pulau

Naib Pengerusi : Pn. Fauziah binti Anwar

Penolong Kanan Korurikulum SK Sungai Pulau

En. Abd. Hayum bin Pinni

Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Pulau

Pn. Zaiton binti Hashim

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Pulau

Setiausaha : En. Mohamad Azizi bin Yusof

Ketua Panitia Bahasa Inggeris

AJK : En. Mohd Zaim bin Jaafar

Tn. Hj. Zainuluddin Helmi bin Baharuddin


MAKLUMAT PERTANDINGAN

Tarikh : 26 – 30 Oktober 2020

Masa : 7.45 pagi – 01.35 petang

Tempat : SK Sungai Pulau

Pertandingan :

a) Storytelling : Tahap 2
(En. Mohamad Azizi / En. Mohd Zaim)
b) Poetry Recitation : Tahap 2
(En. Mohamad Azizi / En. Mohd Zaim)
c) Word Search : Tahun 2 dan Tahun 3
(Tn. Hj. Zinuluddin Helmi)
d) Magic Colouring : Tahun 1
(En. Mohamad Azizi)

PENDAPATAN

Sumber Jumlah

Peruntukan Panitia Bahasa Inggeris RM 81.00

PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Perbelanjaan Jumlah (RM)


.

Johan RM 3.50 x 3 kelas = RM 10.50


Storytelling
1. N. Johan RM 3.00 x 3 kelas = RM 9.00 RM 27.00
(Tahun 4, 5, 6)
Ketiga RM 2.50 x 3 kelas = RM 7.50
Johan RM 3.50 x 3 kelas = RM 10.50
Poetry Recitation
3. N. Johan RM 3.00 x 3 kelas = RM 9.00 RM 27.00
(Tahun 4, 5, 6)
Ketiga RM 2.50 x 3 kelas = RM 7.50
Johan RM 3.50 x 2 kelas = RM 7.00
Word Search
4. N. Johan RM 3.00 x 2 kelas = RM 6.00 RM 18.00
(Tahun 2, 3)
Ketiga RM 2.50 x 2 kelas = RM 5.00
Johan RM 3.50 x 1 kelas = RM 3.50
Magic Colouring
5. N. Johan RM 3.00 x 1 kelas = RM 3.00 RM 9.00
(Tahun 1)
Ketiga RM 2.50 x 1 kelas = RM 2.50
Jumlah keseluruhan RM 81.00

PENUTUP

Diharap pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah ini akan mencapai
matlamatnya. Sesungguhnya kejayaan program ini akan menggambarkan komitmen semua
pihak dan menjadi platform terbaik dalam melahirkan murid-murid yang berkeyakinan tinggi
dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik khususnya dalam Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________________ _____________________________
(MOHAMAD AZIZI BIN YUSOF) (NOR AINI BINTI MUHAMAD )
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
SK Sungai Pulau SK Sungai Pulau

You might also like