You are on page 1of 4

UNIT PRASEKOLAH,

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KUALA ABANG,


23050 DUNGUN, TERENGGANU.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN MINI HARI RAYA
AIDILADHA
PERINGKAT PRASEKOLAH 2020

PRASEKOLAH SKKB

PRASEKOLAH UNGGUL INSAN TERDIDIK

DISEDIAKAN OLEH

UNIT PRASEKOLAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KUALA ABANG.
KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN MINI HARI RAYA AIDILADHA
PERINGKAT PRASEKOLAH 2020

A. TAJUK.

Kertas kerja ini merupakan cadangan awal memastikan setiap murid dapat
menjiwai sambutan mini Hari Raya Aidiladha walaupun berada di dalam tahun
pendemik kerana virus korona yang menyerang sejak awal tahun 2020.

B. PENDAHULUAN
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di
seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam islam selain perayaan Hari Raya Aidil
Fitri. Hari Raya Aidiladha ini adalah satu perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari
untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.
Sempena meraikan hari kebesaran ini, unit prasekolah SK Kg. Baru Kuala Abang
telah melaksanakan Sambutan Mini Hari Raya Aidiladha selama satu hari dengan
mengambil kira SOP yang telah diberikan di peringkat sekolah.

C. OBJEKTIF
Pada akhir program ini, semua murid sekurang-kurangnya dapat

1. menceritakan secara ringkas berkaitan kisah Aidil Adha,


2. memupuk sikap bersyukur dalam diri murid,
1. menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah s.wt

D. KPI
Penghayatan Murid dalam sambutan Hari Raya Aidiladha.

E. SASARAN
Semua murid prasekolah

F. KAEDAH/ METODOLOGI

1. Cerita dan Kuiz


2. Tayangan
3. Pertandingan
G. TENTATIF AKTIVITI

8.00 pagi - 8.15 pagi Sarapan Pagi

8.15 pagi - 9.15 pagi Tayangan Video dan Cerita Pendek bersama
Ustazah Agama
9.15 pagi - 10.15 pagi Pertandingan Mewarna

10.15 pagi - 10.45 pagi REHAT

10.45 pagi - 11.15 pagi Pertandingan Kuiz Aidiladha

11.15 pagi - 11.50 pagi Penyampaian Hadiah

11.50 pagi - 12.00 tengah hari Refleksi

H. SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

HADIAH
BIL TEMPAT 1 TEMPAT 2 TEMPAT 3 SAGUHATI JUMLAH
AKTIVITI
HARGA KUANTITI HARGA KUANTITI HARGA KUANTITI HARGA KUANTITI

1 Pertandingan RM3 10 RM30


Kuiz
2 Pertandingan RM 20 2 RM15 2 RM10 2 RM4 34 RM226
Mewarna
JUMLAH RM256

I. PENUTUP

Harapan daripada pihak pengurusan prasekolah, murid-murid dapat mendalami


dan menghayati peristiwa aidiladha dengan bimbingan . Program ini juga diharapkan
dapat memupuk sikap bersyukur,menghargai, bersopan santun dan hormat-
menghormati dalam diri mereka selain dapat membina semangat dan keyakinan diri
murid untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.
J. KELULUSAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh:

….……………………………………..
( NOOR AZNEE BT MOHD ZAINUN)
Setiausaha Prasekolah,
SK Kampung Baru Kuala Abang. Tarikh: …………………….

Disemak oleh:

….……………………………………
( WAN NURUL FATEHAH BT WAN MOHD NASIR)
Penyelaras Prasekolah,
SK Kampung Baru Kuala Abang. Tarikh: …………………….

ULASAN PELULUS : ( Tandakan / pada petak berkaitan )

Diluluskan

Tidak diluluskan

Buat penambahbaikan ……………………

………………………………..
ARZORAINI BINTI ZAHARI
Guru Besar
SK Kampung Baru Kuala Abang Tarikh : …………………..

You might also like