You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Tawar


09310 KUALA KETIL, Tel: 04 4765021
KEDAH DARUL AMAN. Fax: 04 4765021
Emel: KBA0025@edu.gov.my

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Rujukan Kami :


Pejabat Pendidikan Daerah Baling, Tarikh : 11 Oktober 2021
09100 Baling, Kedah.
(UP: Unit Infrastruktur dan Perolehan)

Tuan,
PEMOHONAN PERUNTUKAN MENGECAT BANGUNAN PRASEKOLAH, MENGECAT ALAT PERMAINAN LUAR DAN
BAIK PULIH RUNTUHAN LONGKANG DI PRASEKOLAH.

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak prasekolah ingin memohon peruntukan mengecat semula bangunan
kelas dan alat permainan luar Prasekolah SK Tawar memandangkan keadaan cat sekarang sudah luntur,
terkopak dan berkarat.

3. Selain itu, terdapat juga runtuhan di kawasan longkang prasekolah, berdekatan tempat murid membasuh
tangan dan amali wuduk yang menyebabkan koridor kawasan itu merekah dan senget.

4. Sehubungan itu, disertakan kertas kerja berkaitan pemohonan kami dan juga gambar-gambar berkaitan
untuk rujukan pihak tuan.

5. Keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZURIDAH BINTI WAHAB)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tawar

“Sinergi Keunggulan Tuntas”

You might also like