You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT GURU SK KAMPONG BAHARU, SABAK BERNAM


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 27 Disember 2017 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi– 3.30 petang
Tempat : D’ Cafe , Sabak Bernam

HADIR :

1. Pn Siti Zuraiha Binti Dahalan Guru Penolong Kanan Kurikulum


2. Pn Rohaini Binti Mustari Guru Penolong Kanan HEM
3. Pn Rohayu Binti Bakri Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4. En Hashim Bin Hassan Guru
5. Pn Aisah Binti Ngadnan Guru
6. En Mohd Razif Bin Abdullah Guru
7. En Md Sabri Bin Sanikin Guru
8. En Mohammed Talib Bin Salauddeen Guru
9. Cik Norafizan binti Mohd Yusoff Guru
10. Pn Fatin Nabila Binti Aliza Guru
11. Pn Norbanun Binti Mohd Ali Guru
12. Pn Fatimatuzzahrah binti Fadzin Guru
13. Pn Noralina binti Urdi Guru
14. Cik Nur Hasyimah Binti Abdul Aziz Guru
15. Pn Siti Munirah binti Roslan Guru

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. En Mohammad Azlan bin Adnan Guru Cuti Sakit

URUS SETIA:
1. En. Md Sabri bin Sanikin Setiausaha Mesyuarat guru

AGENDA MESYUARAT

1. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT – Pn Siti Zuraiha binti Dahalan

1.1 Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah
dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir.
1.2 Beliau mempelawa Ustaz Mohd Razif memulakan mesyuarat dengan bacaan doa.
1.3 Beliau memaklumkan Visi dan Misi sekolah kepada semua guru. Semua warga
sekolah perlu mengetahui visi dan misi sekolah.
1.4 Beliau memaklumkan tiada pengisian lagi jawatan guru besar setakat ini.
1.5 Beliau berharap guru-guru sekolah ini sentiasa bekerjasama dalam semua aspek
untuk kemajuan sekolah dan murid-murid.
Tindakan : Makluman

1
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT
2.1 Minit Mesyuarat dan maklum balas minit Mesyuarat Guru Bilangan 4tahun 2016
bertarikh 23 November 2016.
2.1.1 Dibentang : Encik Md Sabri bin Sanikin
2.1.2 Cadangan : Puan Fatimatuzzahrah binti Fadzin
2.1.3 Disokong : Encik Mohd Razif bin Abdullah
Tindakan : Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada perkara berbangkit.

4. ISU/LAPORAN/PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Dapatan Ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor – Pn Siti Zuraiha binti
Dahalan.
4.1.1 Beliau memaklumkan bahawa hari persekolahan bermula pada 3 Januari
2017.
4.1.2 Beliau memaklumkan sekolah perlu membuat takwim persekolahan.
4.1.3 Beliau memaklumkan semua guru besar perlu menyampaikan maklumat
kepada guru-guru pada mesyuarat kali pertama 2017.
4.1.4 Beliau memaklumkan semua guru besar perlu menjaga kebajikan guru.
4.1.5 Beliau memaklumkan PPPM telah memasuki gelombang kedua iaitu 2016
– 2020.
4.1.6 Beliau memaklumkan pengurusan kewangan mestilah mencapai audit
yang baik dan cemerlang. Elakkan mendapat sijil audit berteguran.
4.1.7 Beliau memaklumkan bidang utama tugas guru ialah mengajar.
4.1.8 Beliau memaklumkan KPI 2017 sekolah perlu tentukan mengikut peratus
menguasai A,B,C, D dan peratus belum menguasai E.
4.1.9 Beliau memaklumkan isu buli dikalangan pelajar perlu diberi perhatian.
4.1.10 Beliau mengharapkan semua sekolah dapat menguruskan sekolah dengan
baik.
Tindakan : Makluman

4.2 Dapatan Mesyuarat Pengurusan PPD – Pn Siti Zuraiha binti Dahalan


4.2.1 Ucapan Pegawai PPD Sabak Bernam ( Tuan Haji Mokhtar bin Manijo).
4.2.1.1 Beliau memaklumkan tanggungjawab guru besar.
4.2.1.2 Beliau memaklumkan tag line PPD Sabak Bernam iaitu Cepat , Tepat ,
Intergriti dan Berkesan.
4.2.1.3 Beliau memaklumkan slogan Jabatan Pendidikan Selangor ialah
TERBILANG.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Sektor Jaminan Kualiti


4.2.2.1 Perancangan Strategik
4.2.2.1.1 Perancangan strategik 2014 -2016 perlu hantar rumusan
jadual 5 ke PPD sebelum berakhir 31 Januari 2017.
4.2.2.1.2 Perancangan strategik 2017 – 2020 perlu dibuat.
Tindakan : Pentadbir

2
4.2.3 Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
4.2.3.1 Emel rasmi sekolah yang digunakan sekarang ialah 1GOVUC MOE.
Tindakan : Penyelaras ICT

4.3 Unit Kurikulum – Pn Siti Zuraiha binti Dahalan


4.3.1 Persediaan Awal Persekolahan 2017
4.3.1.1 Kehadiran Guru dan kakitangan sekolah perlu hadir awal pada 3
Januari 2017.
4.3.1.2 Buku Rekod pengajaran dan Rancangan tahunan 2017 perlu
disediakan dan dihantar untuk tandatangan pada 30 Disember 2016.
Tindakan : Semua Guru

4.3.2 Etika berpakaian semasa bertugas.


4.3.2.1 Semua guru dan kakitangan perlu mematuhi pekeliling etika
berpakaian semasa bertugas.
4.3.2.2 Guru yang mengajar pendidikan jasmani perlu memakai pakaian
sukan. T –shirt mestilah berkolar dan berkasut sukan.
Tindakan : Semua Guru

4.3.3 Buku Pengurusan Kurikulum 2017.


4.3.3.1 Beliau memaklumkan buku pengurusan 2017 telah disediakan.
4.3.3.2 Semua guru menyemak buku pengurusan yang diedarkan.
4.3.3.3 Beliau berharap semua guru memberi kerjasama yang baik di atas
jawatan yang dilantik pada tahun 2017.
Tindakan : Semua Guru

4.4 Unit Hal Ehwal Murid (HEM) – Pn Rohaini binti Mustari


4.4.1 Sekolah Penyanyang.
4.4.1.1 Program sekolah penyayang akan dimulakan pada 3 Januari 2017.
Guru bertugas menyambut kehadiran murid.
Tindakan : Guru Bertugas

4.4.2 Buku Pengurusan HEM 2017.


4.4.2.1 Beliau membentangkan jawatankuasa HEM 2017.
4.4.2.2 Beliau berharap guru yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan
baik.
Tindakan : semua guru.

4.4.3 Buku Pengurusan Kokurikulum 2017.


4.4.3.1 Beliau membentangkan jawatankuasa kokurikulum 2017 merujuk
edaran yang disediakan.
4.4.3.2 Beliau berharap semua guru memberikan kerjasama dalam
menjayakan kecemerlangan kokurikulum di sekolah ini.
Tindakan: Semua Guru

5. HAL-HAL LAIN

3
5.1 Puan Siti Munirah binti Roslan, Penyelaras Prasekolah
5.1.1 Beliau memaklumkan murid prasekolah ialah 6 orang; 4 orang 6 tahun dan
2 orang 5 tahun.
5.1.2 Beliau memaklumkan akan mengadakan mesyuarat pelantikan AJK
PEWARIS 2017 pada bulan Januari.
Tindakan : Guru Prasekolah

5.2 Puan Siti Zuraiha binti Dahalan


5.2.1 Beliau memaklumkan setiap unit perlu menyediakan takwim tahunan
program.
Tindakan : Ketua Panitia/ Penyelaras Persatuan.

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguh pada jam 3.30 petang dengan ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir.

Disediakan oleh,
Urus setia,
Mesyuarat Guru SK Kampong Baharu, Sabak Bernam
Bilangan 1 Tahun 2017.

Tarikh : 27 Disember 2016

You might also like